Penyokong Setia

28 September 2010

it's a life routine's babe!

bosan dengan perangai orang sekeliling. tak tahu atau pura pura tak tahu macam mana nak jaga hati orang. kau tadek hati perasaan, tapi aku ade! kau tak tahu malu, tapi aku tahu!


LIKE LAJU - LAJU :)

24 September 2010

i'm getting older

rasa macam kecik jer lagi tapi hari nih 24 sept dah 15 pun umur aku.
15 sama dengan tingkatan tiga.
tingkatan tiga sama dengan PMR
PMR sama dengan sepuluh hari jer lagi.
sepuluh hari sama dengan nak tercabut jantung aku!


alhamdullilah aku masih bernyawa hari nih.
dan syukur aku dipanjangkan usia sampai dah 15 tahun aku duduk atas muka bumi Allah nih.


for those that remember my birthdays, thanx a lot.
tak kiralah sahabat handai muka buku ker, classmates ker, schoolmates ker, rakan blogger ker, syukran jazilan!



LIKE LAJU - LAJU :)

22 September 2010

pecutan terakhir

hari nih macik tader masa nak mengarut panjang berjela jela macam kereta lipan sebab masa semakin suntuk. okey dah cepat cepat masuk point.


first of all, attention please! pmr tinggal dua belas hari saja lagi. diulangi, dua belas hari lagi. tak nebes ker aku? maunya tak nenes, gabra tahap cimpanzi dah rasa nih. tapi ada masa nak updet blog lagi kan? mama aku tak marah ker? lappy ayu nih tak kena rampas ker? macam heran jer bunyi.


memang ada masa updet blog sebab sekarang baru pukul tujuh lebih lebih sikit. aku start study pukul lapan sampai aku rasa nak muntah hijau pengsan tak sedar sedar sampai bila bila. mama tak marah sebab mama takde tapi opss jangan kata aku tangganng moden sebab aku dah minta izin nak onlin kejap. tapi dengan alasan yang sangat kukuh macam dinding konkrit aku kata nak tengok borang mara bukak berapa hari bulan. kukuh lah tuh kan? sambil menyelam minum air masin lah wei! aku pun macam heran jugaklah sikit sebab mama tak bukak mulut kata nak sita harta benda aku. aku pun tak nak gatal gatal mulut tanya mama takde keinginan nak jadi JPJ tak bertauliah lagi. kang tak pasal pasal jadi kes naya pulak lagi sekali.


masa memang dah takde lansung sekarang. semua orang study macam machine sebab baru sedar exam esok lusa dah. baru gabra ingat nak cover semua subjek dari tingkatan satu sampai tiga lepas tuh mulalah saket kepala saket badan saket orat saket hati. aku pun samalah! teruk dari tu nak ada nih hah. macam nak pecah otak aku rasa. huh, tiba tiba menyesal sebab tak cover benda benda nih dari dulu lagi. okey dah menyesal, nasi dah jadi bubur. makan jelah, sedap jugak tuh!


tadi dah tengok tengok pasal mara. borang online tak bukak lagi. 27 sept 2010 baru bukak. macam tak percaya tapi percayalah aku nak masuk MARA keyh. diulangi, aku nak pergi MARA! fuhh, macam mimpi. mama sendiri terkejuz monyet tadi. hoho, manusia berrubah lah ma!


okey dah, insyaAllah kalau lepas nih ada masa walaupun memang takde masa lansung aku updet lagi. anda anda sekalian sahabat sabaht saya sila silalah mendoakan kecermelangan saya. jasa anda biar Allah saja yang balas. sungguh saya tak daya membalas, mungkin hanya mampu saya kirim secebis doa buat kalian. assalammualaikum. :)
LIKE LAJU - LAJU :)

15 September 2010

aku maluuu

pagi pagi buta tak reti reti nak tidur lagi macik nih? lantaklah kan, mata aku. :D
dah cerita, terus masuk point.


tadi dengan jayanya aku berjalan jalan di blog kawan kawan dan yeah aku terjumpa satu contest gempak gegak gempita punya! cun lah, kalau menang boleh topup duit shopping aku bulan nih. ;)




contest dari kakak suwit nama Kila dan nama contest dia AKU MALUUU dan kalau korang nak join takpun gatal tangan nak usha contest, klik nama kak Kila di atas yerp. :D nak join contest nih kena buat karangan cerita yang ada kena mengena dengan aku maluuu. pandai pandai lah tuh yerk. dan aku pertaruhkan dua cerita nih. :p


CERITA SATU


masa tuh umur aku lebih kurang lapan tahun kalau tak silap. macik kan dah tua, penyakit nyanyuk gatallah nak tumbuh atas badan! masa tuh aku baru pindah Sabah ikut abah posting sana. hari pertama aku dalam kelas, bajet bagus sangat larh tuh konon walaupun. masa pertama, Ustazah ape menda ntah nama dia, tak hengat dah eden. okey okey, cover cun sehabes baek wei! agak agak biar ustazah tuh berkenan terus ambik buat menantu orang gaji baru kat banglo 3 tingkat dia. kononnya bajet baik walaupun masa tuh tudung pun tak pakai gi sekolah. biasalah, budak budak. :D


ustazah nih memang nak menguji keimanan orang betullah. masuk masuk mak aii dah ada kerja. sabar sabar, kena buat muka bajet lagi nih! =.="  ouh bagus, latihan nih aku dah buat kat sekolah lama dulu. sebelum aku pindah Sabah, aku sekolah kat Port Dickson, Negeri Sembilan. fuhh lega, dalam jangka waktu sengkat tuh aku boleh siapkan kerja yang ustazah bagi.


bagus bagus, cerah harapan nak jadi menantu orang gaji ustazah tuh! sambil buat muka poyo bangun jalan mak aii mendabik dada hantar buku tulis kat ustazah. ustazah tuh perasan lah aku budak baru! bagus bagus, makin cerah harapan aku macam nih! ustazah bagi aku beribu ribu lima bintang sebab aku betul semua woo! @.@ kembang hidung aku. mula mula masuk jer dah dapat lima bintang, habislah bintang kat langit tuh pasni kalau ustazah bagi latihan hari hari. 


duduk atas kerusi meja belakang sekali. kesian aku, naya jer kena duk belakang. naseblah jadi budak baru. tengok kiri, kawan baru aku duk sibuk dengan latihan agama dia lagi. pusing kanan, musuh baru aku duk gabra tak boleh boleh lagi nak jawab soalan ustazah bagi tuh. sengallah budak budak sekolah nih, lembap siot buat kerja! dan dengan sengalnya aku main jongkang jongket sorang sorang atas kerusi tuh. 


kerusi yang elok elok empat kaki terus cacat kudung dua kaki dapat kat aku. syiok woo maen benda tuh! tenggelam aku dalam dunia sendiri. haha, dan tanpa disedari kerusi tuh tergelincir macam mana ntah dan gedebuk bunyi mengalahkan nangka busuk jatuh. bukan nangka busuk jatuh, aku yang busuk hati nih hah dah terlentang atas lantai kelas. habis satu kelas pandang belakang nak tengok apa kejadahnya yang jatuh. mak aii, budak baru jatuh woo. ya Allah, aku maluuu gila taim tuh! rasa macam nak bungkus beg terus pindah sekolah lama balek. :'(


CERITA DUA


dua tahun jadi pelajar Sabah, dah familiar dengan cikgu cikgu tambah tambah lagi dengan ustazah kesayangan aku tuh. maklaumlah, dia first cikgu tengok aku terlentang atas lantai kelas. sekarang umur dah 10 tahun. dah start gedik gedik nak masuk acara sana acara sini.


acara sukan tahunan dah start. cikgu dah kecoh cari atlet dalam rumah sukan masing masing. sapa yang suka main kejar kejar dalam kelas naseb koranglah kena paksa dek cikgi jadi atlet acara balapan. baik aku, tak susah nak penat lelah berlari lari macam orang sawan atas trek tuh. masuk perbarisan pun kira okey lah. wei, okey lah tuh! 


tapi kes naya jugak kalau jadi budak perbarisan nih. tak pasal pasal dapat berjemur di bawah terik mentari free free jerk, dengan bunga reben bagai cikgu belit atas badan nih hah. naseb taim tuh bodo kurang cerdik lagi. cikgu buat apa suruh apa pun ikut jer. tak membantah lansung! pelajar mithali lah katakan. mekap nih hah mengalahkan mak joyah mulut murai punya tebal. berat kelopak mata nak angkat eye shadow berkilo kilo cikgu sapu. 


taim duk rehat ramai ramai aku tetiba lak gatal rasa nak terkucil. okey, sasaran utama tandas! mana tandas nih? angkat tangan "cikgu saya nak pergi tandas". hah cikgu dah lepas, lari lari sepantas kilat cepat weii kang terburai dalam seluar bikin panas cerita jer. dah darjah empat pun kau kencing dalam seluar lagi, apa nak jadi! =.="


jumpa abang alif senior handsome pujaan ramai tiba tiba mak aih dia tegur aku lar! perasan sekejap. dah tak hengat dunia taim tuh, tak ingat lansung yang air dalam urinary bladder dah penuh nak melimpah nih. boleh buat muka bajet berenti kejap borak borak dengan abang senior hensem. tiba tiba baru teringat, "takpelah abang alif, nak g toilet jap!" sambil muka dah kemut kemut semacam tak tahan sangat!


toilet toilet! okey, ada toilet. cepat cari toilet bowl kosong takde orang. hah, legaa! :D keluar cepat cuci cuci tangan dekat singki cikgu dah tunggu atas padang. tengah tengah nikmat gonyoh tangan dekat sink sambil duk belek muka mengalahkan opera cina tiba tiba ada orang sebelah tegur.


"eyh, kenapa adek masuk sini?" dan dengan tanpa rasa bersalahnya aku jawab aku nak kencing. tiba tiba baru aku perasan eyh yang tegur aku tuh lelaki lah. lelaki okey bukan macik macik akak akak. naya aku! dengan muka tak tahu malu aku berlari keluar dari toilet tuh pergi padang balek. sampai sana aku duk senyum sorang sorang gelak sorang sorang. semua pelik tengok aku sebab takde sorang pun yang tahu betapa aku maluuu gila tadi. abang alif senior hensem punya pasallah nih! 


hah sekian sahajalah cerita aku untuk contest aku maluuu nih hah. harap harap adalah rezeki aku kan raya raya nih. okey kak Kila, sila nilai karangan budak sekolah saya yerk! :D untuk itu aku nak ajak kawan kawan aku sekali join contest nih. dan yeah kawanku, dialu alukan join contest nih.


cik atintin
amzar
cik lebah



LIKE LAJU - LAJU :)

14 September 2010

satu hari di hari raya

huh mak aih, letih seharian pergi beraya hari nih! =.=" beraya ker? lebih tepat kalau aku kata, pergi shopping. segenap pelosok Kelantan nih aku jajah. raya sakan hari nih tapi duit raya sesen habuk pun tarak dapat! :D

pagi buta lagi mak sedara merangkap adik mama aku merangkap anak nenek aku merangkap adik ipar ayah aku merangkap sampai terangkak rangkak dah ketuk pintu rumah. orang lain datang rumah sedara mara nak beraya? nih kami buat aktiviti "lagi berfaedah" daripada tuh. jeng jeng jeng.

aktiviti fesbukim berjemaah. macam bongok jerk nama tapi lantak apa aku. semua berebut nak online. start dari yang muda sampai yang dah tua bangka berumur sikit pakat pakat kalut dengan fesbuk. aish, family nih aneh bin ajaib sungguh! sementara tuh, ada aktiviti selingan.

mama bersama adeknya terchenta, teh.

natasha + mama tersayang


kak long, mama, achik


selesai bab aktiviti mengarut berjemaah atas rumah. turun rumah perabiskan minyak kereta jom!
tayar kereta bergolek menuju ke Tumpat. kami konvoi ramai ramai dan ya kami makan jem buah berjemaah lagi atas jalan. heran aku tengok. taim musim musim tak raya tuh kan, mana kereta kereta nih menyorok? asal taim sesak macam nih baru dia nak munculkan diri? nampak sangat rakyat Kelate nih kaya raya sebab kereta banyak sangat atas jalan. so majoriti satu rumah satu kereta larh tuh kan. ;) tapi kes kemiskinan melampao masih berleluasa kat sini. heran aku. kalau dah kaya tuh ya Allah kaya siot sampai boleh tidur lapek duit. tapi kalau dah masuk tahap miskin tuh Tuhan jerk tahu betapa daifnya hidup.

makan kenyang kenyang kat tempat kenduri. mak aih hijau menyala nyala baju akak ngan abang pengantin tuh. agak agak dah boleh tetukar dengan daun pisang. perut dah memboyot kenyang tahap cimpanzi terus stat kete blah ke tanah perkuburan Pengkalan Kubor. asal letak nama pelik betul? entah entah kawansan tuh bekas tanah perkuburan kot. :O
tak sempat pun nak tengok barang, semua dah macam cacing kepanasan. manusia kat sana mak aih ramai nya. daripada mana semua manusia manusia nih muncul hah?

sambil buat muka seposen ramai ramai cakap "kami laparlah!" haha! baru lepas makan nasi aik dah lapas balek? tak heranlah kalau dah duduk kat situ peluh menitik bebaldi baldi sapa boleh tahan wei. okeyh, jom cari kedai nak topup balek peluh peluh yang keluar mencurah curah tuh.

pusing punya pusing punya pusing jumpa jugak kedai makan yang bukak. susah betul nak cari. kedai nampak full jerk, sedap sangat ker makanan kat sini? okey, cari tempat duduk semua kita order apa yang sedap sangat kat sini sampai orang berduyun duyun masuk. 

MEE CAMBOL. mak datuk woii, nama makanan ker apa benda nih? pelik siot. asal aku tak pernah dengar pun? eyh, darat larh hang mek sha. nama dah semacam, mesti rasa pun semacam punya sedap. sip bang, mee jambul cambol satu!

sekali terkena daa makan kat kedai nih. menunggu air pun dah tumbuh janggut sejemput. lamanya kak oii! kena tunggu jerang air dulu ker? nak tunggu air tuh pun dah satu hal, nih hah mee cambol pemes tak sampai sampai lagi. macik macik dah start bebel dah. hah sudah, padan muka tuan kedai tuh! heran betul, apa yang dia buat sampai luar biasa punya lambat kami kena tunggu. agaknya tuh lar kot yang spesel sangat kat sini! +.+

 gamba ihsan encik google

lebih kurang macam tuh lar rupa bentuk mee cambol pemes tuh. macam mee sup biasa jer tapi dia banyak seafood. orang allergic tidak digalakkan mengambil mee ini sebagai hidangan harian kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan. tapi yang tak syok, ya rabbi perasa dia banyak siot! nak suruh aku botak kepala ker apa nih kak oii? 

round round round lagi sampai jumpa masjid. woii, jalan jalan jugak, solat tuh jangan lupa! :)

kaki tak reti reti lenguh lagi nih nak berjalan. okey, W.C.Y jom. hoho, ramainya manusia kat Wakaf Che Yeh. manusia manusia nih tak reti duduk rumah diam diam ker? berjalan jer keje. :D last last dapat jugak aku shopping shawl banyak banyak. gila kau banyak nak mampos shawl dia jual kat sini. suka aku! :D mama aku lagi suka nak kena keluar bajet.

nak  naik menanah kaki aku. mahu tak nya, pusing satu W.C.Y dengan heels 3 inci. tempuh maut tuh namanya! macam nak tercabot kaki aku. ingat kaki aku kaki besi ker nak jalan pakai heels non stop. hoho, padan muka kau! sapa suruh gatal gatal pakai heels? :p

tengah memilih gambar sebab tiba-tiba macik rasa gatal nak masuk contest hari raya. bunyi macam best jer? hoho, hadiah lumayan woo! nanti esok lar pulak buat entry pasal contest nih. tidur lagi syok sekarang nih! :)




LIKE LAJU - LAJU :)

11 September 2010

kawan, sayang awak!

dengan sengajanya saya tak nak sebut nama awak, takut sangat awak kecik hati dengan saya lepas tuh kita berperang lagi. saya tak nak! sumpah saya tak suka gaduh gaduh dengan awak.

tapi saya nak awak tahu, saya sayang sangat dekat awak. sebab saya sayang awak nilah saya tak nak awak jadi macam tuh. perangai awak lain sangat sekarang, berubah sakan! =.=" lagi lagi lepas awak dah kenal dunia pesbuk pesbuk nih. entahlah, mungkin saya jer kot yang rasa macam tuh. harap harap awak sedarlah ye.

saya menyesal paksa paksa awak kenal dengan pesbuk nih dulu. saya bukan tak bagi awak layan benda tuh lansung, lagipun saya takde hak lansung kan nak halang awak buat apa apa pun? saya boleh nasihat jerk. awak bolehlah nak layan benda tuh, tapi perangai awak jagalah sikit. kadang kadang saya baca komen komen awak, saya rasa sedih gila. "kenapa kawan aku jadi macam nih?"

saya mintak awak cepat cepat sedar yerp! saya sayang awak. saya nak kita jadi kawan baek sampai bila bila. walaupun awak ada perangai yang pelik, tapi takpe sebab saya paham dah awak memang macam tuh. kan? 



LIKE LAJU - LAJU :)

10 September 2010

eyh dah raya lah wei!

sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI yerk semua. entry kat bawah nih dah cakap, tapi lantak akulah kan nak cakap selamat selamat nak wish heppy eid bagai berapa kali pun. sehubungan itu aku nak susun sepuluh batang jari yang tak berapa nak cun melecun nih minta ampun minta maap banyak banyak daripada kawan kawan sekalian kalau ada aku tersyok sendiri terkutuk terkata termengumpat termaki terkeji ter hape lah sekalipun kat blog murahan nih. ampunkan daku yerk?

sekejap jerk dah raya pun tahun nih kan? macam baru semalam jerk rasa pacik ensem tuh announce kata esok pose. eyh, dah raya pun kita! dan masa untuk aku buat date dengan abang macho PMR semaken dekat dan ouh rasa kecut perut gila dan yeah aku still lagi dalam kelalaian dan weh bilalah kau nak sedar nih budak sepet!

pagi raya pertama hari nih, macam biasa. pukul enam pagi ayam pak mat pun tak mengeluarkan suara jantan dia lagi tapi mama dah bising "along bangun cepatlah! dah pukul tujuh nih" sambil eksyen eksyen ketuk pintu bilek aku macam nak roboh pintu tuh dibuatnya. mama mama. aku selalu tertipu dengan helah masa dia tuh. aku gabra gila terus bangun terjun katil raba handset tengok jam eyh mama baru pukul enam lah. kena tipu lagilah nih! >.< 

masa tengah belek muka cun hodoh gila mengalahkan lembaga nih kat cermin, tiba tiba "arghhhhhhh, siot nak mampos!"


betapa senang dan suka hatinya jerawat trang tang tang nih nak join aku sekali beraya. blah lah wei!
spoilt mood orang jerk. dan dengan sengajanya mama sound aku "eyh cantek spotlight baru atas dahi! hah, dia nak ikut raya samalah tuh" saba jelah. =.="

raya tahun nih sumpah raya paling sedih gila sepanjang aku hidup atas bumi Allah nih. entahlah tapi memang rasa kekosongan tuh. agaknya sampai bilalah dorang nak jadi macam nih? dorang tak pernah fikir ker ada jiwa jiwa kecil yang tersangat sangat menderita atas tindakan dorang yang melampaui batas tuh! kalaulah tiap tahun macam nih, aku lebih rela raya kat bumi Gaza takpun tayah raya lansung lagi senang.

Ya Allah, Kau berilah hidayahmu pada mereka mereka ini Ya Allah. Kau berikan secebis rasa keinsafan dalam diri mereka agar mereka menyedari kekhilafan yang telah mereka lakukan. jangan Kau matikan mereka dalam kekufuran Ya Allah. amin ya rabbal alamin!


thanx my dearest cousin for your willing to help me. tak sangka kita boleh berbaik, haha! kalau kat luar pantang jumpa mengalahkan cat dog tapi tadi ber-waiem dengan anda segalanya lancar. apa jenis family lah yang kita ada nih kan? owang rasa macam entah hape hape jerk perangai mereka mereka nih. dia jerk manusia yang owang rasa paling paling paling boleh paham situation sekarang sebab owang ngan dia di posisi yang sama. kan?
LIKE LAJU - LAJU :)

08 September 2010

happy raya day

jumaat atau sabtu?
tak  kesahlah kan bila pun, nanti tunggu pacik ensem pakai baju melayu bersongkok bersampen bagai duduk atas sofa biru buat announcement. 

selamat hari raya aidilfitri mintak ampun banyak banyak dari hujung kain tudung sampai hujung tumit kasut kalau ada buat silap, dengan sengaja buat aktiviti anyam ketupat pasal korang n blablabla. 




jemput yerk semua datang rumah raya ketiga. nak alamat? kirim surat nanti aku jawab. :D
nanti aku bagi duit raya 20sen sorang. datang tau!
LIKE LAJU - LAJU :)

manusia duka lara

rasa macam nak buat lompatan bersegi sebab dah 12.22 a.m tapi mata tak mahu pejam lagi. saya tak ambil caffein yerk malam nih. =.="
tapi yang paling macam tak boleh blah tadi aku dah landing ngam ngam atas katil kesayangan lepas chat dengan budak hati lara tapi mata tak boleh nak tutup cepat cepat turun katil balek senyap senyap on lappy sebab rasa nak jogging kat blog kawan kawan lepas tuh muzik apa ntah keluar shh shh nanti mama aku denga aku online lagi time nih mampos lah weih! +.+


dah dah, cepat masuk point.
nak jawab tagged dari cik lebah kesayangan saya. <3


1. Apa yang bermain di fikiran sekarang nih?
macam mana aku nak tidur nih? kang esok tak bangun sahur lagi macam tadi weih laparlah aku. is he doing well rite now?


2. Apakah nama samaran anda?
nek baq :D


3. Berikan 3 orang yang anda sayang?
orang? boleh saya pecahkan kepada kumpulan? keluargaku syurgaku, teman rapat, kawan kawan. 


4. Panggilan anda untuk si dia?
si dia? kucing rumah nenek aku ker? maaf saya takde 'si dia'


5. Hadiah yang you all mimpikan daripada seseorang yang istimewa?
saya tanak apa apa. bajet perempuan suci. 


6. Blog mana yang anda suka visit?
eyh kena mention kerk? kang ada yang sentap lak. blog makhluk bumi yang pernah singgah blog aku :)


7. Tag kan 15 blogger.
semua rakan blogger yang baca entry nih wajib buat. ;)


saya sedang berduka cita :'(

LIKE LAJU - LAJU :)

07 September 2010

nek baq vs apam balek

agak lucu bila tengah tengah malam buta budak budak hingusan baek nih macam tak reti reti nak tidur lepas tuh buat muka seposen bukak topik pasal nek baq dekat borang spring. kan mak dah cakap jangan minum nescafe malam malam buta sapa suruh tak dengar hah sekarang padan muka kelopak mataku yang sepet nih macam dah kena gam jer tak boleh nak tutup. 


denga nama dia pun macam dah lucu sangat kan. mungkin tak bagi korang tapi maaf ya bagi aku sebab tuh first time keyh first time aku denga nama nek baq. macam macam rupa bentuk aku terbayangkan si nek baq nih.


rupa rupanya nek baq adalah sejenis kueh tradisional yang bentuk dia lebih kurang bahulu kecik bak kata sdil dengan kuah melimpah ruah dan diperbuat daripada air gula.


amat sadisnya mula mula aku denga nama nek baq aku terbayangkan benda nih.




dan tindakan aku membayangkan rupa nek baq dengan sedemikian rupa mendapat kecaman hebat daripada inchik amzar, inchik fadhil dan atintin. eyh sumpah malu gila dengan korang bertiga. =.="


tapi naseb baek jugaklah ada anda anda bertiga sekalian. eyh, terima kasih daun keladi laen kali ajarlah lagi. :D kalau beliau beliau bertiga nih tader, maka akan sesatlah aku antara lautan nek baq dan apam balek sampai aku beranak pinak. lepas nih kalau generasi akan datang kata nek baq tuh macam apam balek, hah memang sah dah kompemlah tuh cucu cicit aku. :))


macam nilah rupa nek baq yang sebenarnya. cun okeyh!




terasa macam malu nak mengaku aku orang kelantan sebab aku tak layak lansung dipanggil kelantanese. =.=" macam macam benda dalam bahasa kelantan sumpah kalau korang sebut ternganga nganga jawabnya mulut aku. tak heranlah tahun lepas kuat gila keyh aku dimampuskan oleh seorang ustazah sebab aku tak tahu buah ape mende ntah nama dia. sampai sekaran lupa lagi! sapa sapa boleh tolong ajar saya dialek kelantan yang pekat bia lepas nih dengan bangga boleh bediri sama rendah duduk sama tinggi dengan ustazah tuh? ^^
LIKE LAJU - LAJU :)

06 September 2010

lagi lagi nak gaduh!

semangat sedang membara bara mengalahkan api obor sukan olimpik nak updet blog nih!
sebelum tuh, macik nak warn awal awal yerp.
entry kali nih agak sensitip untuk dibincangkan tapi macik tanak lepas peluang keyh post entry nak tunjuk aku nih anak malaysia. :D
sumpah jeles tengok bloggers bloggers laen duk bising bising pasal nih.


baru lepas online facebook tadi. tiba tiba ada sorang mamat nih tegur aku dah lama keyh aku tak online kotak chat fb tuh. aisey, macam mana boleh tergerak hati nak online hari nih?


mula mula baca ayat dia aku dah cuak. aish, asal semacam jerk nih?
dengan penuh keceluparannya aku tanya dia
"awak nih indon ker?"


hoho, sumpah masa tuh tak engat lansung pasal isu hangat mengalahkan pisang goreng panas dekat shah alam yang bubuh dalam beg kertas coklat mak oii panjang gila kena beratur kalau kau mengidam sangat nak makan!


dan dengan slumbernya dia jawab "yups aku indon!"


huh, lega. naseb tak jadi apa apa. kang tak pasal pasal esok terpampang muka bajet hancor aku nih dekat muka depan metro. free free jerk femes amos! sapa tanak weih femes free. kalau kau masuk af pun tak senang ginih. dah lah kena beratur panjang mengalahkan kereta lipan, belum tentu lagi tuh kau terpilih. kalau dah suara tuh sumbang mambang ke laut terus, tak yah mimpilah dik non! buang karan jerk tuh.


tiba tiba aku terpikir, macam mana boleh timbul isu ganyang malaysia nih? 
asal mamat tadi tak der pape pun? aiyoo, dah tuh golongan marhaien mana yang duk kepoh kepoh kecoh kecoh susah susah duk bakar bendera kebanggaan kita rakyat malaysia tuh?




apa perasaan mereka mereka nih kalau tengok kita buat benda sama kat bendera dorang?
erm, entahlah tuh kan.
rambut sama hitam tapi ada gak rambut kaler laen sekarang nih tapi hati laen laen keyh.


apalah salahnya kalau kita baek baek jadi kawan sahabat teman susah senang selama lamanya macam isi dengan kuku hati dngan jantung limpa dengan perut?


okeyh dah dah, aku sebenarnya ketaq kepala lutut jugak nih menulis pasal benda benda sensitip sedemikian rupa. kang tak pasal pasal. hah dah dah, sekian renung renungkan dan selamat beramal! :D
LIKE LAJU - LAJU :)

05 September 2010

entry bajet emo menggedik :p

jahat kerk perempuan nih kalau dia benci ex dia?
hina kerk budak mentah nih kalau dia tak boleh terima ex dia?
hah, salah aku kerk?


jangan paksa aku terima kau balek! :'(
aku tak boleh, tak boleh terima perangai buruk kau tuh!


maaf, mungkin perempuan laen boleh terima perangai buaya tembaga kau tuh! tapi bukan aku. bukan nurul shahirah aziera keyh!


alahai mak bedah, tetiba lak macik nih nak emo emo mengalahkan budak baru kalah pertandingan mewarna nih apa kes pulak? korang rasa?






akak akak macik macik sekalian, anda anda sekalian boleh terima tak kalau buah hati intan payung korang maen kayu tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh? hairan bila sesetengah perempuan kata "tak pelah, dia ada hak nak kawan dengan sape sape pun"


ouh kalau jantan ada hak pulak nak kawan dengan siapa pun. kalau perempuan buat? maunyer naek kaki tangan pelempang terajang dekat perempuan tuh. tak adil lah macam tuh! =.="  


tapi naseb baeklah tak semua lelaki macam tuh. sesetengah sahaja yerk!perhatian, sesetengah sahaja! jadi lelaki lelaki suci sekalian, hah dah jangan nak mengamuk tetiba lak lepas baca entry aku nih. kang silap silap hari bulan kena banned pulak blog nih. uhh, tak sanggup aih cheq! :D


dah menggedik buat muka seposen post entry emo emo nih. takpelah, cinta monyet tak semestinya boleh kekal sampai korang kompem kompem kahwin pastuh beranak pinak sampai satu lori angkut anak ke hulu ke hilir. tak kan? so kalau ada sahabat sahabat kesayangan aku yang baca entry nih yang dah lama putus cinta, yang baru putus cinta, tak pun yang akan putus cinta, tak payahlah korang terover emo sangat sampai gila nak telan varnish terjun bangunan tingkat 6. buatlah macam tuh kalau rasa korang mati tuh kompem kompem terus masuk syurga. 


eyh memang taklah kan. orang yang bunuh diri sendiri nih tak pernah cium bau syurga. ingat tuh, fikir dulu sebelum buang! eyh salah. fikir dulu sebelum buat! agak agak gian nak bunuh diri sangat, baek korang terjun jerk terus dari klcc. kompem kompem KO terus. kan kan kan?


okeyh dah mengarut! jom g bazaar ramadhan berjemaah nak? aku belanja korang bayar. fair n square ryte?


wah, maju sahabatku dah ada blog sekarang. dulu asyik duk baca blog orang jerk kan, sekarang amacam? bagus bagus. ;)
LIKE LAJU - LAJU :)

03 September 2010

berbuka bersama :D

24 ramadhan.


hoho, best sangatsangat bukak hari nih! yeahyeah, gedik dah macik senget nih!
tak tahu dah macam mana nak cakap kebestan hari nih.


sumpah tak pernah lansung terbayang boleh bebuka dengan kanakkanak riang sekalian.
tapi sayangnya maseh ada yang absent. hadoi, waa cakap luu memang rugi gilakbabun arh for those yang tak join uh.


masa planim nampak macam biasabiasa jerk. yelah, nampak macam kamikami sekalian nih nak buka kat gerai mamak tepi jalan rumah macik bedah mulut murai uh. 


ouh tapi sebenanya tidak sama sekali! haha, syiok woh. bajet keyh nak buat sahabatsahabat handai yang bebuka ngan family uh jeles sampai malam nih tido sambil gigit bantal busuk korang yang ada peta dunia tuh. :p


ouh dah malas nak melalut,sedang ketandusan idea. jom layan gamba.


mukamuka suci baru balek musalla

hah, apakah?!


hoho, nak yang mana?



ergh, gedik mcsha! =.="


apakah ini dikatakan gila? teringin sangat nak jadi ikan agaknya.


hey there, L.O.S.E.R!


1,2,3 click!


gamba berkualiti limapuluh limapuluh okeyh. ayat cover nak kata gambagamba nih hodoh.
korang nak test wc lappy aku sangat an? hah, terhasillah gambagamba buruk menawan di atas.status fb masem masem bajet happyhappy jerk. okeyh korang, sumpah best! nak lagi nak lagi! :p

nanti jamuan akhir tahun nih kita buat yang gempak gegak gempita kalah yang nih keyh. psst psst, baju amacam woit? jadi ke tak? haduyai korang nih.

haa dah, nanti aku update lagi. lenguh lenguh. sekian, assalammuailaikum. :D

LIKE LAJU - LAJU :)