Penyokong Setia

19 October 2010

kawan lama

bayangkan keadaan bila mana sekumpulan besar manusia yang dah hampir tiga tahun tak jumpa tiba tiba reunite balik. banyak gila benda nak tanya, nak cakap, nak borak, nak gelak sakan sekali macam dulu dulu. what a so sweet. :')


perdana resort pcb sangat gempak (!) patutlah budak hayyan pilih situ nak have fun ramai ramai. memang no doubt lah. tambah lagi bila malam. cun habeslah tepi pantai angin sepoi sepoi haha. syaitan pun banyak nak join sekaki bbq kitaorang. 




17 october 2010


gerak dari rumah pukul 4 lebih petang. janji nak tumpangkan mc suey dengan aini. kena pergi sekolah lama yang tersangat dirindui sebab depa janji nak tunggu situ. fuyoo kawan. anda tidak berubah. masih sama seperti tiga tahun lepas masa aku tinggal korang. pandai korang jaga badan sampai maintain macam tuh. iri hati aku. =.=" 


izzat dah janji tunggu kitaorang kat swimming pool. haha gila korang ! aku free free tengok badan korang yang tak tough lansung tuh. sangat tidak malu lah korang nih. korang dalam pool aku malas nak kacau. hold dulu nak sembang dengan kawan lama. kena sabar sampai malam. naya betul!


round pantai kejap tiba tiba jumpa sahabat baikku ekin. opps, ekin bukan perempuan tapi jantan yang namanya di-modified sampai jadi macam tuh. pilu lah korang nih. bla bla bla masa berlalu sampailah lepas maghrib. 


aku kena dera jadi tukang bakar ayam. haru sungguh lah, aku bajet dah nih datang nak makan jer. tiba tiba jadi chef tak bertauliah korang. balun jelah. ramai gila kawan aku yang aku tak kenal. macam mana boleh jadi kawan tapi aku tak kenal? sorang sorang semua dah berubah sakan. makin tak handsome ikhlas aku puji nih (!)


macam tuh lah seterusnya sampai pukul 10. kitaorang duduk makan makan, sembang sembang, gelak gelak. happenning habes waa cakap lu! tapi sayang ada half lagi tak datang. nanti hujung tahun nih insyaAllah akan ada satu lagi kot reunion kawan lama sebab kawan yang stay sbp dan mara sangat haru sebab tidak dapat menghadirkan diri. atifudeen anak tokei bas mutiara, sila sponsor!




gambar dah boleh tepek. jadi, sila layan (!)


#@$!*(^$#

pelahap gila mamat nih. tak padan lansung dengan badan yang papan tuh.


abang mata bulat =.="

mr. SKANDAL

burn time *.*


nak tengok lagi? tak kuasa dah aku nak menunggu benda nih dimuatnaik. internet lembap bengap nak mampos. sentap aku. kalau rajin biji mata nak menengok lagi, sila sign up ke PESBUK anda masing masing dan sila ke PESBUK saya. takde PESBUK? sila sign up account baru yer, ternyata percuma. :p
LIKE LAJU - LAJU :)

No comments: