Penyokong Setia

31 January 2011

fikir luar kotak

asalammualaikum wbt :)


entry sebelum nih agak jiwang . memang lah wei , hati aku macam hancur lebur berderai entah apa-apa . tapi Alhamdullilah Ya Allah , hati aku dah kuat . aku dah pasrah siket . tapi aku tak pulih seratus peratus lagi lah , aku masih belajar untuk terima kenyataan . 


nak tak nak aku kena terima . benda dah jadi pun . lagipun aku takde kuasa nak halang . aku kena terima yang dorang dah takde jodoh . jodoh dorang memang setakat tuh jea . tapi dorang dah janji , hidup aku takkan berubah banyak lepas nih . kalau ada perubahan pun mungkin siket sangat . 


aku kena berfikir di luar kotak . jangan sebab benda nih , masa depan aku musnah . haha , dah rasa lawak pulak dah . apa-apa pun , memang aku berterima kasih pada sahabat-sahabat baek yang ada masa aku susah . terbukti , korang memang kawan susah senang ! :D


aku tengah memperbaiki mood dan tak lupa juga mata yang dah lebam dek kerana airmata selalu gatal nak keluar tiap-tiap malam . byee :D



LIKE LAJU - LAJU :)

29 January 2011

hati yang kau sakiti

asalammualaikum wbt 


sebelum tuh , saya nak minta maaf banyak-banyak-banyak pada yang dah sudi follow and tinggal jejak kat blog nih , saya tak berkesempatan nak follow and jejak balek anda-anda semua . insyaAllah lepas nih saya cuba sedaya upaya untuk blogwalking balek . entry nih memang annoying habes , kalau rasa menyampah cepat-cepat tekan pangkah warna merah dekat sebelah kanan yang kat atas tuh yee . 


aku selalu dengar orang cakap , Allah takkan bagi dugaan pada hambaNya yang tak mampu . tapi dugaan kali nih besar , sangat besar ! mungkin nih peringatan dari Allah SWT , Dia nak cegah aku dari terus hanyut . terus lalai tak tentu hala . tiap kali lepas solat , aku selalu doa minta Allah terus kuatkan hati aku nak hadapi dugaan demi dugaan yang Dia bagi . 


Alhamdullilah , setakat nih Allah masih beri aku kekuatan untuk teruskan hidup . tapi persoalannya , sampai bila aku boleh jadi sekuat nih ? sampai bila aku boleh terus bertahan ? aku dah mula rasa goyah . hati aku pedih , sakit ! kenyataan yang payah nak diterima ,  aku terpaksa telan . aku kena redha . tapi mampukah aku ? 


kalau dulu , aku hanya dengar masalah sahabat baek aku . tak sangka , aku berada di tempat yang sama dengan dia sekarang . mungkin dia lebih beruntung sebab ada kakak dan abang yang sekurang-kurangnya dapat jadi tulang belakang dia . tapi aku ? adik-adik aku tak faham masalah nih semua . aku seorang diri menghadapi semua . aku hanya ada Allah . 


aku harap aku tak hanyut . aku kena kuat sebab adik-adik bergantung harap dengan aku . kalau aku goyah , aku lalai , adik-adik aku akan musnah . aku taknak semua tuh . walau apa pun jadi , aku kena terus hidup . 


Ya Allah , kuatkanlah aku untuk menghadapi dugaan ini . berikan aku secebis sinar agar aku terus betah dengan semuanya Ya Allah . hanya kepadaMu aku mengadu , Kau tempat aku meluah segalanya . Kau makbulkan doaku Ya Allah . Amin Ya Rabbal Alamin . 





LIKE LAJU - LAJU :)

18 January 2011

kau pergi

asalammualaikum wbt :)


keputusan untuk kemasukan pelajar tingkatan empat ke SBP dah keluar . ada kawan satu sekolah aku yang dah sampai pun surat tawaran ke pintu rumah masing - masing . gila ayat macam keling -.-
kesimpulannya di sini , aku memang cemburu dan jealous dan iri hati dan apa - apa sahaja yang apabila dirujuk maksudnya dalam kamus bermaksud yang sama dengan perkataan di atas . 


ada yang dapat SBP Kubang Pasu , STAR , Kuantan and banyak lagi yang aku tak tahu . sah - sah aku memang takkan dapat sebab mohon pun tidak . sekarang baru tahu rasa menyesal , apasal lah dulu lepas trial tak kalut isi borang SBP . tapi persoalannya sekarang , mampu kah aku seorang yang manja bagai nak rak hidup dalam suasana berdikari gituh ? 


aku memang lembik ! semua nak kena suap , kalau tak tengok mama , abah , adek - adek sehari mulalah air mata gatal kaki nak keluar meleleh . mengalahkan budak umur lima tahun . haish mek sha , nanti kalau kau masuk U , mesti susah nak mampos kan !


tadi Alif bagitau dia dapat SBP . STAR rasanya kalau tak silap . Alif , tak dapat lah aku nak dengar kau meroyan sorang - sorang lagi lepas nih . dah takde yang selalu nak kacau hidup aku tak kira siang malam , takde dah orang yang nak luah masalah cinta dekat aku . mesti sedih kan ? tapi kau dah janji , kau takkan lupakan aku even kau jumpa kawan yang lagi best dari aku kat sana . kau nak mesej aku ajak aku lepak time cuti sekolah . aku harap kau pegang janji kau ! memang kadang - kadang kau macam annoying siket , tapi tak kisah sebab kau pendengar setia :)


dah terjadi luahan perasaan pulak . ramai lagi yang dapat tawaran , Amal Azraai , Sharman Faiz , Jedi , Naqib , and sapa - sapa lah yang dapat tawaran tuh , tahniah lah wei . sebelum buat keputusan nak pergi tuh , fikir semasak - masaknya . ingat , kalau dah pergi tak boleh nak balek . sedih aku korang nak pergi ! T___T 


dah laa , duk layan perasaan mahu sebaldi air mata aku . homework add math sedang menanti , bye semua ! :)


p/s : si Adnin memang layak dapat award pelakon terbaek . aku macam haram percaya dia dapat tawaran ke Sri Puteri , Cyberjaya . naseb tak nanges jer time tuh , rupanya dia menipu . sepak kang ! 


p/s/s : sapa - sapa yang nak cek korang dapat ke tak SBP , boleh ke sini . good luck :)
LIKE LAJU - LAJU :)

15 January 2011

Contest blog paling Cantik , Comel dan Kemas

Asalammualaikum and selamat petang . petang nih cerah , Alhamdullilah . :)


tadi dapat tag dari Kak Syu Sayams :) . ingat macam malas nak buat , tapi disebabkan boring kuasa sejuta takde kerja nak buat , hadiah dia macam cool :D and last but not least sebab aku sayang Kak Syu , aku pun putuskan untuk join Contest blog paling Cantik , Comel dan Kemas nih . tak tahu lah layak ke tak blog picisan aku nih , tapi belum cuba belum tahu right ? :DD


ouh yaa , nih banner contest tuh . cun seyh !




jom cekidaut terma dan syarat contest nih . 

  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.
kira aku tag random lah nih eh . sapa - sapa yang baca entry nih lepas tuh rasa tertarik menarik nak ikut join contest nih , boleh join . tekan jer link nun di atas . :) join lah beramai - ramai , mana tahu ada rezeki korang nak menang . akhir kata , GOOD LUCK ! 


LOTS OF LOVE
SH



LIKE LAJU - LAJU :)

14 January 2011

kerinduan di pagi Jumaat

asalammualaikum :) 


aku rindu kawan - kawan aku fullstop . 











rindu nak gelak sakan macam dulu , rindu nak meMAMPUSkan sama sendiri , rindu nak makan sekali , rindu nak sekelas dengan korang T____T





LIKE LAJU - LAJU :)

saya tak fahamlah

asalammualaikum wbt :) 


ya Allah , lamanya mak oii aku tak update belog . hampir seminggu macam tuh kan . huh , jangan kata nak online , nak jeling laptop pun dah takde masa sekarang nih . sumpah hidup busy yang amat pelik buat masa sekarang -.-" tak sangkalah pulak boleh jadi sampai macam nih . ingat kan bila dah naek form 4 dapat rehat sikit kalau nak compare masa form 3 dulu , rupanya lagi haru .


istilah HONEYMOON kononnya masa naik form 4 amatlah tidak boleh diguna pakai sama sekali ! subjek semua macam tak familiar gituh , format exam pun laen terus . otak masuk dua bulan sejuk beku masa cuti hujung tahun baru nih , tiba-tiba kena push fikir macam - macam . mahu tak nak muntah hijau . tambah subjek chemistry . 


bukannya aku nak mengata ke apa , tapi memang macam tak berapa nak faham gitu cigu tu ajar . macam blurr siket . tak baek kata cigu macam tuh kan , tapi dah betul . kalau aku sorang bantai tak faham kira takpelah lah jugak sebab at least aku boleh cover balek semua - semua bab yang aku benak tuh dengan kawan sekelas . tapi kalau dah majoriti dalam kelas tak faham , nayalah wei . nak tanya sapa ? 


last - last kena tusyen luar . bukan dialah wei exam awal tahun yang baru belajar bab - bab depan gituh dah failed . nanti kalau dah exam hujung tahun , mahunya keluar telur ayam sebiji :D jumaat nih baru start tusyen . harap jelah "cikgu" tusyen tuh mengajar aku faham , kalau tak memang naya kuasa dua . 


harap dapat A+ exam awal tahun :)


buat masa sekarang , aku sangat mencintai Add Math . entah , macam senang lepas tuh cikgu tuh best kuasa sejuta . betul tak tipu ! :D 

entah , dah tak tahu nak merapu pasal apa . nanti kang habis keluar rahsia negara , baik berhenti awal - awal . insyaAllah kalau rajin + idea bekepuk - kepuk dalam kepala esok , aku update lagi . tapi buat masa sekarang memang tak sempat nak online time sekolah , kalau buka pun kejap sangat . tak cukup masa nak post entry baru . rindu gila nak blogwalking macam masa cuti dulu T___T 

P/s : dah start bergaul dengan rakan sekelas . Alhamdullilah semua oke jer . betul lah pepatah , tak kenal maka tak cinta <3  




LIKE LAJU - LAJU :)

07 January 2011

kawan alam maya

salam hari Jumaat :) 
oii lelaki-lelaki ganteng dan tak berapa nak ganteng , cepat siap pergi masjid ! nanti terlepas khutbah pulak , sia-sia tak dapat pahala . heeee :D


oke oke , sebelum tuh kaum-kaum hawa jom nyanyi lagu kegemaran ramai nih . 1 , 2 , 3 mula !


Allah selamat kan kamu , 
Allah selamat kan kamu , 
Allah selamatkan Amalia Izzati
Allah selamat kan kamu 


sedap suara kalian semua ! tahniah tahniah , dah boleh tepuk tangan untuk diri sendiri :D
hari nih 7 Januari 2011 , birthday ke enam belas 16 cik Amalia Izzati kesayangan aku . so aku doakan sahabat yang sorang nih panjang umur , murah rezeki , berjaya dalam hidup , dan sentiasa happy ! ayat memang typical nak mampos time-time birthday . oke nak buat yang lain sikit nih . 


cik Amalia , saya doakan awak boleh goon goon dengan kawan-kawan sekelas awak yang baru tuh . heee , dorang oke sebenarnya . pandai-pandai jer saya kan ? lepas tuh harap awak dapat score A untuk subjek BIOLOGY dalam exam awal tahun nih . maintain result tuh sampai SPM tahun depan . untuk subjek lain pun sama , biar success selalu ;) saya doakan jugak awak cepat-cepat dapat boipren sekelas dengan awak . 


haa dah , ayat last dalam speech tuh boleh abaikan buat-buat tak nampak :) rasa rajin nak cerita macam mana aku kenal budak cantik tinggi lampai nih . sebelum tuh , tengok muka dia dulu . 






kan dah cakap dia memang tinggi dan cantik dan sweet . heee , silap-silap birthday girl yang bagi aku hadiah lepas nih . ouh yee cik Amalia , saya curi gambar kat atas dalam FB awak . :p 


aku kenal dia tahun lepas . hampir hujung tahun dah kot . aku dengan dia memang satu sekolah , satu form . cuma tak sekelas jer . aku kan kera sumbang , mana nak kawan dengan budak kelas lain . sebab tuh aku tak kenal dia . semestinya aku kenal dia dalam FB and blog dia . lucu kan , seluas-luas kawasan sekolah tuh , dalam FB jugek nak bertemu jodoh . 


seterusnya macam tuh laa . balas-balas komen , wall to wall , komen entry , and soon soon . tapi yang lucunya , memang jarang nak mati lah aku bertegur sapa dengan dia dalam dunia nyata . sampai sekarang kot , haha lawak . segan lah tuh konon-konon . :p


dia pandai . dia dapat straight A's PMR baru-baru nih . tahun nih dia dah jadi Budak Bio , duduk kelas 4 Al-Bhiruni . dia kata budak kelas tuh tak best . haha , yang tuh aku tak tahu . lebih kurang macam tuh laa aku dengan dia . so aku harap terus jadi kawan alam maya and alam nyata dengan budak nih . SELAMAT HARI TUA MAKCIK ! :D


p/s : lepas nih nak buat beberapa siri SPECIAL ENTRY untuk kawan-kawan aku . nak bongkar semua rahsia dorang . haha , boleh tak macam tuh ? ;) 





LIKE LAJU - LAJU :)

06 January 2011

sahabat selamanya :')

asalammualaikum and selamat malam :)
sejuk gila malam nih , hujan baru berhenti . sejak dari pagi tadi lagi , baju sekolah aku lencun semua sampai ke stokin .


bukan nak cerita pasal hujan lah wei . 


sobs sobs , jap nak lap hingus . oke dah , aku sedih nih . boleh tak korang bayangkan bila korang dah duduk dengan orang tuh lebih kurang tiga tahun , memang dah kamcing gila vavi ah . lepak selalu jer sekali . memang dah rasa macam kawan sehidup semati lah .


tapi bila masuk tahun ke-empat , korang kena separate . dipisahkan secara paksa . korang kelas lain , dia kelas lain . memang lah satu sekolah , satu bangunan lagi . tapi kenyataannya tetap tak satu kelas ! boleh jumpa kat kantin jer time rehat , kalau jumpa ! kalau tak jumpa masa rehat , time balik jer sempat lepak kat kerusi batu . tuh pun kalau masing-masing balik lewat , kalau awal memang tak jumpa lansung lah wei . 


nanti kat rumah bila dah malam sibuk duk sms kata " aku rindu kau lah wei . tadi tak sempat nak lepak dengan kau . mak aku datang awal blablabla " oke sekarang cakap dengan aku , sapa yang tak sayu hiba pilu perasaan ?! -.-


sumpah wei aku rindu gila dengan budak-budak 3 al-bhiruni tahun lepas . bukan aku kata budak 4 al-farabi tahun nih tak best ke apa , tapi aku lagi sayang yang tahun lepas punyee . rindu nak duduk sekelas dengan korang , buat bising sampai kita dapat title KELAS PALING BISING DALAM DUNIA dalam kalangan cikgu-cikgu . kita semua tak kisah pun kan , janji still meriah happening gila !


kalaulah aku dapat putar jam balik ke masa lalu , memang aku nak spent time dengan korang . taknak terlepas sedetik pun . aceh ayat , macam masing-masing takde anak bini dekat rumah . -.- dahlah , aku nak layan perasaan lagi . chow !







sahabat selamanya <3


p/s : aku akan cuba untuk berkawan dengan budak 4 al-farabi tahun nih . doakan aku berjaya
:D




LIKE LAJU - LAJU :)

05 January 2011

budak bio ke akaun ?

asalammualaikum wbt :)


rajin betul si mek sha nih update blog hari-hari kan ? haha , jarang nih . yelah , selagi masalah pemilihan subjek tuh tak selesai , selagi tuh laa aku nak mengadu kat sini . dan tak lupa juga ribuan jutaan terima kasih kat sapa-sapa yang sudi baca aku merapu tuh eh ! ;) 


ayat mukadimah yeye bajet senang hati . tapi memang pun ! sebab semua ke-pening-an , ke-risau-an , ke-buntu-an dan segala ke-an lagi hampir selesai atau memang dah selesai pun tadi . pasal nak pilih jadah apa nak belajar tuh lah . macam gabra jugak bila ambil keputusan nak pilih benda tuh . 


mula-mula aku beria-ria nak ambil ICT . tapi lepas semalam cikgu kata bio drop sebagai subjek wajib , mulalah nak muntah hijau pening tak tahu nak yang mana . bukan kes rambang mata sebab nak semua , tapi buta mata sebab satu pun tak minat . so semalam lepas fikir sehabis mungkin , minta tolong Allah SWT bagi petunjuk apa semua , pilihlah Biology . 


tapi tak habis lagi cerita aku ! pagi tadi lepas borang dah hantar kat Azim si skandal apa semua , Sir Faris masuk dewan duk promote Prinsip Akaun lah pulek . -,- hadoi mak kau , lagilah makin nak semak otak aku . pendirian dah goyah tahap apa benda entah . Sir kata PA chances nak dapat A lagi tinggi lah , belajar pun tak saket otak banding ngan Bio lah . grrr , rasa macam nak sepak-sepak jer . 


habes bab Sir Faris , cikgu Aminah cikgu yang ajar Prinsip Akaun tuh sendiri datang . lagi kuat dia duk kempen ! aku , Adnin and semua-semua dah macam " betul ker weih aku nak jadi budak Bio nih ? " . macam haram jer kan . lepas cikgu Aminah keluar , Adnin dengan Atilia dah ambil balik borang dorang ngan Azim , tukar pulak nak ambil PA . aku dah o.o


tapi oke lagi masa tuh . sampai lah lepas cikgu Elfaliza dah kira berapa budak Bio , berapa budak RC  , berapa budak PA dan berapa budak ICT . tapi tiba-tiba cikgu cakap yang nak ambil Bio ramai sangat nih . fulled gilak-gilak ! hati aku macam bergerak 250km/s dah . kaunselor dah announced , SAPA VOLUNTEER NAK TUKAR DARI BIO KE APA-APA YANG LAIN ? aku pun macam ouh yes aku nak aku nak ! angkat tangan pergi depan jumpa cikgu cakap " saya nak tukar ke Prinsip Akaun ! " 
dan begitulah seterusnya kawan aku macam nak tak nak percaya aku dah jadi budak akaun sekarang . 


so dengan rasminya pada 5 Januari 2011 aku dah jadi pelajar Prinsip Akaun . sila ingat tarikh dengan jelas ! maka dengan itu , tamatlah cerita saya . sekian , terima kasih , arigato gozaimas ! :D


mek sha budak akaun :O


p/s : aku ambil akaun bukan sebab terpengaruh dengan cikgu atau kawan atau apa . aku cuba sedaya upaya dengar kata hati , dan nilah keputusannya . :) jadi konklusinya , lepas nih kalau nak buat apa-apa keputusan terutamanya yang membabitkan masa depan dan periuk nasi korang , fikir elok-elok and ikut kata hati . 




LIKE LAJU - LAJU :)

04 January 2011

subjek apakah ?



asalammualaikum wbt dan selamat sejahtera ! :)
baiklah anak-anak sekalian , sila dengar makcik nak merepek dan meluahkan perasaan dengan penuh khusyuk dan ketekunan . 


minggu orientasi pelajar tingkatan empat dah start hari nih . jadi macam gabra sikit lah bila cikgu-cikgu terangkan pasal pemilihan subjek . grr , sah-sah aku tak tahu pilih yang mana satu ? takut dan cuak kalau-kalau tersalah buat pilihan . mahunya gelap-gelita masa depan nanti . 


mula-mula memanglah semua calon SPM sekolah aku diwajibkan ambil 10 subjek . tapi tahun aku nih , kira bernasib yang teramatlah baik , kami kena ambil 9 subjek sahaja . :) cikgu drop Biology as subjek wajib . eh betul ker ayat aku tuh ? lebih kurang lah kan . so kami-kami-kami kena fikir semasak-masak-masaknya nak pilih yang mana satu antara empat nih . 


Biology , ICT , Prinsip Akaun , Reka Cipta


jadi anak-anak , yang mana satu rasanya patut makcik pilih ? rasanya macam PA and RC tuh dah out mula-mula lagi sebab lansung tak berminat -.- dua dah out , tinggal dua lagi . kalau Biology tuh , hai mak kau . tadi Teacher Sofia ada explain pasal subjek nih . dia kata kalau nak ambil Bio , make sure yang awak tuh kena rajin . rajin baca buku , rajin nak ber-study group dan semestinya rajin buat latihan . nih masalah , aku kan memang lah teramat malas . takut tak boleh nak ikut jer nanti . diri sendiri yang naya ! -.-"


kalau ICT pulak , dia macam senang tapi susah jugak . alah , bukan senang nak senang makcik oii ! sebelum nak berjaya tuh memang lah kena menyusahkan diri dulu . kan kan kan ? so macam dilema gila sekarang nih tak tahu lansung nak ambil apadia . kawan aku cakap , pilih based on kau nak jadi apa bila dah besar gajah esok . cita-cita lah tuh kan ? aku berminat dalam hal-hal forensik nih . so maknanya Biology lah tuh kan . kena tanya yang expert nih hal-hal macam nih . 


ouh yaa, tadi kan :) cikgu Zan ada sebut pasal blogger perasan masa dia tengah explain pasal subjek-subjek pilihan . grrr, siapakah gerangan blogger itu ? rasanya macam ramai jugak lah blogger dalam kalangan budak Form 4 tahun nih . semuanya tadi macam aku pandang kau , kau jeling aku balek ! haha , saya nih perasan tak ? tinggal komen dan jujur yer . ;)


p/s : aku masih diserang rasa bangga yang amat ceh ayat ;) sebab PK KO mention pasal kedudukan keputusan PMR sekolah kami tadi . sekolah aku duduk no 2 dalam PPD lepas SM Sains Faris Petra . Alhamdullilah , syukur banyak - banyak . harap kedudukan tuh dapat dikekalkan dalam SPM 2012 .


p/s/s : maaf yer , macam dah terperasan sikit . bangga yang amat kot ! astarfirrulahalazim , jangan riak Sha ! nanti Allah tarik balik ! 


p/s/s/s : aku nak ambil subjek apa sebenar nih ? T___T








macam nih boleh ? haha

ke kena yang macam nih ? :D










LIKE LAJU - LAJU :)

03 January 2011

hari pertama yang ...







asalammualaikum uolls ! ;)


hari pertama yang dot dot dot betul hari nih . semua macam aneh , pelik dan meng-hairan-kan . sampai jer sekolah dah ada yang kepoh buat mulut , " wei mek sha , labuhnya tudung kau ! " ouh dush dush geram gila rasa nak sepak jer mulut longkang yang telah mengeluarkan kata-kata kesat tuh . tapi sabar mek sha sabar ! anggap benda yang minah tuh sebut sebagai satu pujian . dan dengan begitu tupperware plastiknya aku 


" ouh thanks lah wei . aku kan bakal pengawas berjaya tahun nih . so kena lah skema-skema . apa barang pakai tudung tak lepas sirim ! "


haa dush amek kau kena balik . huh , labuh salah singkat terlebih-lebih lah salah . semangat terbakar nak pergi sekolah hari nih ingatkan orientasi dah start . rupanya haram ! esok kot baru mula tapi aku pun tak sure bila . jadi agenda hari nih hanyalah bercakap dan bercakap dan bercakap lagi tak henti-henti . 


kelas bising mak aih mengalahkan pasar borong Selayang . ada ker pasar tuh ? haha . gosip pasal artis memang budak-budak khatam betul . lepas setopik-setopik duk buka kedai kopi . dari artis yang baru tunang , baru nak naek pelamin sampai kes artis bercerai-berai . memang Melodi pun sah-sah tak boleh lawan . lagi satu kegilaan kawan sekelas aku , music K-pop dan haruslah artis-artisnya yang terlebih jambu . obses gila kot dorang nih dengan mamat korea yang muka mengalahkan jambu air . oppss maaflah kalau ada peminat made in Korea marah . aku memang bukan taste Korea .  geli eih aku tengok dorang ,  macam P***** ! -.-


tetibe cikgu pakai baju kurung kuning menyala-nyala masuk lepas tuh duk buka cerita pasal nak ambil subjek apa. ICT kah ? RC kah ? atau PA kah ? munasabah ker kalau aku jadi budak Prinsip Akaun ? kalau dah diri-sendiri tuh tak yakin kan , memang payah laa . bila fikir-fikir balik , aku lagi prefer ICT kot . 


ke macam mana ? mana satu yang aku nak ambil ? kot-kot lah ada yang dah berpengalaman dalam mana-mana subjek kat atas , kongsi-kongsilah yer . tak baik kedekut ilmu ! :D 











LIKE LAJU - LAJU :)

02 January 2011

malas kuasa bejuta-juta





asalammualaikum ;)


holla, esok dah sekolah lah ! patut rasa teruja atau sedih atau apa ? sekarang, hanya satu yang aku rasa. kemalasan tahap sejuta ! huh, rasa macam baru seminggu aku bersenang lenang bangun lambat tak bukak buku lansung, tengok-tengok esok dah nak ngadap sekolah lagi. otak dah berkarat dah mak oii. 


nanti kalau sekolah dah berjalan macam biasa, tak selalulah belog nih ber-update. sepi jelah nanti. mama memang takkan bagi muka punyalah nak online macam biasa. mungkin seminggu sekali jelah kot. jeles aku tengok kakak-kakak abang-abang yang dah habis SPM. lilek jer dorang goyang kaki kat rumah -.- 


tuh jelah kot. insyaAllah panjang umur murah rezeki nasib baik aku update lagi pasal hari pertama di sekolah. haha.




LOTS OF LOVE
SHA

kembali menyarung seragam BIRU





LIKE LAJU - LAJU :)

01 January 2011

jom berkempen !





asalammualaikum kepada sekalian umat Islam dan selamat sejahtera kepada yang non-muslim ;)


tajuk entry nak gah jer, mengalahkan wakil rakyat yang sebelum mengundi tabur janji bergunung-ganang tapi lepas dah menang semua macam haram. oppsss salah topik ! tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. 


tadi aku ikut mama pegi Pantai Timur hypermarket sebab mama nak cari hanger. adik-beradik aku memang favourite dia makan hanger. tiap-tiap bulan beli tapi tak pernah nak cukup. gila ! -_- blablabla aku jumpa mamat jambu nak mampus. :pp


masa kat kaunter, sebelum sampai turn aku nak bayar aku dengar akak cashier tuh macam tengah bagi ceramah free pasal apa benda entah kat makcik depan aku tuh. macam kesian jugak lah tengok makcik tuh bajet muka kesian sebab tak faham kot akak cashier tuh merepek pebende. 


sampai turn aku nak bayar, macam pelik akak tuh tak bagi plastik. heran lah jugak, PT nih kehabesan stok plastik ke apa benda. logik aku nak bimbit semua barang tuh tanpa plastik ? terabur satu-satu jawabnya, nanti dah sampai kat kereta satu haram pun takde yang tinggal dalam tangan. lepas tuh akak tuh cakaplah pasal benda nih.



agaknya akak nih merepek benda yang sama dekat makcik tadi kan. kalau nak plastik jugak, kena bayar dua posen. mama bayar jelah sebab tak sanggup kot nak pegang semua tuh. haha. tapi aku rasa macam tak ngam jer harga plastik tuh dua posen. yelah, mesti semua orang mampu bayar dua posen tuh kan. apa kata kalau sapa nak plastik kena bayar dua ringgit ker, dua puluh hinggit ker, dua ratus ker berapa-berapa yang macam boleh buat orang ramai terfikir " ouh aku kena bawak beg sendiri nih nak isi barang kalau tak kena bayar harga plastik mahal nak mampos blablabla " . barulah kempen tuh berjaya ! akak tuh pun macam hmm tahulah aku -_-

kalau kat negeri luar tuh, contohnya Penang depa apply benda nih dua kali seminggu. Isnin dengan Rabu kalau tak silap lah. tapi depa memang tegas ! maksudnya, tiada kompromi lansung. kalau kau beli barang lepas tuh tak ingat nak bawak beg sendiri, nasib kau memang kena bimbit benda tuh semua ! nak plastik memang takde lah kan. masa tuh aku beli battery kamera atas Queensbay Mall Penang, nasib battery boleh campak dalam handbag jer. kalau aku beli beras ke sabun ke apa yang bersaiz XL, takke naya ?

tapi dekat sini dorang apply hari Sabtu jer rasa. jadi maknanya lepas nih kalau nak shopping hari Sabtu atas PT, kena fikir dua kali. bawak beg sendiri atau tak payah pergi lansung ! :D

apa punya cetek pemikiran aku kan, sepatutnya aku kena bagi sokongan padu sepenuhnya. barulah boleh selamatkan bumi ! kan kan kan ? jadi di sini saya dengan gigihnya menyeru anda di luar sana untuk turut sama menyokong usaha kerajaan untuk menyelamatkan bumi !







LIKE LAJU - LAJU :)

Faizal Yusof meninggal dunia




asalammualaikum :)

terkejut jugak aku bila bukak twitter tadi tengok ramai duk riuh pasal hal nih. mula-mula tak berapa nak percaya, lepas puas godek-godek dengan blogger lain, dalam google pun dah ada pasal nih. arwah meninggal dunia di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur sebab serangan jantung pukul 2.30 petang tadi. kira baru lagi lah. 

nih lah arwah Faizal Yusof





rasanya drama terbaru arwah cerita Tiramisu dekat TV3 tuh. hmm, ajal datang menjemput tanpa diduga kan. jadi pada kita yang masih diberi peluang untuk hidup oleh Allah SWT, segeralah bertaubat. mungkin giliran kita pula lepas nih ? Al-Fatihah untuk arwah Faizal Yusof. 











LIKE LAJU - LAJU :)