Penyokong Setia

27 February 2011

satu orang ulat bulu

Asalammualaikum wbt :)




" ulat bulu dah naek daun ! "




Sangatlah tak boleh blah punya mamat . Oke damn , bukan aku nak mengaku diri aku nih jahat dengan mengambil tindakan memboikot budak baru kelas aku . Tapi kalau dah perangai tuh kurang memuaskan hati , tak boleh dibiarkan begitu sahaja bukan ? Tapi aku kena tegur dia dulu kot , lepas tuh kalau dia tak dengar baru boleh boikot - memboikot . Kan ?


Dia memang sangat ulat bulu ! Terlebih miang lebih kurang macam tuh laa . Kalau dia nih nak mengurat perempuan , dia hanya akan meng-ulat bulu-kan diri dia tuh dekat perempuan yang dia dah aim . Masalahnya sekarang nih , dia nih menggatal dengan semua perempuan dalam kelas aku ! Duh , habes budak perempuan kelas akaun kena gangguan mental dek kerana si mamat nih . Biarlah namanya dirahsiakan , tak baek buka aib orang mama cakap ! :D


Aku cerita dekat mama , mama boleh bantai marah aku pula . Dia cakap mungkin tuh salah satu cara mamat tuh nak bergaul dengan rakan - rakan baru . Kalau tuh laa cara dia bergaul , memang silap laa wei ! -.- Nak bergaul ke nama dia bila budak baru tuh pergi dekat tempat kau bajet macam dah kamcing gila bertahun - tahun , dengan senang lenangnya lepak dekat meja kau , gegar - gegar meja kau sampai kau tulis BIJAK dah jadi BODOH ? Macam tuh kea cara bergaul ? Confius aku confius ! 


Haa dah , lagi banyak aku tulis lagi banyak dosa aku dapat . Esok dah malas aku tengok muka si ulat bulu tuh . Homework Sejarah dengan Chemistry dari tadi lagi duk melambai minta disiapkan . Oke chou , Bye ! T__T




teruknya perasaan ketidakpuasan hati aku ! -.-




LIKE LAJU - LAJU :)

26 February 2011

Keluar peluh lagi

Asalammualaikum wbt :)


Sebelum aku start nak mencarut , meh cikidaut Belog Amal Azraai . Dia baru update tuh . Fresh dari KUPSIS . Macam mana laa keadaan kawan - kawan aku semua yang dah berhijrah ke MARA atau SBP tuh . Sumpah rindu nak mati kat korang - korang semua . Cepat balik semua ! :D


Okey dah . Hari nih aku dengan kawan - kawan sekelas pergi buat aktiviti keluar peluh dekat Dewan Badminton Tengku Anis . Kalau dah pergi dewan badminton tuh , faham - faham jelah kan nak main apa . Takkan kau nak ajak kawan kau main lumba lari berpagar pula kot dalam tuh ? Memang tak lah kan . haha


Aku yang memang sejak azali lagi dilahirkan tangan bangku tak pandai main badminton hanya duduk di bangku penonton melihat aksi mereka - mereka yang mengalahkan Lee Chong Wei duk pukul angin tak kena - kena shuttle cork tuh . haha , aku tipu ! :p Kawan - kawan aku memang terror badminton . Dah semua wakil sekolah badminton , aku wakil sekolah tukang boo jea . Memang tak boleh lawan laa kan . Tapi terima kasih laa kat Azim yang dah sudi ajar aku si tangan bangku nih sampai terror siket . Siket jea , dorang terror banyak ! -.-


Lepas dah gigih berusaha mengeluarkan peluh demi menyahut seruan kerajaan melahirkan rakyat sihat tubuh badan , kitaorang lepak rumah Asiha pula . Memang hari nih hari merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan sekelas laa . Jadi , aktiviti sedemikian rupa wajar dilakukan lagi dan lagi . Boring lepak rumah Asiha , semua gerak ke rumah aku pula . Oke masa nih malu gila . Aku kena buat air dan faham - faham sahajalah apa yang terjadi . Aku buat air tawar gila . Haish , maaf lelaki - lelaki di luar sana , kalau rasa nak kawen dengan aku , baik lupakan . Nanti mati kehausan korang semua . >.< hehe


Gambar yang hari nih takde laa . Semua macam berusaha sehabis baek nak menang sampai lupa buka kamera tayang muka . Oke dah , aku nak siapkan homework kimia pula . Susah betul kalau tinggal sekolah seminggu straight nih , rasa macam jammed otak aku tak boleh nak fikir . Chou korang ! :)







LIKE LAJU - LAJU :)

25 February 2011

Awak dan Awak

Asalammualaikum wbt :)


Saya gembira , saya senang tengok awak dan awak dah jadi ehem ehem sekarang . Memang ! Memang dulu saya ada jatuh hati dengan awak wahai lelaki . Tapi dulu ! Bila saya dapat tahu awak dan awak dah jadi ehem ehem , saya terus cuba nak lupa semua yang pernah saya rasa dulu . 


Okey , semua yang baca ayat aku mesti rasa macam " eleh minah nh , dalam blog boleh laa dia tulis bajet dia tuh baek sangat . Kat luar apa benda tak keluar , habes semua sumpah seranah ! " Terpulang lah tuh , nak kata apa sekalipun . Yang penting , memang tuh yang aku tengah buat sekarang . Cuba terima keadaan dengan sebesar - besar hati .


Saya nak awak dan awak tahu , saya takkan ganggu hubungan awak dan awak . Saya takkan terhegeh - hegeh dengan awak dan awak . Cuma saya nak sangat , awak dan awak nak kawan lagi dengan saya . Saya harap , kita masih kawan macam dulu walaupun awak lelaki , tahu yang saya pernah ada hati dengan awak . 


Kes ada hati ker , taruh perasaan ker , tuh semua cerita dulu . Lepas saya tahu awak dan awak dah jadi ehem ehem , saya tarik diri dengan rela hati . Bertepuk sebelah tangan takkan pernah berbunyi kan ? 


Lepas nih , kita masih kawan macam biasa . Anggap yang saya pernah ada hati dengan awak lelaki tak pernah jadi . Anggaplah macam awak tak pernah tahu . Jangan rosakkan hubungan kita sebagai kawan . Terima kasih awak dan awak ! :)








Saya tak pernah simpan dendam . 





LIKE LAJU - LAJU :)

24 February 2011

Briged Bakti Malaysia cawangan Kelantan

Asalammualaikum wbt :)


Telah kembali aku ke sini lagi . 4 hari aku pergi , ada yang merindu ? haha , tak boleh blah punya soalan . -.- Okey dah , yang penting Alhamdullilah aku dah selamat pergi dan balek . Memang terbaik laa kursus APR 2011 nih . 






4 hari 3 malam aku hidup dalam keadaan yang sangat berdisiplin . Memang rasa macam askar ! :p Boleh bayang tak , tiap - tiap masa ketiak kau berpeluh sebab semua benda kena pantas sampai nak makan pun terkejar - kejar , tapi kau tak boleh mandi ? haha , busuk gila kan ? Tapi nama lagi camping unit beruniform , memang gitu laa gamaknya kan . :D


Pengalaman paling best untuk tahun 2011 . Memang terbaek laa . Urusetia semua beres sahaja . Sapa taknak kan . ;) Cuma sekarang , aku sangat - sangat - sangat memerlukan rehat yang secukupnya sebab tangan aku sebelah dah jammed , kaki tak boleh bergerak banyak . Semua sakit dari atas sampai bawah . -.- Hari nih pun aku skip sekolah , pandai - pandai aku jer kan buat peraturan sendiri ? 


Oke dah laa , entry nih tak best lansung kan ? Kekok rasa lepas tinggal belog 4 hari . 
Sekian , terima kasih . 




Sarjan Farhan 


LIKE LAJU - LAJU :)

19 February 2011

majulah sukan untuk negara

asalammualaikum wbt :)


Tajuk nak gah je kan ? Mengalahkan Menteri Belian dan Sukan punya ayat . Hari nih , aku dah hilangkan 100 kg lemak yang tengah berkumpul duk buat pesta dalam badan aku . Terima kasih wahai cikgu sebab dah PAKSA aku join aktiviti merentas desa nih . Punyalah pancit aku rasa , nasib tak pengsan tengah jalan . haha :p


Masa awal - awal pagi tuh , semangat berkobar - kobar gila nak lari mengalahkan peserta olimpik . Kononnya simpan hasrat nak menang . Tapi bila cikgu dah tiup wisel , hampeh sahaja . Berlari macam dah tak makan setahun . -.-




awal pagi . 


Rupa - rupanya , bukan sekolah aku jea yang sahut kempen kurangkan kolesterol nih , SMK Zainab 2 pun join sekali . Memang majulah sukan untuk hidup lebih lama lah ! Semangat gila aku tengok budak zainab tuh lari . Aku dengan kawan aku rilex jer duk berlenggang - kangkung tepi jalan . Memang tak best laa merentas desa nih . Semput eden ! Memang lagi bagus aku joging kat TTA laa dari kena berlari macam pelarian macam nih . 

Apa - apa pun , aku ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat . Tak rugi pun kita bersenam petang - petang hari . Tak matilah korang kalau peluh yang korang keluarkan tuh banyak sangat . 
Sekian , terima kasih . :p

Dah laa , aku nak packing barang untuk camping esok . Sehubungan dengan itu , blog ini akan tidak diupdate selama beberapa hari . haha , bajet jer lebih . Hari Rabu baru aku balik camping . Selamat tinggal Dunia Blogging . T___T


picture of the day :)







LIKE LAJU - LAJU :)

17 February 2011

biar telah lewat

asalammualaikum wbt :)


17 Februari 1995 , Lailatul Adnin binti Muhamud selamat dilahirkan oleh ummi tersayang . Ditatang , dijaga , dibelai umpama minyak yang penuh . Tahun 2011 , genaplah umur si Adnin 16 tahun . Dah boleh buat lesen motor , tapi layak kah ? :pp




Adnin , gurau jer . :D Apa -apa pun , Selamat Ulang Tahun ke - 16 . Semoga dipanjangkan umur , rezeki makin murah lepas nih . Exam pun biar dapat passed with flying colours . Yang penting , sentiasa bahagia hidup dengan , parents , kakak , abang and hanaffi . Lepas nih kalau crush dengan sapa - sapa , bukan berhenti setakat crush . Biar couple terus . -.- 




Macik nih ada blog jugek . Lagi femes dari yang meksha punya . Boleh cekidaut blog dia . TEKAN SINI . Nak hadiah kea ? Tunggu lah meksha belanja banana split dekat marrybrown . Kira okey laa tuh kan dari takde lansung ? :D 


Last but not least , once again , HAPPY BIRTHDAY ADNIN ! <3 









LIKE LAJU - LAJU :)

masih aku di sini

asalammualaikum wbt :D


Lama nya Ya Allah aku tak hapdet blog serabai nh . Berapa lama dah aku tinggalkan korang . Maaf Maaf ! -.- Pergi aku tanpa pesan , acewah ! haha , sorry again . Aku sangat busy dua tiga minggu nih , tambah pula si BERUKband nih mama taknak bayar . Sapa yang dah sudi jenguk and follow blog nih , terima kasih semuanya . InsyaAllah lah lepas nih aku terjah blog korang pula .  Jadi , mari kita lihat apa yang telah dibuat oleh meksha sepanjang dua tiga minggu dia tak update blog nh . 


Takde apa pun sebenarnya . haha , bajet tadi macam Awal Ashaari datang rumah meminang aku . Duh , memang tak boleh blah punyee . Pagi semalam , ada latihan merentas desa macam tuh . Aku kan bukan atlet sekolah , haruslah aku rasa macam nak tercabut jantung bila kena lari jauh macam tuh . Paling tak leh blah , bolehnya pula salah jalan . Macam gigih aku berlari kalah peserta olimpik , at last cikgu cakap SALAH JALAN . hampeh ! T___T


Tapi semalam tuh latihan . Lusa , hari Sabtu baru yang real punye . Aku masih berkira - kira lagi nih , nak pergi ke tak . Patut ke tak aku pergi awak - awak sekalian ? :D 


nombor bertuah :p


Ouh ya , tinggalkan kejap pasal merentas desa yang menghauskan tuh . Aku nak minta lah korang doakan sahabat aku yang sorang nih , dia cedera masa main futsal hari Selasa lepas . Mata dia pecah darah kat dalam macam mana entah . Aku tak belajar bio lah , tak tahu kejadah apa nama scientific dia . Apa - apa pun , doakan cepat si Haris Muhaimin bin Ahmad nih sembuh eh . 


Tengok sendiri lah keadaan mata kiri dia . Kesian aku tengok dia . Lepas satu , satu dugaan menimpa . Hujung tahun lepas dah accident , 10 jahitan juga kalau tak silap . Tahun nih mata pula . Takpelah Haris , tuh tanda Allah sayangkan kau . Dia nak uji kau kuat ke tak . Aku tahu kau memang cekal . Kau tahu , sunyi sikit kelas kau takde nak menyampuk cikgu cakap . :'(

aktiviti melawat Haris lepas merentas desa semalam 

Okeylah , setakat tuh jer kot . Nanti kalau ada benda nak gebang , aku update lagi . Hari Ahad nih aku ada camping sampai Rabu , balik aku update cerita best - best . haha , chou ! :D 



picture of the day
mek naz yang gedik :P


p/s : meksha dah jatuh hati dengan budak sekelas . >.<



LIKE LAJU - LAJU :)