Penyokong Setia

14 September 2010

satu hari di hari raya

huh mak aih, letih seharian pergi beraya hari nih! =.=" beraya ker? lebih tepat kalau aku kata, pergi shopping. segenap pelosok Kelantan nih aku jajah. raya sakan hari nih tapi duit raya sesen habuk pun tarak dapat! :D

pagi buta lagi mak sedara merangkap adik mama aku merangkap anak nenek aku merangkap adik ipar ayah aku merangkap sampai terangkak rangkak dah ketuk pintu rumah. orang lain datang rumah sedara mara nak beraya? nih kami buat aktiviti "lagi berfaedah" daripada tuh. jeng jeng jeng.

aktiviti fesbukim berjemaah. macam bongok jerk nama tapi lantak apa aku. semua berebut nak online. start dari yang muda sampai yang dah tua bangka berumur sikit pakat pakat kalut dengan fesbuk. aish, family nih aneh bin ajaib sungguh! sementara tuh, ada aktiviti selingan.

mama bersama adeknya terchenta, teh.

natasha + mama tersayang


kak long, mama, achik


selesai bab aktiviti mengarut berjemaah atas rumah. turun rumah perabiskan minyak kereta jom!
tayar kereta bergolek menuju ke Tumpat. kami konvoi ramai ramai dan ya kami makan jem buah berjemaah lagi atas jalan. heran aku tengok. taim musim musim tak raya tuh kan, mana kereta kereta nih menyorok? asal taim sesak macam nih baru dia nak munculkan diri? nampak sangat rakyat Kelate nih kaya raya sebab kereta banyak sangat atas jalan. so majoriti satu rumah satu kereta larh tuh kan. ;) tapi kes kemiskinan melampao masih berleluasa kat sini. heran aku. kalau dah kaya tuh ya Allah kaya siot sampai boleh tidur lapek duit. tapi kalau dah masuk tahap miskin tuh Tuhan jerk tahu betapa daifnya hidup.

makan kenyang kenyang kat tempat kenduri. mak aih hijau menyala nyala baju akak ngan abang pengantin tuh. agak agak dah boleh tetukar dengan daun pisang. perut dah memboyot kenyang tahap cimpanzi terus stat kete blah ke tanah perkuburan Pengkalan Kubor. asal letak nama pelik betul? entah entah kawansan tuh bekas tanah perkuburan kot. :O
tak sempat pun nak tengok barang, semua dah macam cacing kepanasan. manusia kat sana mak aih ramai nya. daripada mana semua manusia manusia nih muncul hah?

sambil buat muka seposen ramai ramai cakap "kami laparlah!" haha! baru lepas makan nasi aik dah lapas balek? tak heranlah kalau dah duduk kat situ peluh menitik bebaldi baldi sapa boleh tahan wei. okeyh, jom cari kedai nak topup balek peluh peluh yang keluar mencurah curah tuh.

pusing punya pusing punya pusing jumpa jugak kedai makan yang bukak. susah betul nak cari. kedai nampak full jerk, sedap sangat ker makanan kat sini? okey, cari tempat duduk semua kita order apa yang sedap sangat kat sini sampai orang berduyun duyun masuk. 

MEE CAMBOL. mak datuk woii, nama makanan ker apa benda nih? pelik siot. asal aku tak pernah dengar pun? eyh, darat larh hang mek sha. nama dah semacam, mesti rasa pun semacam punya sedap. sip bang, mee jambul cambol satu!

sekali terkena daa makan kat kedai nih. menunggu air pun dah tumbuh janggut sejemput. lamanya kak oii! kena tunggu jerang air dulu ker? nak tunggu air tuh pun dah satu hal, nih hah mee cambol pemes tak sampai sampai lagi. macik macik dah start bebel dah. hah sudah, padan muka tuan kedai tuh! heran betul, apa yang dia buat sampai luar biasa punya lambat kami kena tunggu. agaknya tuh lar kot yang spesel sangat kat sini! +.+

 gamba ihsan encik google

lebih kurang macam tuh lar rupa bentuk mee cambol pemes tuh. macam mee sup biasa jer tapi dia banyak seafood. orang allergic tidak digalakkan mengambil mee ini sebagai hidangan harian kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan. tapi yang tak syok, ya rabbi perasa dia banyak siot! nak suruh aku botak kepala ker apa nih kak oii? 

round round round lagi sampai jumpa masjid. woii, jalan jalan jugak, solat tuh jangan lupa! :)

kaki tak reti reti lenguh lagi nih nak berjalan. okey, W.C.Y jom. hoho, ramainya manusia kat Wakaf Che Yeh. manusia manusia nih tak reti duduk rumah diam diam ker? berjalan jer keje. :D last last dapat jugak aku shopping shawl banyak banyak. gila kau banyak nak mampos shawl dia jual kat sini. suka aku! :D mama aku lagi suka nak kena keluar bajet.

nak  naik menanah kaki aku. mahu tak nya, pusing satu W.C.Y dengan heels 3 inci. tempuh maut tuh namanya! macam nak tercabot kaki aku. ingat kaki aku kaki besi ker nak jalan pakai heels non stop. hoho, padan muka kau! sapa suruh gatal gatal pakai heels? :p

tengah memilih gambar sebab tiba-tiba macik rasa gatal nak masuk contest hari raya. bunyi macam best jer? hoho, hadiah lumayan woo! nanti esok lar pulak buat entry pasal contest nih. tidur lagi syok sekarang nih! :)




LIKE LAJU - LAJU :)

No comments: