Penyokong Setia

31 October 2010

lata tembakah







sambil menunggu Kak Da bergayut dengan abang askar mana entah,
aku nak update blog kejap yer. :D


mata macam dah ada batu 10 tan berat gila minta nak landing ngam ngam atas tilam empuk, tapi semangat nak meng-up-date sangatlah tinggi setinggi gunung kinabalu. sangat mengarut ayat saya.


tak tahu dah kot nak bukak kdai kopi pasal apa hari nih, so nak terus masuk point.


pagi tadi sampailah ke petang kami kami lepak kat Lata Tembakah.






wel-comey guys!


jom survey suasana sekitar. chantek siot wa cakap lu.



lepas nih boleh datang rehat kat sini yer ;)


tadi aku kata aku pi lepak dengan kami kami kan? hah, nih nak introduce kami kami yang join sekaki dua dengan kami satu family. 




anak anak pungut angkat mama pun mengada aih nak ikot


lepas dah puas berendam bagai nak rak dalam air sampai biru kuku kuku, siap bershampoo bagai dalam air terjun tuh, aktiviti makan bermula sampai ada yang sendat perut tak boleh bergerak sebab musabab dah ter-overload muatan. 


gagah perkasa lah tuh? lepas makan terus sendat perut. mulut non-stop bercakap. atuk atuk (!)


selesai bab makan makan, minum minum, suka suka, gelak gelak, usik usik, kacau kacau, gaduh gaduh, feeling feeling, cintan cintun etc etc etc, boleh balik dah lah tuh kan. agak teringin sangat nak jadi penunggu Lata Tembakah tuh, boleh lah kot stay buat selama selamanya kat situ.


packing, balik jom!

barisan jejaka perasan se-Malaya


lepas dah selesai urusan dengan Lata Tembakah, ada lagi yang ajak gerak gi pantai. mak aih, memang tak puas main air la hangpa nih ! abah on jer, so destinasi seterusnya is Pantai Bukit Kluang, Jerteh.





tujuan utama ke pantai lebih kepada nak bergambar semata kot. bagai nak rak aku jadi photografer tak bertauliah hari nih.
gambar banyak gila lagi tapi malas kot nak tunggu, kalau nak tengok dalam FB yer kawans.




notakukukaki : ouh ya, tengok final Piala Malaysia tadi? rugi kalau tak tengok, sebab Kelate menei wei! separuh masa pertama aku tengok sekerat jer, taim nih Kelantan main sangat haprak. lepas separuh masa kedua Hai-O buat gol, terus terbeliak biji mata aku luas balik nak tengok bola. syukur menang juga 2-1 walaupun aku target Kelantan boleh tibai Nogori Sembilan 3-0 tadi. nasib menang, kalau tak sia sia jer penyokong Kelantan yang turun ke Bukit Jalil walaupun tengok depan tv lagi syiok. nak runtuh rumah dengar kami anak beranak duk menyorak, menyumpah memaki hamun tengok bola.











LIKE LAJU - LAJU :)

30 October 2010

malang hari ni

tutup muka cepat, malu gila rasa nak post benda nih. 


*sepatutnya entry nih aku kena tekan butang publish dua hari yang lepas lagi, tapi disebabkan kesibukan aku haha tipu jer jadi lambat banyaklah aku post benda nih. nasib malam nih mata ada keupayaan nak celik lagi.


tadi sampai lewat gila ke jamuan akhir tahun tingkatan tiga, abah datang jemput lambat sangat. kesian sahabatku AMIN KAMARUDIN yang tiba tiba kena jadi mc untuk hari nih tanpa sebarang teks hanya untuk ganti tempat aku yang jadi orang last sampai dalam majlis tuh. malu okey =.="


dah taknak cerita dah kot pasal jamuan tuh, malu gila. untuk penutup cikgu kerah juga aku naik, cikgu cikgu lain dah tengok semacam jer. sabar jelah wei, huh (!)


lepas makan, snap sana sini segala, aktiviti merosakkan tapak wedges masing masing bermula. dah alang alang duduk tengah bandar tuh kan. berderat tak ingat dunia lah kita. dari satu kedai ke satu kedai. membelinya tak jugak. 


dari Juita Inn, menapak ke kawasan sekitar. banyak sangat kot benda yang budak budak nih nak beli, sampai hampir setiap kedai dekat Kota Bharu TER-paksa dan DI-paksa masuk. mulut masing masing tak payah tanyalah, bising memanjang duk merepek kata panaslah, letihlah, sakit kakilah, etc etc etc.


dah agak panas sangat cuaca kat luar, kami budak budak shop-a-holic ambil keputusan meronda atas Parkson pula. sejuk sikit kot naik atas tuh, haha sangap. dari tingkat bawah sampai tingkat atas jelajah. sebenarnya tak tahu pun nak cari apa naik atas tuh, saja jer nak kasi peluh kering dulu baru start round kedai luar balik.


dengan tidak sengajanya Thaqifah TER-serempak dengan kawan lamanya, Mejja. ouh Mejja, aku kenal dia. blogger jugak. nah amik link blog dia, pergi up-kan traffic blog dia. haha http://mejjaproduction.blogspot.com/


turun Parkson round kedai baju pulak. mak aih, budak budak nih tersangat hypershopping. ada ker perkataan tuh? haha. redah jer.


jalan sana jalan sini sampai lah kaki dah berdarah, okey bab nih aku tipu jer. last stop dekat kedai makan of course. tekak dah kering kontang minta siram dengan milo beng. :D


jadi konklusinya hari nih, habis lah juga beberapa keping not lima puluh hengget. pokai aku lepas nih. :'(


notakaki : atilia sahabatku, sabar yer. saya doakan awak cepat sihat. frust sikit awak tak boleh join lawatan tuh, tapi kesihatan awak lagi penting rite? duduk rumah jaga diri baik baik, ubat jangan lupa makan (!) nanti saya balik bawa ole ole. :D  *ayat mengalahkan nak tinggal wasiat berjuta juta kot.


mengalahkan esei aku punya cerita. jom layan benda bergambar pulak . 




rakus nak mampos Daten Adnin makan


bangga kot dapat snap dengan mak Daten sorang nih :p


Teacher Zohra is merepek about trip to UTARA :)


model murahan kedai kasut (.)


aisey, macam nih pun ada?

:-*

aku suka cahaya lampu tempat nih


kaintualamandi


macam dah malas gila nih nak nunggu berjam jam upload gambar. kalau teringin nak tengok lagi, sila ke account FB saya yer :)






LIKE LAJU - LAJU :)

27 October 2010

26 October 2010

pemandu jalanan

korang,
salam satu Malaysia. 


macam ada yang nak baca segala entry dalam blog nih.
harap sudah lah wei. :'(


TENGTIBER LARX NARX EMOW-EMOWAN NIYH PERX CITERX ?


kalian sidang hadirin,
tadi aku tengok pertandingan entah apa benda nama dia wei aku memang lampy nak ingat benda tuh pun susah kat dewan besau sekolah sempena Bulan Bahasa Kebangsaan . untuk itu marilah kita rakyat Malaysia bercakap bahasa ibunda kita yer bulan nih. :D


lepas tuh dapat makan free kat kantin.


bukan tuh pun sebenarnya sebab utama entry nih dipublish, ada benda lain.


tadiakubelajarmemandu (!)


macam haprak gila "latihan memandu" yang dikendali oleh pemandu terhebat di alam semesta tak lain tak bukan Encik Azizi. hidung dah kembang semangkuk masa mula mula start enjin. kononnya bangga lah sangat dah dapat pulas sterng sendiri kot.


abah cakap, "tekan KELAS lepas tuh masukkan gear"


okey, cepat tekan KELAS 3albhiruni tuh, then kasi masuk gear 1. ouh, boleh boleh.


lepas tuh kena tekan pedal minyak kan abah kan?


aik, asal tak gerak? 


hah sekali amik kau! =.=" kereta A***** abah tiba tiba melompat macam KUDA kot. opocot mak hang matilah aku kalih nih. cepat tekan brek. brekkkkkkk, mati terus kereta (!)


lepas tuh balun suka dengan abah. haha, sengal nak mampos. lepas tuh abah suruh turun tengok PRO pulak bawak.


ingat dapat pulas stereng sendiri lagi, rupanya hampeh abah masuk parking lepas tuh dia kata, "esok lah pulak bawak. "  huh, frust ouh. tapi taim tuh tangan kaki semua dah menggeletaq kesan brek mengejut aku tadi. haha, sangap.


okey itu sahaja cerita lucu untuk hari ini. SILA GELAK !




awas, Lembu melintas (.)













LIKE LAJU - LAJU :)

25 October 2010

teks ucapan jamuan akhir tahun





alhamdullilah semua dah selesai.
tak sangka hidup sebagai BEKAS MANGSA PMR tersangatlah as busy as a bee. haha


ingatkan dah lepas pmr bolh duduk rumah goyang kaki, tengok tv, online non stop sampai laptop hanget pastu broadband over limit, tiap tiap malam bergayut dengan sang arjuna, makan tidur sambil membesarkan body. =.="
nampaknya memang tak lah kan.


dah nasib badan, pantang jumpa jer cikgu walaupun tidak dikenali haha mesti ada jer kerja yang kena buat. hadoi hadoi, sabar jelah macik oit. tambah pahala free. :D


nih nak menunjuk dengan rasa riak nak mampos teks ucapan pengerusi majlis jamuan akhir tahun tingkatan tiga. penuh okey aku eja. ^.^









Mengumumkan ketibaan Tuan Haji Mohamd bin Yaacob pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra ke dewan ...........

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

20 Zulkaedah penanda hari ini
Warga SMK Ismail Petra berseri-seri
Jamuan akhir tahun tingkatan 3 sama dirai
Kita mulakan dengan ceria di hati


Dewan ...... kita hiasi
Menjadi tempat jamuan hari ini
Jamuan akhir tahun kita mulai
Mencipta kenangan tersemat di hati
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, salam Satu Malaysia.

Yang Dihormati tuan pengetua SMK Ismail Petra, Tuan Haji Mohamed bin Yaacob , Yang Berusaha Puan Siti Hawa bin Mohamad , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Haji Mohd Ariffin, Penolong Kanan Kokurikulum , Encik Nik Suhaimi bin Nik Mat

Kaunselor – kaunselor sekolah , ketua – ketua bidang , barisan tenaga pengajar dan rakan rakan yang disayangi sekalian.

Alhamdullilah brsyukur kita ke hadrat Illahi kerana di hari yang berbahagia dan penuh dengan aneka budaya ini, kita dapat bersama – sama berkumpul bagi memeriahkan Majlis Jamuan Akhir Tahun Tingkatan Tiga.

Hadirin sekalian,
Tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk majlis makan – makan , ia juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk bermesra sesama sendiri , demi mempereratkan lagi tali silaturahim antara satu sama lain setelah penat berhempas pulas tidak kira guru mahupun pelajar sepanjang tahun 2010 ini.
Ibarat pantun yang berbunyi ,

ANAK MONYET ANAK KERA
ANAK SIANG BERNAMA TAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM

Para hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis pada petang ini, dipersilakan Amir Azihan Arif bin Zawawi untuk mengetuai bacaan doa. Pada yang bukan Islam, sama-samalah kita berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Amir Azihan Arif bin Zawawi.

Hadirin yang dihormati,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Amal Azraii bin Che Azuha selaku wakil pelajar tingkatan tiga untuk memberikan ucapan alu – aluan . Dengan hormatnya majlis mempersilakan .
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Amal Azraii bin Che Azuha di atas ucapan alu – aluannya sebentar tadi.

Majlis seterusnya , dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Dihormati tuan pengetua SMK Ismail Petra , Tuan Haji Mohamed bin Yaacob naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Jutaan terima kasih kepada tuan pengetua.


PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN
MAKAN KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU

Untuk itu majlis menjemput .............. untuk membacakan doa makan.

Sambil kita menikmati juadah pencuci mulut yang disediakan, saya ingin menjemput wakil setiap kelas untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada guru kelas masing- masing yang telah banyak bersusah payah untuk kita.
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 ibnu hayyan dan .........
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 ibnu rusyd dan ........
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 ar-razi dan ......
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 al-farabi dan .........
Dijemput wakil pelajar dari kelas 3 al-khazin dan .......
Dijemput wakil pelajar dari 3 al-bhiruni dan puan zarina mamat naik ke pentas.
Dijemput wakil pelajar dari 3 ibnu sina dan ........

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesai sudahlah jamuan akhir tahun tingkatan tiga.

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR SAJA
MENJADI KENANGAN YANG ABADI
SEMOGA PERSAHABATAN LEBIH TERSIMPUL RAPI.

UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI

Sekian terima kasih.
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT

saja jer kot aku jadi riak sedemikian rupa. haha, kan dah nak hujung tahun nih. mesti lepas nih bakal bakal pengerusi majlis becak ketiak nak buat teks ucapan sendiri. hah amek korang aku share sekali. nak royalti sejuta sorang keyh. haha ;)


 lepas nih boleh kot aku jadi sehebat uncle? 


*kalau agak agak ada benda aku boleh tambah takpun kena potong potong ker sila silalah merajinkan diri untuk mention aku pasal tuh. tolong menolong amalan mulia rite ? :D









LIKE LAJU - LAJU :)

23 October 2010

bereh sep kito

sapa yang agak macam tak berapa nak paham loghat kelantan, 
aku cadangkan baek tak payah baca entry nih sebab akan ditulis sepenuhnya dalam loghat kelate.


ehem ehem,


kawe suko nih! narax dopt tau bakpo. wei sep kelate, menei doh sep kito nge kedoh tadi. bla lah so - kosong pom. dopt debek lah mano doh setaro tuh. sedak lajop tep sep kelate maem malei nih. kedoh pom buleh kiro gopt. mai nop royak gapow opt jadi 90 menex sep kelate dux maem tadi. 


sebelom tuh nop royak, boh kito sathianadan *betul ko dopt kawe ejo nih?* keno gatong. pah opt gati yo tadi namo gedio eyh? hussin duk sero kalu dop silax. serolah, saloh jange maroh. :D


gewe kawe abe NURSYAHRUL IDLAN TALAHA sedak molep maem tadi. meme superb r kawe oyak. nyo maem tu gapt, aih (!) mulo maem nopt serei doh, tapi saye keno ko tiye gol abe syahrul sepak. tapo tapo, kito tra opt laem plop. sep kito jange mudoh putuh aso.


gomo kelate gomo (!)


nyo maem tu gapt duk sepak ko bola sapa lah abih maso petamo. maso petamo pom nyo buwi 2 menex maso tambahei. tapi ngelah nge kosom - kosom gopt. tapi takpo doh, sep kelate maem meme puah ati dooh lalu doh la. tapi herei gopt kawe tengopt, nyo paka gapo dio eyh sept kedoh sapa puloh puloh kali sep kelate nopt buax gol nyo dopt masok. maem tok cha kow ranow?


haha, kawe dopt tudoh. tanyo jah sikex. rilex sept kedoh. ;)


pah separoh maso keduo macei kurem doh lar sikex sp kito maem. tapi mujolah abe syahrul kito buleh nyumbax sebutei. come doh bola yo buwi tuh. frah gilo bekbang kawe tengok muko keeper kedoh, abe helmi. haha


eyh pocik ngadeyl nyo buwi sapa pax menex maso tambahei, dooh lalu teh. haha, mujo buleh sep kelate gopt. cayalah kelate, gomo kelate gomo. kalu kaloh lah tadi, duk sero rutoh abih stadium nyo bedeyl kow sep nih.


hoe, johor fc vs negeri semilei. nyo menei kow sept negeri lah wei. tebem buleh.


temulah sep kelate kito nge sep ngeri semile 30/10 nih. gomo kelate gomo , hobin jang hobin. supo nge taom lepah dopt. bagoh bagoh (!)


semangax molep sep nih nyanyi lagu SELAMAT SULTAN maso mulo nopt nyetax tuh. naek abih bulu tekok kawe denga. haha, maju maju. semangax ginih lah opt ore nopt, bukei cekow kow nopt tumjuk debe jah kijoei.


*adow doh paga nopt tumbei tadi nyo kocox kow sep nih maso abe syahrul nyumbax. gong lah nyo =.="


bolah dux bobei nyoh, takox tadopt ore nopt baco jah kawe tei kox kelate straight nih. 
tumgu lah 30 hari bulei nih pulop deyh. ;)







LIKE LAJU - LAJU :)

mila chenta hati abang kassim




nur atilia , lailatul adnin macam nih boleh tak ?

*tajuk tak kena lansung kot dengan entry. :p





LIKE LAJU - LAJU :)

22 October 2010

bilik ku disabotaj

entry nih hanya layak dibaca oleh kanak kanak berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana mengandungi unsur 18sg.


haha saya tipu sila gelak. =.="


semalam aku perang besar punye dengan adik aku yang "tersayang". bajet nak pinjam barang aku, dah orang tak bagi tuh nak main sabotaj sabotaj pulak dah. wei kai ingat kau tuh gangster ke hape. haha, samseng aku lagi lah wei.


sangat mengharukan ada adik macam tuh. menanah mata telinga hidung nak hadap perangai dia hari hari.
tapi satu aku respek dia, sangat boleh diharapkan. haha
kembang semangkuk kang dia baca.


dah dah, kang masuk mahkamah lagi malam nih aku dengan dia.
sebakul tak cukup lagi dengar mama bagi nasihat.
sila layan dengan berperasaan.






apa perasaan korang kalau bukak bukak pintu bilik tiba tiba mak aih ahlong mana mai tuntut hutang malam malam buta nih?! haha. dah lah tulisan buruk gila. nak tengok hasil kerja cakar ayam adik adik aku?




"bilik budak jahat" 


part nih lawak habes. satu family gelak baca yang nih. ada hati tuh nak maen sabotaj orang, mengeja pun tak berapa nak betul lagi. kedekut terus jadi terdekut nak marah sangat punya pasal. :D

*budak jahat* sila sebut dalam nada gedik macam akak STACY yoo!

awas, lembu kerbau nak buang ayo nih =.="

terlebihlah kreatif anak anak pacik azizi nih. nasib pintu bilik aku tak kena simbah dengan cat merah, kalau tak naya jer. aku nak pergi buat report police r, sampai sekarang aku tak tanggal tanggal lagi kertas yang budah budak tuh tpek semalam. haha, sayang lah pulak. bila lagi nak tengok hasil kerja adik adik aku?

tapi takpe sayang, tunggu akak engkau nih balas dendam tengah malam nih. hohoho, merry x'mas! ;0


ada bakat jadi penjahat tak muka buruk aku?










LIKE LAJU - LAJU :)

21 October 2010

saya pun nak yang macam ni










sila tengok sehingga terbeliak biji mata.
aku memang sangat tak haptudet kan, lagu nih dah berkurun tapi aku baru nak buat entry.
jadi, sila kutuk =.="
aku tak minat mamat nih, jujur (!)


aku terperasan video nih suwit gila tadi kat RIA.
boleh bayang kalau balak korang buat macam nih?
kompem terus terima lah kan, haha tipu.


persoalannya, ada ker lelaki yang romantik macam akim dalam video kat atas ?

jujurdarilubukhatipalingdalam : dengan begitu sengajanya aku post entry cintan cintun sebab kawan seangkatan yakni bekas mangsa PMR yang lain tengah hangat berkapel - kapelan. contoh nyata cik atintin bersama mr. J, adnin dengan mamat kacuk Rzzq dan sebagainya. diumumkan juga di sini aku makan hati gila tengok korang! :'(
LIKE LAJU - LAJU :)

anak pungut mama

sapa anak pungut? aku ker anak pungut mama?
yer aku anak pungut mama abah aku.
aku baru tahu semalam, masa aku selongkar almari bilik mama.
aku jumpa sesuatu yang membuktikan aku nih sebenarnya anak pungut mama abah. 








haa gila kau statement, bapak punya takde otak. opss, kawal penggunaan bahasa =.="


hilang akal ke aku terang tang tang mengaku dalam blog murahan nih aku anak pungut.
memang tak lah kan. susah payah mama abah aku gotong royong, sedap sedap aku kata macam tuh.
betulkan balik statement gila tadi ,


ehem ehem, 


dengan ini disahkan bahawa, aku nurul shahirah aziera merupakan anak kandung kepada mama, sharila binti haji hassan dan abah, azizi bin wahab (.)


cepat masuk point,
sapa anak pungut mama aku?


nih hah,




nih lah anak anak pungut mama. ramai lagi tapi takkan aku nak upload semua, tak dayo eyh eden! bebulu mata aku ngadap gambaq depa semua. dan untuk pengetahuan am anda semua nih jugaklah jejaka jejaka perasan bagai nak rak, sengal tahap giga dan sewel tahap dewa. faham murid murid? kalau jumpa mamat mamat nih kat mana mana, jerit "wei anak pungut!" . aku tipu jer, sila jangan buat (!)


ramai gila anak mama sekarang. patutlah aku pun dah tak layan. :'( bajet buat muka seposen.


mainakhabaqbendabetoi : sebenarnya mereka mereka yang hensem nun di atas anak angkat mama aku, bukan anak pungut tepi tong sampah na. mereka mereka di atas baik lah wei sebenarnya. soleh sebagai seorang anak dan mithali sebagai seorang abang. kira perfect lah kalau ada bekenan nak buat orang gaji kat rumah. :p
LIKE LAJU - LAJU :)

mengecewakan

sangat hampeh bila dapat tahu KELANTAN VS KEDAH berakhir dengan begitu sadis. keputusan yang berjaya dipaut oleh kedua pasukan hanyalah 0-0.


ouh man, sangat mendukacitakan. harap bila The Red Warrior's main kat tempat sendiri akan membuahkan sedikit hasil. aku macam boleh bayang betapa huru haranya stadium sultan mohamad tuh kalau kelantan kalah. nasib baik lagi ada yang hilang nyawa kat situ.


macam tak tahu perangai penyokong kelantan macam mana? sangat menakutkan. wei jangan nak banned blog nih pula pasal aku buat entry nih, aku orang kelantan stay kelantan cakap kelantan and op kos aku makan BUDU (!)


boleh tak kalau penyokong kelantan nih bertatasusila sikit? 




psttpstt : aku tak tengok pun match tadi sebenarnya sebab macam dah rasa mesti tak menang. haha, pandai pandai kau. harap jelah wei kelantan menang for the next match. wei, perasan tak macam blog aku cacat siket? ergh, internet mengalahkan siput sedut punya lembap ! =.="







harapan pihak penaja : haraplah wei tak jadi dah benda sedemikian rupa. kito oghe kelate tok payoh duk tumjuk debe sangax lah. takux nyusoh kokre jah. :)

LIKE LAJU - LAJU :)

20 October 2010

baru lepas operate

layout blog dah tukar.
bajet ceria macam kanak kanak ribena. :)
otak tengah kering sekering poket aku.
nanti ada gosip panas, aku update lagi.
LIKE LAJU - LAJU :)

19 October 2010

kawan lama

bayangkan keadaan bila mana sekumpulan besar manusia yang dah hampir tiga tahun tak jumpa tiba tiba reunite balik. banyak gila benda nak tanya, nak cakap, nak borak, nak gelak sakan sekali macam dulu dulu. what a so sweet. :')


perdana resort pcb sangat gempak (!) patutlah budak hayyan pilih situ nak have fun ramai ramai. memang no doubt lah. tambah lagi bila malam. cun habeslah tepi pantai angin sepoi sepoi haha. syaitan pun banyak nak join sekaki bbq kitaorang. 




17 october 2010


gerak dari rumah pukul 4 lebih petang. janji nak tumpangkan mc suey dengan aini. kena pergi sekolah lama yang tersangat dirindui sebab depa janji nak tunggu situ. fuyoo kawan. anda tidak berubah. masih sama seperti tiga tahun lepas masa aku tinggal korang. pandai korang jaga badan sampai maintain macam tuh. iri hati aku. =.=" 


izzat dah janji tunggu kitaorang kat swimming pool. haha gila korang ! aku free free tengok badan korang yang tak tough lansung tuh. sangat tidak malu lah korang nih. korang dalam pool aku malas nak kacau. hold dulu nak sembang dengan kawan lama. kena sabar sampai malam. naya betul!


round pantai kejap tiba tiba jumpa sahabat baikku ekin. opps, ekin bukan perempuan tapi jantan yang namanya di-modified sampai jadi macam tuh. pilu lah korang nih. bla bla bla masa berlalu sampailah lepas maghrib. 


aku kena dera jadi tukang bakar ayam. haru sungguh lah, aku bajet dah nih datang nak makan jer. tiba tiba jadi chef tak bertauliah korang. balun jelah. ramai gila kawan aku yang aku tak kenal. macam mana boleh jadi kawan tapi aku tak kenal? sorang sorang semua dah berubah sakan. makin tak handsome ikhlas aku puji nih (!)


macam tuh lah seterusnya sampai pukul 10. kitaorang duduk makan makan, sembang sembang, gelak gelak. happenning habes waa cakap lu! tapi sayang ada half lagi tak datang. nanti hujung tahun nih insyaAllah akan ada satu lagi kot reunion kawan lama sebab kawan yang stay sbp dan mara sangat haru sebab tidak dapat menghadirkan diri. atifudeen anak tokei bas mutiara, sila sponsor!




gambar dah boleh tepek. jadi, sila layan (!)


#@$!*(^$#

pelahap gila mamat nih. tak padan lansung dengan badan yang papan tuh.


abang mata bulat =.="

mr. SKANDAL

burn time *.*


nak tengok lagi? tak kuasa dah aku nak menunggu benda nih dimuatnaik. internet lembap bengap nak mampos. sentap aku. kalau rajin biji mata nak menengok lagi, sila sign up ke PESBUK anda masing masing dan sila ke PESBUK saya. takde PESBUK? sila sign up account baru yer, ternyata percuma. :p
LIKE LAJU - LAJU :)