Penyokong Setia

13 October 2010

khilafku padamu

aku menyesal dengan apa yang dah aku buat. aku khilaf dengan diri aku, dengan beliau. aku bodoh sebab tak pernah nak fikir akibat yang akan terjadi atas setiap keputusan yang aku buat. kebodohan aku dah dapat ganjaran pun hari nih. Ya Allah, aku tahu Kau masih menyayangi hambaMu ini walaupun aku telah khilaf.

aku rasa excited semacam hari nih. mungkin sebab dah merdeka kononnya, rasa macam semua aku boleh buat. sangat bodoh ! =.=" bila dunia nih rasa macam hak milik persendirian, mulalah nak buat perangai tak berakal tuh. lansung tak sedar akan ada yang terguris terasa hati. masa tuh mata hati ter-sangatlah buta.

aku sanjung tinggi , hormat , sayang gila dengan beliau. kalau boleh sikit pun aku taknak beliau terluka dengan aku, sikap aku, perangai aku. aku taknak mention siapa beliau. biarlah aku dan orang orang terdekat sahaja yang tahu. faktor malu dan segan dengan kebodohan diri sendiri amat mendorong aku untuk tidak menyatakan siapa beliau. tapi beliau amat dihormati walaupun ada segelintir manusia yang dungu bencikan dia. aku tahu segelintir manusia nih menyimpan perasaan hasad dengki pada beliau.

seorang sahabat aku bawak liquid eyeliner ke sekolah hari nih. mula mula aku menolak, tapi bila dah tengok kawan kawan semua macam best jer sibuk conteng mata, hati aku mengatakan N A K. ada aku fikir apa akan jadi lepas tu? memang tak lah kan. Ya Allah, menyesal aku.

mula mula okey jer. segenap inci bumi sekolah aku jajah, macam macam cikgu aku jumpa lansung takde pape. even cikgu pengawasku merangkap guru disiplin pun tak perasan apa yang dah aku tepek dekat mata. mungkin sebab tuh juga buat aku lupa diri tak ingat dunia. Ya Allah, bodohnya aku.

sampai lah lima belas minit lagi nak balik, aku ambil keputusan nak turun awal sikit nak round kantin sebab perut macam dah start menyanyi secara sumbang. last last aku nampak beliau dekat kantin. dah start dup dap dup dap. masa tuh Tuhan jer tahu takutnya aku, kecutnya aku. still buat bodoh jer lagi. Ya Allah, butanya mata hati aku.

mula mula dia tak perasan lagi aku. lepas tuh dia panggil aku sebab nak inform pasal satu hal berkaitan sekolah. selamatkan aku Ya Allah. tapi tak, Allah Maha Penyayang. sebab tuh Dia bagi hidayah pada beliau untuk ter-perasan dengan apa yang ter-tepek atas mata aku. Ya Allah, Kau Maha Besar.

perlahan dan halus jer suara beliau sampai di cuping telingaku. Ya Allah, tahan air mata aku. aku taknak dia stress, pressure dengan khilaf aku kebodohan aku. dia pergi macam tuh jer. Ya Allah, takutnya aku. aku dah lukakan beliau. beliau sedih dengan perangai aku. 


aku tak tahu nak fikir apa masa tuh. niat yang mulanya tadi nak ke kantin makan terus aku qada balik makan kat rumah. sedih punyalah bagai nak rak. yang aku tahu masa tuh, minta maaf. ya, aku memang kena minta maaf dengan beliau! wajib!


esok aku nak jumpa beliau. tak kira beliau nak terima ke tak, aku tetap nak minta maaf. kalau perlu sujud di kaki beliau sekalipun, sikit pun aku tak kisah. janji beliau ampunkan aku maafkan aku dan layan aku macam dulu dulu balik. tak dapat sepenuh perhatian daripada beliau bagi aku sangat rugi sebab beliau insan yang sangat istimewa.


toingtoingtoing : baru lepas habis baca buku ARMAGEDON 2012 BENCANA AKHIR ZAMAN sampai bab 4. bab 4 jer, banyak lagi nak habiskan satu buku nih. baru beli buku nih tadi kat KK mak aih bapak punya hensem abang cashier dia. muka mulus tulus suci bersih putih berseri berkat wudhu' orang kata. 



keputusan macam mana sekalipun beliau bagi esok, insya Allah aku update lagi. ergh, pressure dengan borang mara yang tak selesai selesai. 28 oktober 2010 jamuan form 3. macam best kononnya. kompom aku join. 4 november hari PESKO. :)
LIKE LAJU - LAJU :)

No comments: