Penyokong Setia

11 October 2010

alhamdullilah akhirnya

11 oktober 2010
1605 p.m.

alhamdullilah tarikh keramat akhirnya tiba juga. satu tarikh yang tak tercatat dalam buku teks sejarah korang tapi tarikh yang TER-amatlah bermakna bagi aku, kami, dia dan mereka mereka sekalian yang di-beranakkan pada tahun satu sembilan sembilan lima.

walawei, PMR dah habes lah wei! 

fuyoo, sangat gempak gegak gempita r hidup lepas. dan yang pasti aktiviti tidak bermoral berfaedah akan giat berjalan sampai tarikh result keluar. mak aih tadi, punyalah main kecoh kawasan kompleks sekolah. naseb tak tercetusnya perang dunia. kalau tak nayalah jadi pelarian di tanah air sendiri.

budak budak SMIP tak dan dan keluar dewan lagi dah jadi macam beruk monyet sarkas semua kecuali aku haha ini tipu jer! tapi sebelum tuh lagi gempak. masa exam kh haha adegan tiru meniru copy mengopy aktif bergerak di-seantero dewan. pengawas kat depan buat muka seposen tengok budak nih meniru. tak kesah pun. naseblah wei!

keluar dewan wah fuyoo lompat sana lompat sini. rupanya bukan budak sekolah aku jer yang meng-GILA tapi budak sekolah laen lagi hampeh. budak sekolah sebelah kiri siap pasang mercun lagi. cun lah wei! mengalahkan malam raya r hanpa nih!

tuh okey lagi aku rasalah. yang lagi teruk budak sekolah yang tak dapat dikenal pasti melalui radar boleh dengan sedownya merempit atas padang. wei atas PADANG tuh. sangat lah haru biru. 

dah malas aku nak merepek panjang panjang. baek tidur sampai pagi esok lagi best. haha, cayalah. macam tak percaya saya dah bebas! @.@

kringkringkring : lepas nih nak apply keje kosong jadi cashierlah dengan mama. jangan dapat job jadi tukang cuci sudahlah wei. lepas nih aku buat entry pasal shawl kak dila pulak. cantek woo! 




LIKE LAJU - LAJU :)

No comments: