Penyokong Setia

25 October 2010

teks ucapan jamuan akhir tahun





alhamdullilah semua dah selesai.
tak sangka hidup sebagai BEKAS MANGSA PMR tersangatlah as busy as a bee. haha


ingatkan dah lepas pmr bolh duduk rumah goyang kaki, tengok tv, online non stop sampai laptop hanget pastu broadband over limit, tiap tiap malam bergayut dengan sang arjuna, makan tidur sambil membesarkan body. =.="
nampaknya memang tak lah kan.


dah nasib badan, pantang jumpa jer cikgu walaupun tidak dikenali haha mesti ada jer kerja yang kena buat. hadoi hadoi, sabar jelah macik oit. tambah pahala free. :D


nih nak menunjuk dengan rasa riak nak mampos teks ucapan pengerusi majlis jamuan akhir tahun tingkatan tiga. penuh okey aku eja. ^.^









Mengumumkan ketibaan Tuan Haji Mohamd bin Yaacob pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra ke dewan ...........

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

20 Zulkaedah penanda hari ini
Warga SMK Ismail Petra berseri-seri
Jamuan akhir tahun tingkatan 3 sama dirai
Kita mulakan dengan ceria di hati


Dewan ...... kita hiasi
Menjadi tempat jamuan hari ini
Jamuan akhir tahun kita mulai
Mencipta kenangan tersemat di hati
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, salam Satu Malaysia.

Yang Dihormati tuan pengetua SMK Ismail Petra, Tuan Haji Mohamed bin Yaacob , Yang Berusaha Puan Siti Hawa bin Mohamad , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Haji Mohd Ariffin, Penolong Kanan Kokurikulum , Encik Nik Suhaimi bin Nik Mat

Kaunselor – kaunselor sekolah , ketua – ketua bidang , barisan tenaga pengajar dan rakan rakan yang disayangi sekalian.

Alhamdullilah brsyukur kita ke hadrat Illahi kerana di hari yang berbahagia dan penuh dengan aneka budaya ini, kita dapat bersama – sama berkumpul bagi memeriahkan Majlis Jamuan Akhir Tahun Tingkatan Tiga.

Hadirin sekalian,
Tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk majlis makan – makan , ia juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk bermesra sesama sendiri , demi mempereratkan lagi tali silaturahim antara satu sama lain setelah penat berhempas pulas tidak kira guru mahupun pelajar sepanjang tahun 2010 ini.
Ibarat pantun yang berbunyi ,

ANAK MONYET ANAK KERA
ANAK SIANG BERNAMA TAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM

Para hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis pada petang ini, dipersilakan Amir Azihan Arif bin Zawawi untuk mengetuai bacaan doa. Pada yang bukan Islam, sama-samalah kita berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Amir Azihan Arif bin Zawawi.

Hadirin yang dihormati,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Amal Azraii bin Che Azuha selaku wakil pelajar tingkatan tiga untuk memberikan ucapan alu – aluan . Dengan hormatnya majlis mempersilakan .
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Amal Azraii bin Che Azuha di atas ucapan alu – aluannya sebentar tadi.

Majlis seterusnya , dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Dihormati tuan pengetua SMK Ismail Petra , Tuan Haji Mohamed bin Yaacob naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Jutaan terima kasih kepada tuan pengetua.


PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN
MAKAN KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU

Untuk itu majlis menjemput .............. untuk membacakan doa makan.

Sambil kita menikmati juadah pencuci mulut yang disediakan, saya ingin menjemput wakil setiap kelas untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada guru kelas masing- masing yang telah banyak bersusah payah untuk kita.
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 ibnu hayyan dan .........
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 ibnu rusyd dan ........
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 ar-razi dan ......
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 al-farabi dan .........
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 al-khazin dan .......
Dijemput wakil pelajar dari 3 al-bhiruni dan puan zarina mamat naik ke pentas.
Dijemput wakil pelajar dari 3 ibnu sina dan ........

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesai sudahlah jamuan akhir tahun tingkatan tiga.

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR SAJA
MENJADI KENANGAN YANG ABADI
SEMOGA PERSAHABATAN LEBIH TERSIMPUL RAPI.

UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI

Sekian terima kasih.
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT

saja jer kot aku jadi riak sedemikian rupa. haha, kan dah nak hujung tahun nih. mesti lepas nih bakal bakal pengerusi majlis becak ketiak nak buat teks ucapan sendiri. hah amek korang aku share sekali. nak royalti sejuta sorang keyh. haha ;)


 lepas nih boleh kot aku jadi sehebat uncle? 


*kalau agak agak ada benda aku boleh tambah takpun kena potong potong ker sila silalah merajinkan diri untuk mention aku pasal tuh. tolong menolong amalan mulia rite ? :D









LIKE LAJU - LAJU :)

6 comments:

AAAz said...

okey, tp camner dgn text wakil pelajar...??

atintin said...

bravo sepet! u can do it! go go go
p/s jgn cover suare mcm jadik guru muda dlm dewan haritu tu suda

Amalia Izzati said...

text ni ke yg akn dibace nnti? hehe.

Sha said...

amal
haha, sila copy paste sendiri.

ati
haha, it's originally keluar dari lubang tekak i.
xpenah cover pun, bila nervous sangat sriuslly suara akan berubah total.

zati
hehe, shhh.

Fadhil said...

haha.ganah-ganah...
siak ado "mon" lg.
baco molek esk :D

Sha said...

fadhil
haha, mujo dopt bubuh "ber" jah.
i'allah2, doa bla dopt tebolah lah deyh. :)