Penyokong Setia

31 December 2010

sebelum 2010 menutup mata :)




asalammualaikum wbt :)

entry terakhir yang akan di-post untuk tahun dua kosong satu kosong 2010 nih.
hoorey, kurang dari dua jam lagi dah nak masuk tahun baru !
kurang dari dua jam lagi dah nak jadi pelajar tingkatan empat. :D

segala kenangan indah sepanjang tahun 2010 akan disimpan kemas dalam lipatan sejarah. menjadi secebis memori yang akan dikenang di hari tua. pengalaman pahit, akan dilupakan dan untuk tahun 2011, berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan lampau.

ouh yaa, Kelantan cuti hari Ahad nih. maknanya, sekolah pun belum bukak lagi. dapat lah feeling lebih jadi budak Kolumpu first day sekolah hari Isnin. haha kesian. 

mesti kesian mana-mana bayi yang lahir hari nih. baru lahir hari nih, esok umur dah setahun. kes sama macam sepupu aku yang kecik. hari nih kitaorang sambut birthday dia yang ke empat. esok umur dah lima tahun. cepatnya awak tua Damia !


kek bentuk 4 nih sedap. macam homemade !

aku tak tahu dah nak tulis apa. yang penting, hati aku bergegar sekarang tanpa sebab ! bye semua !



muka buruk sepanjang 2010 :)







LIKE LAJU - LAJU :)

30 December 2010

Malaysia menang AFF SUZUKI CUP







asalammualaikum wbt.


mesti semua tengok match Malaysia vs Indonesia tadi kan?
so mesti semua dah tahu yang Malaysia menang 4-2 kan?
oke oke, aku jugak yang tak tengok tadi. hadoi hampa!


tapi apa-apa pun memang korang korang korang semua superb. pancaran laser bukan penghalang utama untuk menang right ? padan muka Indonesia, kononnya kalah kat Stadium Bukit Jalil baru-baru nih sebab mata penjaga gol dorang Markus apa benda nama dia kena laser bagai. Khairul Fahmi Che Mat tadi pun kena, ada terjejas ? boleh jalan dengan laser segala tuh.


so tahniah lah yer, yang untung rakyat Malaysia sebab Jumaat nih 31 Disember telah diumumkan sebagai cuti umum. so cepat text pemain Malaysia ucap terima kasih thanks xie xie arigato segala bagai yer. cuba jadi manusia berhati perut sikit. haha


tadi aku kata aku tak tengok bola tuh kan ? aku sempat tengok 20 minit awal jer, lepas tuh mama sibuk ajak keluar. haish mama, masa bola nih laa sibuk nak keluar -_- so keluar lah aku dengan sedikit ke-frust-an di hati bukan sebab tak boleh nak tengok the whole game tapi sebab tak boleh tengok Abe Mi beraksi di gawang golnya. boleh bayang tak masa rakyat Malaysia lain sibuk bersorak menyokong pasukan negara, aku boleh senang-lenang layan karok terpekik terlolong mengalahkan yang gila. haha, sadis kuasa sejuta !


yaa, mama aku memang sporting gila. dia boleh sponsor aku karok malam nih. yang pasti bukan aku sorang lah, anak buah mama pun ada join sekali. tak boleh bayang kalau aku sorang bantai semua lagu. bagi sejam pun cukup buat anak tekak aku bernanah sampai kena kentut berdarah. ayat dah tunggang langgang. :p


nampak macam family aku bebas and blablabla kan ? mungkin bagi orang yang tak kenal kami, tapi tak pun sebenarnya. mama and abah aku merupakan bestfriends aku and adek-adek aku. faham tak konsep nih ? sebenarnya setiap ibu bapa kena cuba untuk menjadi kawan baek anak masing-masing. cuba untuk masuk dalam dunia anak terutamanya anak yang meningkat remaja. cuba ikut rentak dia, berkongsi minat dan hobi dengan dia. macam mama aku yang sedia maklum anak dara dia nih ada hobi men-sumbang-kan lagu. 


bila anak dah anggap parents tuh bestfriends dia, senang untuk si anak berkongsi masalah, suka duka dan segala bagai dengan parents dorang. hubungan si anak and parents pun secara tak lansung akan bertambah rapat. bila hujung minggu pulak, anak akan rasa lagi best nak luang masa dengan parents sebab parents dorang satu kepala. boleh ngam macam tuh laa. aktiviti luar ataupun lepak dengan rakan sebaya dapat dikurangkan. 


maksud aku di sini, bukan tak boleh lansung si anak keluar lepak dengan kawan-kawan. sekali sekala tuh boleh lah kan, tapi bukan selalu sampai tengah malam baru balek rumah. macam aku, bukan tak pernah keluar lepak dengan kawan-kawan dekat mall apa tuh. tapi sekali-sekala bila ada kerja yang kena buat sekali. kalau tiap-tiap minggu nak keluar merayap dengan kawan-kawan, memang tak lah kan. aku lagi rasa selesa keluar dengan parents. aku tak tahu kenapa tapi memang macam tuh. sebelum apa-apa, aku tak pernah terniat nak kata aku nih anak solehah ke apa tapi benda baek kena kongsi dengan semua kan ? ;)


mungkin dengan buat benda nih, pergaulan bebas di kalangan remaja sekarang dapat dikurangkan. kasih sayang ibu bapa tuh sangat penting kan ? dah lari terus dengan topik bola and karok tadi. haha, hampeh lah. tapi sekurang-kurangnya ada jugak benda yang korang dapat dalam entry nih kan ? hehe


satu lagi, aku tengah frust tak tahu tahap apa benda dah nih bila tahu Abe Mi dah ada aweks. waaa, hancur berderai retak seribu lah hati aku yang sekeping nih. tapi memang patut pun, aku punya impian tinggi sangat. entah apa-apa lah kan. haha


cukup lah korang baca luahan hati aku malam nih. kang ada yang mintak aku sponsor baldi pulak lepas nih. sekian, selamat malam semua ! aku nak tidur dengan linangan air mata frust menonggeng aku. :'(







sang gadis(s) , ada yang nak join aku menangis lepas tengok gambar kat atas ? T___________T









LIKE LAJU - LAJU :)

29 December 2010

perempuan sebelah rumah







asalammualaikum, holla ! ;)


sekolah dah nak bukak. maknanya ?
maknanya otak akan kembali beroperasi seperti sediakala, berputar ligat dan bergerak dengan penuh padunya. tapi dapatkah semua itu dilaksanakan sedangkan otak aku dah sepenuhnya berkarat sekarang ? 


cuba rewind balek apa yang dah aku buat sepanjang cuti sekolah atau lebih tepatnya selepas peperiksaan menengah rendah melabuhkan tirainya pada 11 Oktober 2010.


berjaga sampai pukul dua tiga pagi mengadap laptop layan youtube tengok korea online sampai tak engat dunia.


membazir eletrik rumah bukak tv layan NCIS CSI BONES CONAN dan sebagainya.


lepak kat kedai tengok manusia sekeliling buat kerja. yang penting aku tak tolong lansung !


ada banyak lagi benda nak senarai tapi aku tak rasa lansung macam nak list kat sini. nanti mesti korang boring nak baca benda takde faedah macam tuh kan. lagipun tak baek bukak aib sendiri. simpan sorang sudah ! :p


ouh yaa, bila cakap pasal cuti sekolah dah nak habes, tiba-tiba rasa macam tak boleh nak bayang keadaan Ahad depan. sekolah aku bukak Ahad lah sebab aku budak Kelate, bukan Kolumpo. mesti semua macam awkward gila entah apa-apa macam tuh kan. perlu ke rasa macam tuh ?


semua mesti nampak suci dengan baju putih tudung putih kasut putih baru. bau kedai pun ada lagi tak tanggal. yang pentingnya aneh bila tengok warga biru maksudnya para PENGAWAS terutamanya perempuan bertudung labuh tidak seperti kebiasaannya. biasalah, tiap kali awal tahun semua gabra nak pakai tudung labuh lah apa lah. bila dah nak habis sekolah semua hampeh jer. hangat-hangat najis itik betul ! tuh sekolah yang kononnya nak menandingi kelabuhan tudung budak sekolah agama. adakah aku akan disaman sebab tulis macam nih ? T___T


bercakap lagi pasal tahun depan, aku totally dalam dilema ! tak sanggup nak bayang betapa akan huru-haranya hidup aku tahun depan dengan subjek pure science yang boleh bikin otak aku gugur sekeping-sekeping. kena upah personal tutor ajar aku semua subjek mencabar keimanan nih . tak boleh nak main-main tak boleh nak berangan tangguh-tangguh buat homework . 


kononnya lah kan hari nih semangat gila tanam azam, esok lusa semua layu sebelum bercambah.


tajuk dengan isi entry memang takde kaitan lansung. malam nih bola kan ? skuad Malaysia terutama Abe Mi, buat sehabes baek ! bantai depa habes-habes ! redah jer laser ker ape ker peduli ape. :D 










notakaki : taste aku macam dah laen sikit sekarang. macam terjebak minat layan cerita-cerita investigation. kalau aku kata aku nak jadi pegawai forensik oke tak ? haha



*aku google gambar pegawai forensik tapi keluar yang nih






Al-Fatihah untuk arwah Aminul Rasyid. arwah sebaya aku. -_-





LIKE LAJU - LAJU :)

28 December 2010

kronik







asalammualaikum :)


hei korang, saya dah balek !
tak tahu pergi mana tiba-tiba pulak " saya dah balek ! "
simptom apakah ini ? haha


oke, lama kan blog nih ditinggal sepi tanpa khabar berita ?
yelah yelah, mana ada orang perasan sebab who's care right ?
siapalah aku.
aku sedar.
insan malang.
tak lebih.
tak kurang.
aku gila !





ibarat menjilat balek ludah sendiri. dulu mengaku anti korea, akhirnya tewas juga dengan jambubusuk kat atas nih. tak tahu kenapa, tapi makin hari makin tak kenal diri sendiri. banda yang dulunya paling suka, sekarang jadi sebaliknya. begitu juga dengan benda yang suatu masa dulu sangat ANTI, sekarang dah sangat CINTA.

bukan tuh matlamat entry nih di-publish.

sebelum tuh, 
tahniah buat semua kawan-kawan tak kira satu sekolah, satu daerah, satu negeri dan satu Malaysia yang telah selamat dilahirkan pada tahun satu sembilan sembilan lima iaitu lima belas tahun yang lepas atas kejayaan yang diperoleh dalam keputusan PMR yang telah diumumkan baru-baru ini. 

bagi yang kurang bernasib baik jangan sedih, jangan kecewa dan yang penting jangan pernah putus asa ! ingat, gagal hari ini tak beerti akan selamanya gagal ! masih ada hari esok untuk memperbaiki kesilapan lampau. berusaha sehabis baik untuk SPM dua tahun lagi ! 

bagi yang dah berjaya, jangan terlalu duduk bersenang lenang. masih ada sesuatu yang lagi besar menanti anda dua tahun lagi, SPM ! kekalkan kejayaan yang dah anda buat tahun ini. apa-apa pun, GOOD LUCK GUYS !

tak dapat ganti Dr. Fadzilah Kamsah pun, dapat ganti abang Raja jadilah. :D

harap ucapan tahniah tuh masih belum terlewat. hmm, how's mine ? perlu ker aku mention kat sini ? memalukan oke sangat memalukan ! apa yang diharap tak tercapai. mungkin disebabkan self - confident yang melampau. aku tak berjaya nak score semua. terlepas satu, subjek yang agak penting atau should i say memang penting. hanya berjaya dapat tujuh ekor Ayam sahaja, hmm. sangat mengecewakan !

tahun baru beberapa hari saja lagi. azam disimpan kemas dalam hati, berharap semuanya menjadi untuk tahun dua kosong satu satu. lets bygone be bygone. ambil peristiwa semalam untuk dijadikan pedoman hari esok . :)











LIKE LAJU - LAJU :)

15 December 2010

sekarang dah memang terbukti SAH !







Asalammualaikum WBT . 


apa yang dah terbukti sah tuh ?
Mawi kawen lain ?
Alviss Kong bunuh diri ?


nonono, tidak sama sekali !
bukan benda tuh yang aku nak cerita.
aku bukan Cik Peah tukang gosip lah nak menyebar benda-benda macam tuh -.-"


nih hah !








tak berapa boleh nak baca screeenshot kat atas ?
ouh tidak mengapa. nanti aku COPY berita tuh.





Keputusan PMR diumum Khamis depan


2010/12/15

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini. 

Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari sama mulai 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.



Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - BERNAMA 




haaa, puas hati ?
masih belum berpuas hati ?
boleh KLIK SINI untuk ke Berita Harian online. :D




so memang dah terang lagi nak suluh pakai lampu kalimantan, 
result CONFIRM keluar 23 Disember nih.
makna tinggal lagi seminggu lebih kurang. 
jadi kanakkanak yang lahir tahun satu sembilan sembilan lima,
selamat lah yaa!


semua dah gelabah semacam jer,
nak bunuh dirilah, nak bakar sekolah lah !
haha, jantung aku tak lekat duduk dah nih.
semua, doakan yang terbaik untuk saya dan kawankawan saya juga.
yeyeye ? :)




sebelum tuh, jom tengok apa kata kawan-kawan saya lain ;)







tapi masih ada yang POSITIVE. good kawans ;)




huh, menakutkan bukan ?




















LIKE LAJU - LAJU :)

nak kenal ngan awak boleh tak ?







Ouh My Gucci,
korang tengok tajuk entry macam kucing siam gatal nak belaki jer bunyi.
lepas nih takde lansung orang nak bukak blog aku. :'(
sebelum tuh,


Asalammualaikum semua! :DD
abaikan tajuk di atas.
lakonan semata-mata.
PLEASE DON'T TRY THIS AT HOME !



Belog Abang Ben Ashaari ada menganjurkan satu segmen.
SEGMEN JOM KITA BERKENALAN. 

1 oke dah ada header blog abang Ben kat atas :)

2 start berblogging dari April 2010

3 jumlah follower eyh ? 83 sahaja :D

4 trafik harian ? adalah dalam 4juta macam tuh sehari. haha,tipu dosa masuk api neraka! lebih kurang 200 macam tuh kot. 

5 kalau rajin dan otak penuh dengan idea, 2 entry sehari pun jalan. 

6 blog paling best yang saya suka baca mestilah Hanis Zalikha and blog Abang Ben. 

baiklah dah siap, selamat tinggal semua ! :D







LIKE LAJU - LAJU :)

janji tetap janji







Asalammualaikum readers :)
sihat tak ? dah makan ? dah mandi ? 


haha, buruk gila perangai aku hari nih kan.




kurang jelas? tekan untuk pembesaran :))


baiklah Anis Azan, janji tetap janji rite ? :p
tengok betapa BAIK nya aku siap screenshot lagi ayat kau.
haa tulah, sapa suruh gatal ketiak janji dengan budak nih.
tapi kan wei, ada ke aku janji ? nevermind.

kau nak tengok sangat kan muka mamat tak berapa nak KACAK tuh,
nah amek aku bagi free.
hehe, lepas nih dah kena disable right click takut minah nih cilok gambar SEPUPU kesayangan aku.
Anis, aku gurau oke. aku GURAU sahaja :DD

gigih gila aku COPY gambar dia dalam fb.







semua hitam putih konon nih gambar lama lah kan.
haha apakah ? -.-"


Anis, puas tak puas tak puas tak ?
lepas nih belanja aku McFlurry. kalau tak aku ngadu kat Ajim. 
boleh macam tuh? 













LIKE LAJU - LAJU :)

14 December 2010

the day is coming







Asalammualaikum people :)


post nih akan ditulis dalam bahasa ibunda sepenuhnya, eksyen jer lebih tajuk dalam bahasa omputih bagai.

kekoknya rasa nak menulis balek, almaklumlah dah berkurun lama tak update blog picisan nih. 
online tuh selalu jer, tapi idea takde lah nak menulis. tengok, kan dah nak mengarut ! -.-"


the day is coming . 
mean?


maksudnya hari perkahwinan saya dah nak dekat. 
saya risau betul bila fikir pasal semua nih.
boleh ker bakal suami saya habeskan semua dengan sekali lafaz jer ?
sempat tak nak buat semua persiapan ?
yang paling penting, cukup tak bajet nih ?


harap semuanya berjalan dengan lancar nanti.
blogger-blogger sekalian, jemputlah nanti ke rumah saya.
makan free, jangan risau. 
buah tangan jangan lupa ! :p








dah pass tak nak kawen ?




dah rasa tertipu ?
haha, undang-undang Malaysia menetapkan paling kurang seorang perempuan harus berusia 16 tahun, baru pass nak kawen. umur aku baru 15, mana boleh ! kena sabar dan tunggu sampai tahun depan, baru boleh start nak menggatal . (betul ke undang-undang Malaysia macam tuh? i'm not so sure lah :p tolong betulkan kalau salah)

oke dah berbakul dosa kering aku tipu korang. 
minta ampun banyak-banyak, janji tak buat lagi dah ! :'D

23 Disember 2010.
tinggal berapa hari jer lagi. desas-desus kuat mengatakan result PMR keluar hari tuh.
tapi sebelum nih dah dengar pasal result keluar 28 Disember.
yang mana satu betul nih?

ada announcement ker dalam Buletin Utama?
kalau takde macam mana?
kalau 23 Disember tuh tuh bukan hari keluar result?
habes tuh berapa tarikh yang betul-betul-betul-betul tepat?
ada yang boleh tolong jawabkan soalan-soalan-soalan-soalan kat atas?

Azim cakap insyaAllah akan ada pakcik atau makcik dalam tibi tuh buat pengumuman pasal benda nih.
haghap jelah, kalau tak tawakal jer. :DD

jadi jadi jadi,
tolong lah doa-doakan saya dapat result yang gempak kebabom macam bom atom.
yeyeye?
saya memang tak dapat nak balas jasa kalian mendoakan saya, tapi Allah boleh. :D
jadi, tolong yer kakak, abang, auntie, uncle, adek-adek yang baca entry nih?

lepas tuh ada lagi ceghita pasal THE DAY IS COMING nih.
haish banyak lah pulak ceghita macik nih. :)

20 Disember 2010.
anak pungut mama dah nak pergi. sobs sobs sobs :(
sapa anak pungut mama? BOLEH BACA ENTRY INI
dulu yeye jer aku mengutuk mengata pasal budak-budak nih bagai, sekarang baru gheti nak menyesal. KONONNYA (!) manusia kan, masa ada depan mata tak reti nak hargai. bila dah takde baru kepoh nak rindulah apalah. haha








sebahagian dari ANAK PUNGUT mama. perlu ke tepek semuanya? tak payah :p



moral of the story : sentiasa menghargai manusia yang berada di sekeliling kita :)


p/s : perasan jer lebih nak tulis entry dalam bahasa ibunda sepenuhnya, at last ada jugek mat saleh sesat.

p/s/s : nebes lah nak tunggu 23 Dis nih. doa-doa eyh :D








ada kata mata aku maken SEPET. macam nih pun SEPET ka?










LIKE LAJU - LAJU :)

09 December 2010

bersenam bersama Blog Larian




header Blog Larian



sebelum aku start melalut, merapu, merepek benda bukan-bukan,
credit to Kak Syue sebab dah tagged aku untuk Blog Larian nih.

apa jadahnya Blog Larian nih?
mula-mula aku baca entry dekat blog Kak Syue tuh, sumpah tak paham satu pun. haha
lepas tuh aku pergi SINI dan SINI untuk nak faham betul-betul. kena baca banyak kali oke baru boleh faham. sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan Blog Larian nih macam salah satu medan nak menaikkan traffic blog kita dan mencari rakan blogger baru. betul ke macam tuh? dah aku faham macam tuh kan. :DD


syarat-syarat dia, kena ada banner Blog Larian macam kat atas tuh. lepas tuh kena lengkapkan slogan dia. bab nih aku suka.


" SAYA SUKA BERBLOGWALKING KERANA saya dapat cari ramai rakan blogger yang lain. Selain itu saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan dunia blogging nih. "


dah jadi skema semacam ayat macik. lepas tuh kena tag tiga orang rakan atau lebih. saya memilih untuk menge-tagged tiga orang sahaja rakan saya yang baru menceburi dunia blogging. 






oke dah cukup. rasanya kalau anda tak di-tagged masih dijemput untuk join Blog Larian nih. mungkin nampak biasa, tapi banyak faedahnya. ;)

tak faham apa jadah yang aku duk merapu dari tadi, hah sudah. boleh klik SINI dan juga SINI untuk maklumat lanjut yang lebih nyata dan jelas. SELAMAT MENCUBA!  :D








LIKE LAJU - LAJU :)

08 December 2010

azam yang suci

blogger lain sibuk duk kepoh pasal tahun baru azam baru semua-semua tuh kan.
gila tak jeles baca entry dorang?
aku pun semestinya nak jugak lah kan.
memang pen-jeles nombor satu aku nih kan?
semangat jeles tidak patut ada sama sekali dalam diri setiap blogger -.-"


sebelum nak masuk semua-semua tuh, 
nak playback azam-azam tahun 1431 Hijrah yang lepas.


nak dapat staraight A's PMR 2010.
bab nh tak tahu lagi akan tercapai atau tidak azam yang satu nh hah. tunggulah sampai 28 disember yang berbaki hanya beberapa hari lagi. tolong lah doa-doakan SHA dapat straight A's yer. mak aih, manusia-manusia yang lahir tahun satu sembilan sembilan lima mesti tengah dup dap dup dap sekarang nih. rasa macam nak rosakkan semua jam dalam dunia nih, kononnya kalau buat macam tuh masa boleh berhenti lah kan. &*%#@ kan?


ada lagi beberapa azam lain yang dah tak hengat. rasa ada sesetengah yang dah tertunai kot. haha, awal tahun dulu semangat konon buat azam baru bagai tapi dua tiga bulan lepas tuh semua terbang melayang tak tahu ke mana. macam tuh lah manusia kan, selalu sangat hangat-hangat najis ayam. nasib azam nak dapat A banyak-banyak dalam PMR tuh eden tak lupa.


jadi nak buat azam untuk tahun 1432 Hijrah nih pulak. harap dua tiga bulan lepas nih aku ingat lagi pasal azam-azam nih semua. 


NAK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
biasalah budak sekolah, benda nih mesti ada dalam list azam tahun baru tiap-tiap tahun. tapi buat tak? haha terpulang pada individu lah tuh kan. tapi rasa macam aku dah tak boleh pandang enteng benda-benda macam nih start tahun depan. yelah, tahun depan dah masuk Form 4. subjek semua tak familiar, dah lah kena jawab dalam bentuk subjektif semua. jadi selamat datang dalam hidup budak sepet kepada BIO, PHYSICS, CHEMISTRY, ADD MATHS dan mungkin juga subjek IT ! 


NAK JADI ANAK SOLEHAH
biasalah hidup sebagai seorang anak, yang nih wajib tiap tahun. rasa macam tahun 1431 Hijrah tuh hamgham jer perangai. stress lah konon nak exam apa semua, tanggungjawab sebagai seorang anak diabaikan dengan sewenang-wenangnya. banyak sangat khilaf dengan kedua mama abah, alhamdullilah masih diberi peluang untuk nak tebus semua.


NAK JADI PENGAWAS YANG MENGAWASI BUKAN DIAWASI
haha, azam yang nih lucu kot. bilamana semua kawan-kawan pengawas aku yang lain sibuk duk type surat letak jawatan, aku pulak sibuk simpan azam nak jadi pengawas berwibawa. kononnya lah tuh kan, tahun depan perangai sama jer jugak. insyaAllah dah tak. *bangga chegu Minoh ada pengawas macam aku ;))


NAK JADI KAWAN YANG SETIA
maksudnya sebelum nih aku bukan kawan yang baik, bukan kawan yang setia? memang, memang aku bukan kawan yang layak dipanggil "KAWAN SEJATI". aku pun manusia, bukan malaikat. kadang-kadang ada jugak terasa hati dengan perangai kawan-kawan aku, so mulalah nak buat dosa kering berbakul-bakul. yang tuh cerita tahun lepas, tutup buku lama bukak buku baru. 


NAK BUANG MULUT
hah, gila ke nak buang mulut? dah tuh nanti macam mana nak makan nak minum nak bercakap nak mengumpat nak mengata ? nak buang mulut maksud aku nak kurangkan bercakap tapi banyakkan berfikir. boleh kan macam tuh? yang tak kenal aku memang tak tahu berapa banyak mulut aku ada. sebab tuh nak buang biar tinggal satu sahaja. ;)




itu sahaja rasanya azam untuk tahun baru nih. kalau ada lagi pun biar aku dan Siti saja yang tahu. Siti? siapa Siti? ouh, itu nama diary aku. haha, bajet beli diary bagai tulisnya hagham. homework pun malas nak buat, nih ada hati nak menulis diary. dan mungkin tahun depan aktiviti membuang masa di depan laptop akan dikurangkan. 




notakaki : insyaAllah kalau dapat result baek punye, nak ke mrsm. berbulu telinga dengar abang aku yang sorang tuh paksa pergi sana. mama pun backup jer dia. nasib badan. kalau tak ada rezeki nak ke sana, akan stay smip jelah kot sampai habes Form 5. haha, skema gila ayat. 








tahniah buat skuad Malaysia yang mengbenamkan Laos 5-1 semalam. 
*rasa macam dah terjatuh chenta dengan abang sepet di atas :p


















LIKE LAJU - LAJU :)