Penyokong Setia

11 October 2011

Final Exam

Asalammualaikum wbt (:


Short entry . 
Start esok , 12 Oktober 2011 sampai lah ke 9 November 2011 , aku ada final exam . So guys , doakan aku dapat buat yang terbaik dan akan pass with flying colours :D hehe . 


Kalau ada yang datang menjenguk and follow , thanks (: Nanti lepas dah selesai semua paper , aku terjah balik blog korang . Jangan lupa tinggal link blog korang dekat CB di sebelah yee . Byee :3




Pee/ess : Dalam masa beberapa bulan jea lagi aku akan jadi budak form five :'( 











LIKE LAJU - LAJU :)

09 October 2011

Bayi berusia 23 hari diliwat bapa

Asalammualaikum WBT (:


Oke , aku bukan nak jadi reporter nak report hal nh dekat korang semua D: Aku pasti dan teramat pasti ramai yang dah tahu pasal kes nh kan . So tak perlu lah aku melaporkan benda yang sama berulang kali . Nanti orang boring . 


Tajuk entry nh ? Aku hanya nak menyuarakan pendapat aku sahaja (: hehe . Bapa sendiri sanggup liwat bayi sendiri yang baru 23 hari tengok dunia nh . Ya Allah , apa yang ada dalam kepala otak dia tuh ? Apa yang dia fikir ? Dah hilang ke rasa belas kasihan dalam diri dia ? 


Sepatutnya bapa melindungi anak-anaknya . Bukan meliwat anak sendiri ! Dasar harapkan pagar , pagar makan padi betul -..- Kesian baby tuh ? Apalah nasib dia sekarang ? Moga-moga baby tuh dilindungi Allah SWT . 


Yang paling tak boleh blah , bini baru lepas beranak , dah ajak "bersama" . Heii kau tak fikir ke yang bini kau tuh sakit beranak tak habis lagi , kau dah suruh dia layan kau . Dah tak dapat bini , anak sendiri jadi mangsa . Binatang betul ! Masya-Allah :(


Manusia sekarang ramai yang dah hilang sikap perikemanusiaan . Yang ada dalam diri , hanya sikap perikebinatangan . Entahlah , meluap aku rasa masa tengah type entry nh . Apa yang terdaya aku buat , berdoa pada Allah , semoga si bapa tersebut dikurniakan hidayahNya , bertaubat dan kembali ke jalan yang benar (:


Dah , nak study sebab exam hari rabu nh . hehe . Wish me luck guys ! Bye (:



Alhamdullilah , saya dikurniakan keluarga yang bahagia (:



LIKE LAJU - LAJU :)

07 October 2011

Malaikat kecil


Asalammualaikum WBT (:
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

P/s : Entry nh aku copy terus daripada ohislam.com . Kalau time korang online , lepas tuh tak tahu nak buat apa , pergi lah lepak kat blog tuh . Sekurang-kurangnya dapat tambah ilmu agama serba sikit kan . Wallahualam . 
LIKE LAJU - LAJU :)

06 October 2011

Romeo and Juliet

Asalammualaikum wbt (:


Hai ppl , aku memang macam biskut sekarang kan ? Kejap ada , lepas tuh takde . Dua tiga minggu lepas tuh aku muncul balik . haha . Aku busy , sampai tahap tak sempat nak post entry baru . Dengan kerja kursus akaun nya lagi , homework nya lagi , tambah pula exam yang dah memang rapat gilaaaaaa dah nh . Aku busy study #kononnya :p


Oke dah mencarut mengarut . Emm apa aku nak tulis ehh ? Aku sebenarnya takde idea nak update pasal apa , tapi tangan nh gatal jea nak buat entry baru . -____-


Sekarang memang trend umur baru setahun jagung tapi dah gatal nak couple kan ? Oke lah , tak payah fikir jauh-jauh , aku sendiri , tak padan dengan baru umur 16 tapi tahap gatal dia kalah umur 61 XD Oke dah , bukan nak sentuh bab gatal meroyan nh . 


Orang kalau dah couple , memang nak satu dunia tahu . Yang nh memang tak boleh blah bagi aku 
-_______- Baru 2 hari couple , dah buat " in a relationship " dalam #fb . Lepas tuh mulalah nak update status jiwang-jiwang , ayat rempitz-rempitz . Contohnya , " sAyYeW cYuNkK gilLewWw dEkatZz aWaRkK ♥ " . Oke aku geli gila baii .


Tak sampai sebulan couple , dah buat " married "  dalam #fb . Haha mudahnya orang zaman sekarang nh kahwin kan , hanya dengan satu klik O.O Oke lah tuh korang punya hak nak buat apa pun kan , fb korang so aku takde hak . Oke fine . 


Tapi kalau dah putus , Ya Allah habis bergegar satu dunia fb tuh dengan ayat sumpah seranah korang . Memang habis semua menatang dalam hutan tuh keluar . Hura-hara dunia . Status memang bajet nak sembur ex korang jea kan . Haa , mana pergi ayat manis berbunga madah berhelah semua tuh ? Nan hadooo kan sekarang . 


Bukan aku nak mengata orang couple ke apa , aku pun buat juga . Tapi aku rasa kan tak perlu lah nak melebih sangat dalam fb . Tak rasa ke korang macam hilang privasi , duk wall-to-wall ber"baby-baby" bersayang-sayang bagaii . Aku yang baca nh pun menanahh mata , tambah pula dengan bahasa minah wempitzz korang tuh . Sabar jelaa . 


Fb tuh memang laa dah macam tempat awam , tapi jaga laa sikit . Korang tak rasa ke nak sweet-sweet dengan boyfie korang , biar korang dua orang jea tahu ? Macam tuh barulah romentikk weih . hehe . 


Oke selesai sudah sesi ceramah saya pada hari ini . Renung-renungkan dan selamat beramal . Asalammualaikum (:








I believe that words can break someone into a million pieces, but they can also put them back together. 





LIKE LAJU - LAJU :)