Penyokong Setia

30 November 2010

UKKM

UKKM stand for mmm. 
kejap nak cari surat tawaran tuh!

ouh dah jumpa.
UKMM stand for Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM. 
lebih kurang macam tuh lah benda dia.

aku dah duduk atas ujian nih tadi dekat MRSM pengkalan chepa.
soalan dia? aisey man -.-"
bai, susah gila kot soalan mathematics dia tuh,
tapi tak tahulah kalau memang otak aku yang ada something wrong somewhere gitu. hehe

ayat bajet jer nak cover. tapi memang betul susah lah.:(

dah lah dapat kawan baru yang tak mesra alam lansung.
sibuk dengan soalan dia, tah betul ke tidak apa yang dia jawab tuh.
haa gila kan ayat aku, bernafsu habis! -.-"

tadeklah, at least senyum lah sikit.
nih tak, masam mengalahkan tempoyak basi jer muka. 
tahulah awak tuh pandai, tapi tak perlulah kan nak jadi sedemikian rupa.
entahlah manusia. 


pagi buta aku duk sedap membungkus lagi Thaqifah skandal kesayangan dah text

"glo mcsha. payoh nop mapuh soale mt! phni sc kul 10.15. huhu. bnyop tembok!"

bagus punya kawan, pagi-pagi dah jamu aku dengan GILA. aish, patut lah benak semacam jer aku hari nih.
okey, kalau Thaqifah tembak soalan dia, aku pun apa lagi lah kan.
gila taknak tunjuk bakat terpendam yang aku nih reti tembak-menembak.
jadi banyak jugaklah yang aku tutup mata jawab tadi.









kertas dia habis belakang depan aku conteng. nih B U K T I soalan tuh susah !



okey, susah kan soalan tuh?
haha, bajet jer nih nak bikin panas kawan-kawan aku yang kena duduk UKKM nih esok lusa tuh.
so kawans, good luck! aku punya turn dah lepas :D

lepas dah pecah otak jawab mathematics, sains dengan ujian personaliti tuh, cikgu lepas kasi balik.
tapi dia ada kirim bagi buah tangan.


bukan untuk dijual :D


lepas dah habis semua-semua tuh, sempat lah round kawasan jap dengan Anah. 
boleh tahan lah tempat dia, tapi Anah cakap banyak sangat pokok. hehe
macam mana kalau seandainya aku ditakdirkan jatuh cinta stay, study dekat mrsm?
haish, haru kot.
biasalah, aku kan ANAK MANJA. :P
okeylah, kepada kawans yang nak duduk UKKM tuh, sekali lagi GOOD LUCK korang!


notasakitkaki : laptop baru lepas kena format. biasalah kalau dah tuan dia gila sangat, habis jammed. lepas tuh sekarang habis semua documents dalam nih hilang. nasib lah, sapa suruh tak buat backup files dulu. :P so sapa yang rasa macam dia pun pengguna yang ganas lagi buas macam aku, rajin-rajinlah membackup sume files documents bagai dalam laptop korang tuh. dah jadi macam aku baru reti nak nyesal -.-"






 


LIKE LAJU - LAJU :)

12 November 2010

lawatan ke utara






























macam tuh lah kot lebih kurang serba siket pasal lawatan ke utara baru nih. gambar sengaja dibiarkan tanpa caption. harap korang faham sendiri. nak tengok lagi banyak, log in fb korang lepas tuh search AMAL AZRAAI AZUHA. :D















LIKE LAJU - LAJU :)

11 November 2010

semangat berblogging





entry kedua untuk hari nih.
dah desperate sangat kot tak tahu nak buat apa jadah hari nih.
tunggu mama balik dari KL, tak sampai sampai lagi. grrr.


bukan tuh tujuan entry di publish.
ada benda lain nih hah nak gegang.


tak tahu lah kenapa kan tapi macam ramai jer kawans kawans ku jadi blogger.
baguslah tuh, teruskan semangat tuh kawans (!)


sila silalah anda anda sekalian yang baca entry nih, macam lah ada sangat nak baca, ke blog kawans kawans saya. bagi naik sikit traffic belogsepot depa. 




http://ohhlalaa.blogspot.com  
hak milik amirah idris


http://officiallymimi.blogspot.com
milik tunggal hamimi hamat


http://lynaizzaty.blogspot.com
lina izzati punye belog


http://aneysssaja.blogspot.com
diari online cikk lebah zzzzz


http://apehal.blogspot.com
zaeem anak dr. zulkifli






okey dah, ada lagi tak kawans kawans yang baru ada belog yang aku tertinggal nak tulis link dia?
kalau ada habaq mai nanti aku kepohkan link belog korang.
haa pemiliks pemiliks belog di atas, tak reti reti?
dah orang tolong promote belog tuh, pengeras nye mana?


haha, tak dapat marrybrown , pizzahut pun ok jer kot. :D


kalau nak suruh promote belog, cakap jer ye.
bajet jer sepet nih kan. :p






motif : *&%#@%$&






LIKE LAJU - LAJU :)

apa itu poyo ?







salam korang.


POYO gila kot kalau tengok pak ustaz couple slash cintan cintun nih. bukan tak boleh pak ustaz aka tok lebai dan apa apa jelah yang seangkatan dengannya layan hal hal jiwang jiwang karat nih, tapi biarlah dengan cara yang lebih Islamic. 


mustahillah kan pak ustaz tak boleh nak layan benda benda nih semua, mereka mereka nih pun manusia sama macam kita. ada hati perasaan ada nafsu juga. tapi biarlah berpada. tak gitu?


nih aku tengok lagaknya dah dua kali lima dengan mat mat motor yang selalu lepak tepi airport tengah tengah malam tuh. sangat tak menunjukkan lansung yang anda tuh orang alim. dulu selalu sangat bagi ceramah dekat aku panjang berjela, bila masuk hal sendiri, apa jadi?


agaknya lah kan, kalau masuk hal hati memang semua manusia jadi sama ker?


bukan niat nak menghina golongan nih, kang kata aku jahil pula. tak terniat lansung. cuma nak menyuarakan ketidakpuasan hati pada orang sekeliling. 


mahu taknya, naik berbulu mata aku tengok aksi loving loving touching touching pak ustaz nih sorang. mula mula dok ingat aku sorang jer yang perasan, rupanya orang sekitar dah mula tumpng sekaki. haih, nak tegur takut aku yang kena sound balik. tapi aku tetap rasa aku di pihak yang betul. aceh (!)


yang tuh hal si teruna. tak masuk bab si dara manis nih lagi. memng sesuai dua dua nih jadian, dua dua hampeh dua dua pun   POYO.


sapa taknak kan balak alim ? tapi dah dapat yang ustaz POYO tuh, janganlah dengan kau pun tumpang memPOYOkan diri. tahulah nak tunjuk perfect kononnya depan balak kau, tapi janganlah sampai semua orang naik menyampah tengok kau. agak agak lah kalau nak cover ayu pun. 


entahlah dunia, memang macam nih lah kot. harap jelah wei dua dua sang pencinta yang terlebih POYO nih ingat diri. best ker jadi POYO? 




contoh cinta islamic kot





minggu nih dah empat hari tak ke sekolah. hari ahad tuh pun nasib ada pesko, kalau tak hagham nak pergi lansung minggu nih. melampau betul paras kemalasan aku kan?







wajah 1Malaysia







LIKE LAJU - LAJU :)

09 November 2010

gambaran hari qiamat




Gambaran Hari Qiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.











LIKE LAJU - LAJU :)

08 November 2010

entry yang kekok

lama kot blog nih ditinggal sepi.
tapi aku pasti tiada yang merindu, sebab blog nih tak ada pembaca pun. 
hrmm bajet emo. :'(


minggu lepas ke utara. best kot sebab dengan kawans. tapi macam ada benda yang charas feeling best tuh. 
saket hati gila bila fon disahkan hilang. haha, pergi tambun derma fon free free kat sana. memang careless sangat. semua orang merepek non-stop bila tahu terutama kawans. haish, orang duk stress mereka bikin panas lagi. sangat tak memahami kot =.="




jadi sekarang tengah pujuk ehem ehem belanja fon baru satu.


okey tipu. sapalah aku kan nak ber-ehem ehem. kirim salam jer kot. tapi macam best hidup takde fon. kuno lah hang (!)




semalam pesta KO. sumpah sakit hati dengan perangai customers yang macam tak reti lansung nak sabar. nasib pelanggans, kalau tak dah kena sekeh sorang sorang. 


macam dah tak reti lansung nak tulis apa. rasa kekok sangat, macam blogger baru pun ada. mungkin sebab hampir seminggu lebih bercuti dari berblogging. jadi, nak tidur. malam (!)









LIKE LAJU - LAJU :)

01 November 2010

off to hujung dunia





tajuk entry mengalahkan minah jiwang karat baru patah hati retak tulang kacing gigi lenguh sendi etc etc etc.
pengumuman, tajuk entry tipu semata. ;)


selama empat hari tiga malam blog nih akan ditinggalkan bersarang labah labah sebab si tuan tanah nak balek Siam pergi kawen lari. boleh ker cakap macam tuh? =.="


tipu lagi.


tuan tanah akan pergi membawa diri ke utara tanah air dengan kawans naik bas sekolah SMIP yang dah tua gayot nak mampos tuh. haha, yang nih tak tipu (!) jadi selama itu blog akan ditinggalkan sepi sesepi sudut kecil sekeping hati ini. 


jadi, doakan saya yang jahat ini selamat pergi dan balik. nanti i bawak buah kaki yer u all ! :D























LIKE LAJU - LAJU :)