Penyokong Setia

11 November 2011

Normal

Asalammualaikum wbt (:



Tak semua orang bernasib baik dalam dunia nh kan ? Tak semua orang akan dapat apa yang dia nak kan ? Tak semua cinta akan berbalas kan ? 

Aku tahu, bila cinta kita tak dibalas, rasa dia sakit. Sakit. Yang amat sangat. Tapi walau apapun yang jadi, kau tak boleh nak putus asa. Kau tak boleh buat benda bodoh ! Tak ! Kehilangan dia tak bermakna kau dah takde sape lagi dalam dunia nh. 

Kau kena tahu, ramai lagi yang ada dengan kau. Paling penting, Allah sentiasa ada dengan kau. Kau boleh mengadu dengan Dia, kau boleh bergantung dengan Dia. Dia Maha Berkuasa (:

Fikirlah elok-elok apa yang terbaik untuk kau. Bye. 


MAKSUD CINTA ? ENTAH, SEBAB BAGI AKU, CINTA TUH UNIVERSAL (:


p/s :  Cantik tarikh hari nh kan. 11.11.11 (:




LIKE LAJU - LAJU :)

10 November 2011

It depends on you

Asalammualaikum wbt (: 


Hi engkau orang. Engkau orang sihat ? Aku orang sihat walafiat. HAHA. Akhirnya kan, setelah sekian lama aku tak update -.- Aku busy weih, busy yang memang busy. Exam akhir tahun. Yeayy me, exam dah habis dengan jayanya :') Result ? Setakat nh baru tahu 3 subjek. Apa dan berapa ? Nanti kalau aku rajin, aku update pasal tuh :p haha


Ehh, aku update bukan pasal nak cerita pengalaman aku exam kali nh. Takde makna nyea. Benda biasa jelaa kot kalau exam kan. Meniru ? Itu acara wajib. Tapi jangan keterlaluan, kantoi karang engkau orang jugak yang susah :3


Kalau dah lepas exam, mesti kalut nak tahu result kawan kan. Nak tengok dia dapat berapa ? Nak analisis result dia. Dia dapat tinggi sebab dia memang pure pandai ke atau sebab dia pandai dalam hal-hal meniru haha. Aku selalu tengok fenomena nh berlaku (Y)


Well, berjaya atau tidak seseorang itu, semuanya bergantung pada diri dia sendiri. Ada sesetengah orang, yang bila dapat keputusan yang kurang memuaskan, akan tuding jari menyalahkan guru. Kononnnya, cara cikgu tuh mengajar tak dapat difahami dengan jelas. Okelah, aku pun pernah jadi macam nh. Tapi bila aku fikir balik, semua sebab aku. Walau betul sekalipun cikgu tuh memang kalau dia mengajar aku susah nak faham, masih banyak alternatif lain yang dapat aku guna pakai. 


Contohnya, kalau aku tak faham cikgu kat sekolah mengajar, aku boleh cari cikgu tusyen. Aku boleh pilih mana-mana cikgu yang aku suka, yang aku faham cara dia mengajar. Betul kan ? Tapi ada juga, yang dah masuk tusyen, tapi markah exam still di takuk lama. Tak naik-naik. Makin turun ada lah kot. 


Bila fikir balik, apa lah yang tak kena dengan pelajar yang macam nh kan ? Tambah pula kalau dia dah masuk tusyen yang memang tip top. So, terbukti lah di sini semuanya bergantung kepada pelajar tuh sendiri. Bukan pada sapa-sapa pun. 


Haha dah tetiba aku tukar profesion jadi pakar motivasi kan. Bakat terpendam tuh haha XD Haha aku cakap hanya berdasarkan observation aku, bukan nak hentam mana-mana pihak. Aku pun tak pandai sangat, time exam selalu cukup makan jugak. Tapi omputih kan ada cakap, practise makes perfect. Haha 


Oke dah, 4 hari lagi nak SPM. Huyoo, mesti semua budak form 5 tengah busy kan sekarang nh. Tapi dekat twitter tuh, ramai jea lagi abang-abang dengan kakak-kakak form 5 duk update. Hehe :3


Dan akhirnya, selesai lah sesi aku memberi pendapat pada hari ini. Aku akan kembali lagi, jangan risau. Renung-renungkan dan selamat beramal (: haha :P





Selamat Hari Raya Aidil Adha :3




HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH (:


p/s : Skema gila kan ayat aku ? haha :p



LIKE LAJU - LAJU :)

11 October 2011

Final Exam

Asalammualaikum wbt (:


Short entry . 
Start esok , 12 Oktober 2011 sampai lah ke 9 November 2011 , aku ada final exam . So guys , doakan aku dapat buat yang terbaik dan akan pass with flying colours :D hehe . 


Kalau ada yang datang menjenguk and follow , thanks (: Nanti lepas dah selesai semua paper , aku terjah balik blog korang . Jangan lupa tinggal link blog korang dekat CB di sebelah yee . Byee :3




Pee/ess : Dalam masa beberapa bulan jea lagi aku akan jadi budak form five :'( 











LIKE LAJU - LAJU :)

09 October 2011

Bayi berusia 23 hari diliwat bapa

Asalammualaikum WBT (:


Oke , aku bukan nak jadi reporter nak report hal nh dekat korang semua D: Aku pasti dan teramat pasti ramai yang dah tahu pasal kes nh kan . So tak perlu lah aku melaporkan benda yang sama berulang kali . Nanti orang boring . 


Tajuk entry nh ? Aku hanya nak menyuarakan pendapat aku sahaja (: hehe . Bapa sendiri sanggup liwat bayi sendiri yang baru 23 hari tengok dunia nh . Ya Allah , apa yang ada dalam kepala otak dia tuh ? Apa yang dia fikir ? Dah hilang ke rasa belas kasihan dalam diri dia ? 


Sepatutnya bapa melindungi anak-anaknya . Bukan meliwat anak sendiri ! Dasar harapkan pagar , pagar makan padi betul -..- Kesian baby tuh ? Apalah nasib dia sekarang ? Moga-moga baby tuh dilindungi Allah SWT . 


Yang paling tak boleh blah , bini baru lepas beranak , dah ajak "bersama" . Heii kau tak fikir ke yang bini kau tuh sakit beranak tak habis lagi , kau dah suruh dia layan kau . Dah tak dapat bini , anak sendiri jadi mangsa . Binatang betul ! Masya-Allah :(


Manusia sekarang ramai yang dah hilang sikap perikemanusiaan . Yang ada dalam diri , hanya sikap perikebinatangan . Entahlah , meluap aku rasa masa tengah type entry nh . Apa yang terdaya aku buat , berdoa pada Allah , semoga si bapa tersebut dikurniakan hidayahNya , bertaubat dan kembali ke jalan yang benar (:


Dah , nak study sebab exam hari rabu nh . hehe . Wish me luck guys ! Bye (:



Alhamdullilah , saya dikurniakan keluarga yang bahagia (:



LIKE LAJU - LAJU :)

07 October 2011

Malaikat kecil


Asalammualaikum WBT (:
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

P/s : Entry nh aku copy terus daripada ohislam.com . Kalau time korang online , lepas tuh tak tahu nak buat apa , pergi lah lepak kat blog tuh . Sekurang-kurangnya dapat tambah ilmu agama serba sikit kan . Wallahualam . 
LIKE LAJU - LAJU :)

06 October 2011

Romeo and Juliet

Asalammualaikum wbt (:


Hai ppl , aku memang macam biskut sekarang kan ? Kejap ada , lepas tuh takde . Dua tiga minggu lepas tuh aku muncul balik . haha . Aku busy , sampai tahap tak sempat nak post entry baru . Dengan kerja kursus akaun nya lagi , homework nya lagi , tambah pula exam yang dah memang rapat gilaaaaaa dah nh . Aku busy study #kononnya :p


Oke dah mencarut mengarut . Emm apa aku nak tulis ehh ? Aku sebenarnya takde idea nak update pasal apa , tapi tangan nh gatal jea nak buat entry baru . -____-


Sekarang memang trend umur baru setahun jagung tapi dah gatal nak couple kan ? Oke lah , tak payah fikir jauh-jauh , aku sendiri , tak padan dengan baru umur 16 tapi tahap gatal dia kalah umur 61 XD Oke dah , bukan nak sentuh bab gatal meroyan nh . 


Orang kalau dah couple , memang nak satu dunia tahu . Yang nh memang tak boleh blah bagi aku 
-_______- Baru 2 hari couple , dah buat " in a relationship " dalam #fb . Lepas tuh mulalah nak update status jiwang-jiwang , ayat rempitz-rempitz . Contohnya , " sAyYeW cYuNkK gilLewWw dEkatZz aWaRkK ♥ " . Oke aku geli gila baii .


Tak sampai sebulan couple , dah buat " married "  dalam #fb . Haha mudahnya orang zaman sekarang nh kahwin kan , hanya dengan satu klik O.O Oke lah tuh korang punya hak nak buat apa pun kan , fb korang so aku takde hak . Oke fine . 


Tapi kalau dah putus , Ya Allah habis bergegar satu dunia fb tuh dengan ayat sumpah seranah korang . Memang habis semua menatang dalam hutan tuh keluar . Hura-hara dunia . Status memang bajet nak sembur ex korang jea kan . Haa , mana pergi ayat manis berbunga madah berhelah semua tuh ? Nan hadooo kan sekarang . 


Bukan aku nak mengata orang couple ke apa , aku pun buat juga . Tapi aku rasa kan tak perlu lah nak melebih sangat dalam fb . Tak rasa ke korang macam hilang privasi , duk wall-to-wall ber"baby-baby" bersayang-sayang bagaii . Aku yang baca nh pun menanahh mata , tambah pula dengan bahasa minah wempitzz korang tuh . Sabar jelaa . 


Fb tuh memang laa dah macam tempat awam , tapi jaga laa sikit . Korang tak rasa ke nak sweet-sweet dengan boyfie korang , biar korang dua orang jea tahu ? Macam tuh barulah romentikk weih . hehe . 


Oke selesai sudah sesi ceramah saya pada hari ini . Renung-renungkan dan selamat beramal . Asalammualaikum (:








I believe that words can break someone into a million pieces, but they can also put them back together. 





LIKE LAJU - LAJU :)

24 September 2011

Achik (:

Asalammualaikum wbt (:


It's 2.10 AM now , and I still ... What am I doing at this hour ? haha , I don't know -.-" I want to sleep but there was something that kept me awake . *sigh


Oke kau rasa annoying gila kan baca intro aku yang englishnya merapu meraban tuh XD sajaa , sekali sekala nak jadi omputih apa salahnya kan :P haha entahlah , sebenarnya aku pun tak tahu nak update pasal apa tapi sebab dah aku boring tak tahu nak buat apa , aku sign in blogger dan tekan new post . Lepas nih aku merepek apa korang baca jelaa yee :D


Well , as you all can see now , ramai gila orang demam kan ? Entahlah , mungkin musim demam kot sekarang . Aku pun tengah tak berapa nak sihat . Tapi aku taknak story pasal demam pun sebenarnya . haha :P 


Adik aku yang nombor tiga tuh , Achik , patah kaki dua or tiga minggu lepas . Tulang kering dia patah , belakang and depan . Quite serious laa keadaan dia tuh , tapi Alhamdullilah dia tak kena admitted walaupun satu malam :D 
*kira serious jugak kea kalau tak kena tahan kat hospital lansung ? haha -..-


Sekarang dah nampak ada progressing laa sikit . Tapi doc kata kena tunggu lagi sebulah setengah baru boleh bukak simen dia tuh . Hmm , sebenarnya aku tak suka dengan simen tuh . haha , benda tuh dah lah TAK CANTIK lansung , berat pulak tuh . Kadang-kadang time parents aku takde kat rumah and Achik nak pergi toilet , aku lah yang kena angkat dia . Dah lah dia tuh memang tanpa simen pun berat , tambah lagi simen tuh ... Memang Tuhan jea tahu seksa aku masa tuh T__T


Tapi aku rasa Achik walaupun umur dia baru 10 tahun , dia kuat and tabah . Dia selalu usaha taknak susahkan sape-sape . Pernah satu hari tuh , aku tengah mandi and dia dahaga . Dia usaha mengesot daripada depan tv sampai ke dapur , lepas tuh aku dengar dia menangis . Aku dah cuak takut dia sakit kaki ke apa , rupanya dia tak boleh nak ambek air sebab mesin air dekat rumah aku tuh tinggi so dia tak boleh nak berdiri sebab kaki dia sakit . 


Aku punya laa main tacing tengok dia macam tuh . Sampai macam tuh sekali dia taknak susahkan orang . :') Sekarang dah oke siket sebab dia boleh berdiri tapi tak boleh jalan sebab simen tuh . Err , kadang-kadang memang aku rasa menyampah gila tengok simen tuh , rasa nak ambek tukul lepas pukul simen tuh sampai hancur XD 


this is Achik (:

Okey lah , aku dah mengantuk dan aku nak tidur . Night world , XOXO . 


Thank you Allah for presenting me a happy life with a wonderful family and friends.



LIKE LAJU - LAJU :)

22 September 2011

Amirah binti Idris

Asalammualaikum (:


Disebabkan dah lama sangat aku tinggal blog nih , sekarang nih aku terkaku di hadapan monitor dan tak tahu nak tulis apa . Tiba-tiba teringat pasal twitter semalam , dah janji dengan Amirah Idris nak update pasal dia heee :D



So , this is tuan empunya nama . She's sweet (: #ikhlasdarihati 

Aku kenal dia since form 1 kot , entahlah tak ingat dah haha XD Nak kata rapat sampai tahap BFF tuh takde lah kan . Tapi dia nih schoolmate yang satu form , sama-sama PRS , sama-sama pengawas dan sama-sama mereng (: 

I'm used to call her Amirah , Mighah , Miah dan banyak lagi kerana sesungguhnya adikmanis nih banyakkkk nama gelaran . Aku nak tulis apa lagi ehh pasal dia ? Emmm , ouh yaaa ! BFF dia . BFF Miah semua awesome okee , semua sweet sama macam Miah . 

APA PERASAAN ANDA TERHADAP MIAH ?
Ehh anda lawa laa , nak ngorat moleh ? XD

PENDAPAT ANDA TENTANG MIAH
Entahlahh , kalau aku tulis nanti semua benda baek . Mesti Miah TER-kongyaa lepas nih . 

KATA-KATA TERAKHIR UNTUK MIAH
See , aku update jugok kei pasa mu :P HAHA

Oke dah laa , sebenarnya salah satu tujuan aku post entry nih sebab nak korang tahu owner blog nih masih hidup dan masih ingin menulis :D Sampai jumpa lagi semua (: Toodless 



No one said Love had to be perfect, it just has to be True (:



LIKE LAJU - LAJU :)

01 July 2011

Hari Sukan

Assalamualaikum wbt (:


Ya Allah , lama gila gila gila babas dah aku tak update entry baru :D Sorry , I'm kinda busy with school , family , friends and boipreng (: HAHA semua tuh menipu okee . Alasan sebenar ialah AKU MALAS :D


Since dah lama gila tak update , banyak lah kan cerita best aku tertinggal nak update T__T Biarlah , past is past , let bygone be bygone XD Yang paling latest is HARI SUKAN SMKIP KE-23 . Kalau online fb tuh , banyaklah gambar baru pasal hari sukan yang budak smip upload . Aku tengok hari Rabu lepas tuh , ramai jea yang angkut dslr masing-masing . Agaknya semua datang nak bergambar , bukan nak ber-hari sukan . HAHA 


Sebenarnya , kelmarin hari Khamis sekolah aku cuti . CUTI PERISTIWA . Tapi agak tidak berfaedah cuti aku kelmarin . Sekarang nih nak keluar lepak dengan kawan(s) punyalah main susah sebab JPJ dengan polis banyak jea atas jalan tuh -.-"


Sebagai seorang pemandu yang tidak berlesen , kecut jugak aku kalau tengok ada polis tepi jalan duk tunggu pesalah jalanan TT___TT 







Tuh jelah dulu gambar hari sukan . Kalau nak upload semua mahunya esok pun tak habis lagi . Kalau rasa nak tengok muka Adnin comel banyak-banyak lagi , boleh laa usha fb dia :D 

nh laa ADNIN COMEL . she's cute right ? ILY Adnin :')


Ouh yeah , baru perasan . Hari nh , Jumaat , first of July . Cepat sangat kan masa berlalu . Terasa macam baru semalam aku sambut tahun baru , tapi hari nh dah July . Sempena hari Jumaat yang mulia nh , buat lah amal kebaikan banyak - banyak yee muslimin dan muslimat sekalian (: Yang lelaki , jangan lupa tanggungjawab anda , anda dan anda hari nh . 

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," 
                                                                                                                           (Surah Al-Jumu'ah: 9)


"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." 
                                              (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).



Oke lah , aku nak mandi dan sarapan dan banyak lagi laa benda tak selesai nh . Toodles all , semoga hari anda diberkati , amin (:


"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)




LIKE LAJU - LAJU :)

13 June 2011

Once upon a time

Asalammualaikum wbt (:


Hai ppl , amacam hari korang hari ni ? Hari ni merupakan hari yang kurang baik bagi aku sebab hari ni hari first sekolah selepas cuti dua minggu + satu hari di mana sebelum cuti aku ada exam pertengahan tahun . Tak faham maksud aku ? Maksudnya , hari nih dah dapat results exam atau keputusan peperiksaan dalam Bahasa Melayunya :D 


Dan yee , result aku jatuh merudum menyembah bumi kalau nak banding dengan yang awal tahun . Rasa macam dah nak berhenti sekolah duduk rumah tolong mak masak T___T *pemikiran sempit sesetengah rakyat negara kita 


Oke dah malas nak cerita pasal result . Nanti air mata aku keluar lagi :') Tadi masa BM cikgu tak masuk . Faham - faham jelah kan kalau dah cikgu tak masuk tuh kitaorang buat apa . Cuti lama sangat , betimbun cerita nak kongsi dengan kawan . haha XD Aku , Atilia dengan Fatiha sempat mengimbau kenangan lalu start dari kami form one . 




BACK TO 2008 ......


Berbekalkan result UPSR yang boleh tahan tuh , aku diterima masuk ke SMK Ismail Petra . Ingat nak masuk kelas aliran biasa , apa kau sekali kena letak dalam kelas Arab . Aku budak Arab dulu taww . hehe :P Orang lain masuk sekolah tuh ada teman budak satu sekolah rendah dia , aku sorang jea masa tuh . Punya laa main susah nak cari kawan baru . Errr -.-"


Tapi lepas tuh , aku kamcing dengan Raiha . Dia baik . Ramai tak percaya aku baru kenal dia , sebab kami nampak macam kamcing dah bertahun - tahun . Tapi sayang . Dia tak lama dalam sekolah tuh . Dia pindah sekolah dekat rumah dia , dia kata tak tahan duduk asrama . Oke aku sedih T__T Dah lah lepas Raiha pindah , habis semua kawan aku menyusul keluar pergi MRSM . Errr cuak aku nak cari kawan baru . 


Dalam kelas memang laa ramai budak perempuan tapi aku bukan satu kepala dengan dorang tuh . Yelaa , dorang dah cap aku nh GILA KUASA . errr apa daa budak nh . Sampai laa ada budak baru masuk . Nur Fatiha bt Mat Othman nama dia . Alhamdullilah , aku rapat dengan dia sampai hari nih . Dekat nak hujung tahun , dah start aku baik dengan Nur Atilia bt Md Sahibudin . (:


2009


Naik form two , kitaorang tubuh geng . HAHA , geng laa sangat tuh kan . Zaman budak baru nak start jadi remaja , macam nh laa . Bila ingat balik -.-" errr . We called it GDB . Oke , GDB stand for Geng Di Boikot . Kau tengok ? Nama geng pun dah err apatah lagi err errr errr betul lah kami nh dulu . Ada lima ahli semua nya . Aku , Fatiha , Atilia , Thaqifah and Asiha . 



hehe , ada lagi rupanya gambar nh :D Asiha tuh susah gila nak bergambar . Silap hari bulan dia suruh aku delete gambar nh nanti . Masa nh memang kamcing gila babas walaupun selalu gaduh tapi adatlah tuh kan . Lepas gaduh mesti makin rapat :')

2010

Masa nh , umur semua dah 15 . PMR punya year laa tuh . Tapi tahun nh , tinggal kami empat orang . Asiha macam dah tak rapat sangat sebab hujung tahun 2009 , ada benda jadi . Dan aku tak rasa nak tulis pasal benda sedih tuh . Jadi kami empat orang jelah ada dalam GDB . Masa tuh GDB tak terkubur kot , sebab empat nh dah taknak guna nama tuh . haha 



Result PMR keluar . Masing-masing boleh tahan lah . Atilia dengan Thaqifah dapat 8A's tapi aku dengan Fatiha 7A's jea . Tapi still Alhamdullilah kan (:

2011

Awal tahun semua pening fikir nak ambil aliran apa . Bio , Akaun , RC atau IT ? Mula - mula kami empat orang nak ambil benda sama , Bio . Tapi bila fikir-fikir balik , kebolehan kami tak sama so takkan nak ambil aliran sama ? Jadi keputusan terakhir , Thaqifah dengan Fatiha pilih Bio , aku dengan Atilia pilih Akaun . 

Fatiha dengan Thaqifah walaupun aliran sama tapi kelas lain-lain . Aku dengan Atilia maintain sekelas . hehe :D awal tahun still rapat . Tiap kali rehat mesti nak makan sekali , lepak masa balik pun sekali . Kira tak sekelas pun masih kamcing laa . 


time birthday Atilia (:

Tapi semua tuh masa dua tiga bulan pertama tahun nh jea . Lepas tuh , kitaorang dah tak rapat sangat . Terutama dengan Thaqifah . Aku rasa Thaqifah lain sekarang , dia dah tak macam kawan baik aku dulu . Errrr , apa mungkin dah hilang rasa BFF tuh dari dalam diri dia ? Aku tak tahu dan aku rasa aku taknak cuba ambil tahu . Aku takut kenyataan dia nanti makin memeritkan hati aku , Atilia , Fatiha T___T




Nurul Thaqifah Mohd Nooh , saya rindu awak yang dulu . Fatiha , Atilia pun rindu awak jugak . Bila awak yang dulu nak balik ? :'(


Oke laa , dah tak larat aku nak layan perasaan nh . Makin dikenang , makin sakit hati aku . Bye ppl 



If someone loves you , they won't judge you . They'll see that you're beautiful just the way you are (: 






LIKE LAJU - LAJU :)

12 June 2011

Cerita bola semalam

Asalammualaikum wbt (: 


Oke , macam tak tahu aku nak update pasal apa kan . Semestinya lah pasal bola semalam . haha . Teka aku sokong mana ? Kalau tengok dalam ic , memang aku warganegeri Terengganu . Tapi aku menetap dekat Kelantan sekarang nh . Kira aku boleh sokong dua - dua lah kan . haha , dasar lalang aku nh ! -.-"


Sebelum tuh , TAHNIAH LAH KEPADA TERENGGANU SEBAB DAH DAPAT JULANG PIALA SEMALAM (:


Oke , sebenarnya memang aku sokong Kelantan . Tapi lepas tengok DaudSu menjaring gol sendiri , aku terus rasa T___T tapi tak boleh lah nak salahkan DaudSu seratus peratus . Try korang yang duduk tempat dia semalam , macam - macam benda korang akan rasa . Berdebar , risau , takut , semua ada . Dia dah try sehabis baik yang dia boleh semalam . Chillax laa semua :D


Nih aku dengar siap ada page dalam FB kutuk DaudSu lagi . Oke malas nak link . Kalau rasa nak tahu sangat pergi cari sendiri . Dah lah tuh , kesian dia :) haha tetiba aku baik . Dalam twitter semalam lagi best . Kecoh penyokong Kelantan dengan Terengganu duk tunggu gol . 


Tapi aku sangat bersyukur sebab walaupun takde rezeki Kelantan nak menang semalam , cuti hari nih tak ditarik balik . heeee :D So aku masih lagi cuti hari nih . Dan sekarang aku tengah pulun siapkan homework addmath aku >.< 


Oke ppl , gtg . Toodless (: 






Don't stress over anything that you can't change. (;

LIKE LAJU - LAJU :)

08 June 2011

WORDLESS WEDNESDAY , haha (:

Asalammualaikum wbt :D


Sekarang nih jarang betul blog nh ada entry baru kan ? Dah tak bersemangat macam dulu dah nak update entry baru . Musim lack of idea sedang melanda . Eeee tak fahamlah aku -..- Ce korang belek template blog nh ,( tak payah belek pun takpe sebenarnya cukuplah setakat korang jeling sebelah mata ) memang menyakitkan mata betul . Kalau blog nh sejenis objek yang boleh dibakar , memang dah lama arwah laa . T__T


Oke dah , tak tahu kenapa tapi intro aku macam dalam mood sedih . HAHA . Hari nih hari rabu , ramai benoo blogger duk layan WORDLESS WEDNESDAY . Aku rasa macam nak tumpang sekaki jugak , tapi bila ingat balik dekat seminggu dah blog nih tak ter-update , terpaksa lah aku perah otak nak buat ayat . (:


Masih dalam mood cuti sekolah , hari nih seharian aku berjalan dengan kawan - kawan aku . Err , nih aktiviti LEPAK - ing yang paling lama pernah aku buat kot >.< aku tengah rajin nak ceghita aktiviti aku hari nih . :D


Start dari pukul 11 naik parkson tanpa ada tujuan yang nyata . Round tempat sama dua tiga kali , abang guard tuh dah jeling lain punya macam . Turun pegi isi perut dengan doublecheese burger product of mcd . Yang nh favourite aku sebab jeruk timun dia best . HAHA . Habis makan , dorang sibuk suruh aku drive pegi tesco sebab nak cari barang buat kek . Naik tesco lama gila . Letih aku . Rela solat Zuhur atas tuh sebab tak puas berjalan lagi . Jam dah 4 lebih , hati kata tak rela nak balik lagi . Lencong pulak pegi TTA . Gila babas dorang nih memang kalau dah berjalan macam tak ingat dunia semua . 


Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran :


kenapa tak semua kawan aku sporting ?


Ya , memang aku dengan ikhlasnya cakap tak semua kawan BAIK aku sporting . Susah betul kalau ajak keluar . Lagipun bukan selalu . Tiga bulan sekali pun jarang weih buat aktiviti nih . T__T Alasan sama dorang bagi setiap kali ajak keluar . Kang kalau tak ajak kata dah tak ingat kawan , kalau ajak pun memang sah sah korang taknak join . Tak ke menyakitkan hati tuh ? Sapa nak jawab ? Eeeeee


Dah lah , kang bertambah dosa aku duk marah marah orang memalam buta nh . Lain orang lain cara kan ? Chou . 









TEMAN SEJATI SENTIASA DI HATI (:





LIKE LAJU - LAJU :)

01 June 2011

Hi Cik JUNE !

Asalammualaikum wbt (:


Dah 1 June kan hari nih ? May aku untuk 2011 nih errr tak berapa nak best sebab bulan exam . Well , sape lah yang suka kalau exam kan ? XD 


Bulan June , cuti sekolah . Macam best laa sangat kan kalau cuti , biarpun cuti tuh sangat boring sebab takde benda nak buat . -..- oke dah merepek . 


Macam biasa laa kalau 1 haribulan setiap bulan , mesti nak buat azam kan :p biarpun sebenarnya setiap apa yang aku hajatkan tuh tak pernah nak dapat . Tengok macam bulan lepas , aku harap bulan May oke oke jea . Tapi bulan May sangat lah tak oke T__T Jadi untuk bulan June nih , aku harap :


- muka aku makin cantik
- aku makin tinggi
- gigi makin putih
- makin ramai fans 
- jadi budak paling famous dalam sekolah
- skandal ramai


haha gila babas kau berangan dan perasan tak habis . Takde nyea aku nak ngarap benda gituh . Nih yang betul :


- semua berjalan dengan lancar tak kira apa yang aku buat , dengan sape aku berurusan . (:


Tengok , pendek jea ayat aku . Orang kata kalau mengharap terlalu banyak , nanti tak dapat sakit hati dia tuh lain macam . So baik aku bagi harapan siket jea (;


Oke lah , aku nak packing barang . Esok nak gerak pergi Melaka . Kalau aku rajin , aku update lah dari sana . Kalau tak , senyap lagi lah makna nyea takde entry baru :P
Toddlesss !


Lots of love , 
Sha . 









JANGAN TERLALU MENGHARAP PADA YANG BELUM PASTI (;

LIKE LAJU - LAJU :)

31 May 2011

Tips Dapat Jodoh

Asalammualaikum wbt (:


Hei korang . Korang sepi ? Sunyi ? Still takde pasangan ? 
Alololo kesian , meh sini meh aku ajar macam mana nak dapat spesial boipren hanya dalam masa 5 hari . (;


*hanya boleh diapply oleh students perempuan sekolah menengah yee . Lebih umur harap maaf . Budak sekolah rendah pun tak boleh , korang tak cukup matang lagi nak masuk alam cinta monyet ! 

Pegi cari pen dengan kertas nak salin semua tips yang aku nak bagi nih . Tak salin rugi taww ! (;




Bahan - bahan :


1 guni bedak cina  *boleh tanya nenek kau kalau xtahu apa ke benda nh
2 kampit rasa gedik
100 g rasa tak tahu malu
3 sudu teh muka bajet cute 
1 cawan besar pelunak suara
5 kg punggung tonggek
1 kotak lilin 


Cara penyedian :


1 . Malam sebelum hari sekolah , korang gosok tudung dengan lilin . Tujuan , nak bagi tudung korang tuh lentik semacam lepas tuh muncung atas menjadi seperti apa yang diinginkan . 
2 . Sebelum pergi sekolah , tepek bedak sedozen atas muka biar sampai putih melepak macam hantu cina . 
3 . Sampai jea depan pintu kelas , terus buat muka bajet cute korang tuh sambil ditemani bedak sedozen . Confirm ramai cair . 
4 . Buat lah muka tak tahu malu sambil guna suara korang paling sedap selagi boleh . Lebih afdal korang kepit suara tuh . 
5 . Bila cikgu mengajar , buatlah muka gedik tak faham lepas tuh pergi tanya budak lelaki dalam kelas kau . Perangai kaw kaw punya gedik , mesti menjadi . 
6 . Masa nak keluar kelas nak pergi kantin , lalu lalang laa depan budak laki . Jalan dengan punggung yang super tonggek . 




Try laa buat semua kat atas nih . 5 hari lepas tuh confirm kau dapat balak sekelas . Best taww (; Selamat mencuba ! 





JADILAH DIRI SENDIRI (:





LIKE LAJU - LAJU :)