Penyokong Setia

26 February 2011

Keluar peluh lagi

Asalammualaikum wbt :)


Sebelum aku start nak mencarut , meh cikidaut Belog Amal Azraai . Dia baru update tuh . Fresh dari KUPSIS . Macam mana laa keadaan kawan - kawan aku semua yang dah berhijrah ke MARA atau SBP tuh . Sumpah rindu nak mati kat korang - korang semua . Cepat balik semua ! :D


Okey dah . Hari nih aku dengan kawan - kawan sekelas pergi buat aktiviti keluar peluh dekat Dewan Badminton Tengku Anis . Kalau dah pergi dewan badminton tuh , faham - faham jelah kan nak main apa . Takkan kau nak ajak kawan kau main lumba lari berpagar pula kot dalam tuh ? Memang tak lah kan . haha


Aku yang memang sejak azali lagi dilahirkan tangan bangku tak pandai main badminton hanya duduk di bangku penonton melihat aksi mereka - mereka yang mengalahkan Lee Chong Wei duk pukul angin tak kena - kena shuttle cork tuh . haha , aku tipu ! :p Kawan - kawan aku memang terror badminton . Dah semua wakil sekolah badminton , aku wakil sekolah tukang boo jea . Memang tak boleh lawan laa kan . Tapi terima kasih laa kat Azim yang dah sudi ajar aku si tangan bangku nih sampai terror siket . Siket jea , dorang terror banyak ! -.-


Lepas dah gigih berusaha mengeluarkan peluh demi menyahut seruan kerajaan melahirkan rakyat sihat tubuh badan , kitaorang lepak rumah Asiha pula . Memang hari nih hari merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan sekelas laa . Jadi , aktiviti sedemikian rupa wajar dilakukan lagi dan lagi . Boring lepak rumah Asiha , semua gerak ke rumah aku pula . Oke masa nih malu gila . Aku kena buat air dan faham - faham sahajalah apa yang terjadi . Aku buat air tawar gila . Haish , maaf lelaki - lelaki di luar sana , kalau rasa nak kawen dengan aku , baik lupakan . Nanti mati kehausan korang semua . >.< hehe


Gambar yang hari nih takde laa . Semua macam berusaha sehabis baek nak menang sampai lupa buka kamera tayang muka . Oke dah , aku nak siapkan homework kimia pula . Susah betul kalau tinggal sekolah seminggu straight nih , rasa macam jammed otak aku tak boleh nak fikir . Chou korang ! :)







LIKE LAJU - LAJU :)

No comments: