Lama nya Ya Allah aku tak hapdet blog serabai nh . Berapa lama dah aku tinggalkan korang . Maaf Maaf ! -.- Pergi aku tanpa pesan , acewah ! haha , sorry again . Aku sangat busy dua tiga minggu nih , tambah pula si BERUKband nih mama taknak bayar . Sapa yang dah sudi jenguk and follow blog nih , terima kasih semuanya . InsyaAllah lah lepas nih aku terjah blog korang pula . Jadi , mari kita lihat apa yang telah dibuat oleh meksha sepanjang dua tiga minggu dia tak update blog nh .
Takde apa pun sebenarnya . haha , bajet tadi macam Awal Ashaari datang rumah meminang aku . Duh , memang tak boleh blah punyee . Pagi semalam , ada latihan merentas desa macam tuh . Aku kan bukan atlet sekolah , haruslah aku rasa macam nak tercabut jantung bila kena lari jauh macam tuh . Paling tak leh blah , bolehnya pula salah jalan . Macam gigih aku berlari kalah peserta olimpik , at last cikgu cakap SALAH JALAN . hampeh ! T___T
Tapi semalam tuh latihan . Lusa , hari Sabtu baru yang real punye . Aku masih berkira - kira lagi nih , nak pergi ke tak . Patut ke tak aku pergi awak - awak sekalian ? :D
nombor bertuah :p
Ouh ya , tinggalkan kejap pasal merentas desa yang menghauskan tuh . Aku nak minta lah korang doakan sahabat aku yang sorang nih , dia cedera masa main futsal hari Selasa lepas . Mata dia pecah darah kat dalam macam mana entah . Aku tak belajar bio lah , tak tahu kejadah apa nama scientific dia . Apa - apa pun , doakan cepat si Haris Muhaimin bin Ahmad nih sembuh eh .
Tengok sendiri lah keadaan mata kiri dia . Kesian aku tengok dia . Lepas satu , satu dugaan menimpa . Hujung tahun lepas dah accident , 10 jahitan juga kalau tak silap . Tahun nih mata pula . Takpelah Haris , tuh tanda Allah sayangkan kau . Dia nak uji kau kuat ke tak . Aku tahu kau memang cekal . Kau tahu , sunyi sikit kelas kau takde nak menyampuk cikgu cakap . :'(
aktiviti melawat Haris lepas merentas desa semalam
Okeylah , setakat tuh jer kot . Nanti kalau ada benda nak gebang , aku update lagi . Hari Ahad nih aku ada camping sampai Rabu , balik aku update cerita best - best . haha , chou ! :D
picture of the day
mek naz yang gedik :P
p/s : meksha dah jatuh hati dengan budak sekelas . >.<
2 comments:
oh haris masuk ospital? baru taw. harap arih cepat sembuh. :) IAllah
hmm , amin ya rabbal alamin . xtau eh ?
Post a Comment