Penyokong Setia

20 March 2011

Jantung aku lemah hari nih

Asalammualaikum wbt :)
Hye korang ! 


Hari nih Ahad 20 Mac 2011 , hari pertama sekolah lepas dah cuti seminggu . Faham - faham jelah kan kalau dah seminggu otak kau kena set bangun lambat tiap - tiap hari , tetiba laa pulak pagi tadi kena gerak awal gilaaaa , mahunya payah kau nak bangun . haha


Sebelum cuti hari tuh , sekolah aku ada first - term exam kan , jadi dah buka sekolah nih resultnya dah keluar laa kan . haha , perlu kea aku heboh dalam blog buruk nih aku dapat berapa untuk subjek nih , subjek tuh ? Tak payah laaaa , kan ? :) Tapi tak semua subjek dah tahu . 
* kalau nak tahu sangat result aku apa , sms ex - boipren aku XD


Setiap kali cikgu masuk kelas , mesti jantung aku macam dup dap dup dap rasa nak pecah . Sebab tuh laa aku kata , jantung aku lemah hari nih . Asyik duk bedebo jea nak tahu result . Cuak lah aku kalau selalu macam nih . 


Oke lah , hari sekolah mama TAK BENARKAN aku online lama sangat . Homework aku pun ada lagi tak siap nih . Chou korang :) Esok aku update benda baek punye . ;)






LIKE LAJU - LAJU :)

17 March 2011

Lawak bai benda nih ! -.-"

Asalammualaikum wbt :)


Cuti sekolah tinggal dua hari jea lagi , homework aku hagham tak siap - siap jugak . Naseb homework cikgu bagi siket jea , sempat laa kot aku nak pulun buat dalam masa cuti yang berbaki sikit jea lagi nih hah . Memang laa tabiat aku macam tuh , semua benda nak buat last minute . Nanti bila masuk bab kahwin pun , nak cari calon suami last minute jugak . XD


Bukan aku nak cerita pasal cuti yang dah dihabiskan dengan benda tak berfaedah sebenarnya , ada benda yang lagi best . haha , ayat kau nak suspen jea ! -.-" Mula - mula tengok benda nih dekat fb Mighah , macam kekagetan pun ada , tak percaya pun ada . 




klik untuk pembesaran 


Aku try laa usha laman sesawang tuh . Grr , memang betul - betul wujud laa nih . Korang terjah sendiri laa benda tuh . Sila tekan sini kalau nak tahu apa benda yang aku duk bising sangat . 


Oke dah tengok kan ? Kalau belum , sila pergi tengok sekarang sebab lepas usha laman web tuh , mesti korang akan rasa " err , err " . Eh cop , nih bukan link yang kalau korang tekan keluar muka hakak yang terlebih cun sampai boleh arwah korang depan skrin pc . :) Aku budak baek oke , aku tak buat benda mungkar macam tuh . 

" Escape earth 2012 tickets " . Apa korang rasa ? Macam lucu ada , tak masuk akal pun ada . Seolah - olah orang yang create benda tuh , nak halang kuasa Allah en . Alahai betul - betul laa *@#$% . Hee , malas ah aku nak komen panjang lebar . Dosa free pulak aku dapat lepas nih karang . Korang baca , lepas tuh korang nilai sendiri , fikir sendiri lah eh . ;) 

Aku nak sambung buat homework . Kononnya lah kan , lepas nih tengok fb aku duk online jugak . HEHE , chou . 




LIKE LAJU - LAJU :)

15 March 2011

Pusing 360 darjah

Asalammualaikum wbt :)

Entry sebelum nih memang laa bajet jiwang karat sampai korang rasa " ek eleh minah nih , aku lempang jugak karang ! " . Jadi untuk itu , aku janji entry nih tak jiwang SANGAT . heeee :D


Kalau entry lepas tema dia macam perempuan frust nonggeng , entry kali nih lebih kepada luahan isi perut aku yang memang tak puas hati dengan perangai kawan aku sorang nih . haish , susah betul kalau kau ada masalah dengan kawan sendiri . Memang lah susah , memang lah rumit . Aku nak cakap macam mana tak tahu dengan minah sorang nih . 


Cerita dia macam nih . 


Aku budak kelas akaun tahun nih . Jadi , dalam kelas aku , memang bercampur - aduk pelajar - pelajarnya . Ada yang dari kelas pandai , ada yang dari kelas kurang siket . Kira tahun nih laa start aku nak kenal dunia . :D Ada laa seorang hamba Allah nih yang mana tahun lepas macam - macam cerita tak berapa nak sedap aku dengar pasal dia . 


Tup tup tahun nih , dah jadi kawan aku . Mungkin takdir Allah aku dengan dia tiba - tiba jadi kawan tahun nih kot . Mula - mula macam , " eh minah nih , oke jea . Tak sama pun dengan apa yang aku dengar tahun lepas . " . Tuh mula - mula lah kan . Bila dah agak lama duduk dalam satu kelas tuh , taring masing - masing dah mula laa haa nampak . 


Aku dengan dia kamcing dalam kelas jea kot . Sebab masa rehat apa semua , dia dengan geng dia , aku dengan geng lama aku . Makin lama makin pelik aku tengok perangai minah nih . Lepas tuh ada laa lagi sorang hamba Allah nih pergi cerita benda tak berapa nak sedap dengar pasal minah nih . 


Aku macam tak tahu nak percaya ke tak . Sebab hamba Allah yang cerita dekat aku pasal minah nih pun , aku bukan rapat sangat . Tak tahu isi perut dia macam mana . Jadi aku ambil keputusan nak dengar tapi tak percaya sangat . Betul lah tuh kan apa aku buat ? 


Hari ke hari , makin terserlah perangai buruk minah nih . Memang lidah bercabang , memang lah si talam dua tiga empat muka . Hai , aku nak tegur , karang kan ada yang sekat aku depan pagar sekolah . Tapi tuh takpe lagi , aku taknak gaduh dengan dia sebab aku tahu , bukan tahun nih jea aku nak duduk sekelas dengan dia . Tahun depan nak taknak aku kena duduk sekelas lagi dengan dia . 


Jadi , boleh tolong aku ? Tolong aku cari jalan yang paling tepat macam mana nak betulkan balik keadaan tapi dengan takde satu hati pun yang akan terluka . Ibaratnya , tarik rambut dalam tepung , tepung tak tumpah rambut tak putus . :)


Buntu laa mak haih buntu !


rindu kawan(s) aku yang nih <3


LIKE LAJU - LAJU :)

13 March 2011

Hati saya pecah

Asalammualaikum wbt :)


Banyak sangat benda nak cerita , tapi aku takde mood nak menulis . Hati aku tengah saket . Sekali lagi hati aku saket . Untuk tahun 2011 nih , dah dua kali hati aku macam nih . Sabarlah wahai hati . Mungkin 2011 nih bukan tahun yang bertuah untuk aku dalam benda macam nih . HAHA -..-


Aku post entry nih pun sebab aku nak orang tahu , penulis blog nih masih bernyawa . Dah laa , nak pergi plaster hati nih . Bye . 





LIKE LAJU - LAJU :)

11 March 2011

Tsunami di jepun

Asalammualaikum wbt :)


Mesti ramai yang dah tahu pasal Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala ritcher nih kan ? Oke takpe kalau yang dah tahu , boleh baca lagi sekali entry aku nih . :) Kalau yang tak tahu lagi , jom aku bagitahu . :D


Pukul 2 something petang tadi , Jepun dilanda gempa bumi yang kuat sampai tercetusnya tsunami setinggi 13 kaki atau 4 meter . Menakutkan bukan ? Jadi kita as a muslims , jom sama - sama berdoa moga Allah lindungi diri kita , keluarga kita and saudara kita . Tak lupa juga , berdoa untuk semua orang yang ada kat Jepun sekarang nih , harap dorang semua selamat dan dikuatkan semangat . 







Allahu Akbar ! Mungkin Allah bagi dugaan untuk penduduk Jepun , sebab dia nak semua umat manusia ingat dan sedar . Kehidupan kat dunia nih bukan satu kehidupan yang kekal abadi . Jangan terus lalai dan hanyut dalam arus kehidupan . :) 

Apa yang aku tahu based on my readings dalam laman twitter , jumlah mangsa yang terkorban semuanya 26 orang sehingga jam 6.30 petang waktu Malaysia . Yang paling latest , aku tak tahu lagi . Tsunami nih dikatakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah 140 tahun . Subhanallah , harap saudara kita kat sana selamat . 

Aku on google tadi , lepas tuh aku pun terbaca benda nih :

"Tsunami Alert for New Zealand, teh Philippines, Indonesia, Papua New Guinew, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 eartquake in Japan."


Aku macam bangga tengok Malaysians yang sangat - sangatlah concern tentang nasib rakyat negara lain . Kalau tak percaya boleh usha twitter . :D Tapi ada jugak yang boleh buat lawak pasal benda nih . Tak munasabah lansung . haish ! -.-


Doalah semoga semuanya akan selamat . Amin . 





LIKE LAJU - LAJU :)

10 March 2011

Lega hati , otak dan jantung aku !

Asalammualaikum wbt :)


Fuhh lega , peperiksaan awal tahun 2011 dengan jayanya dah pun habes tadi . Aku punya lega mengalahkan macam baru habes SPM . Ceyt , berangan di siang hari lah kau meksha ! :p


Oke , mari kita lihat konklusi yang telah disimpulkan untuk peperiksaan kali ini .


Semua subjek macam oke kecuali add math dengan math mode . See , aku memang bukan otak kira - kira . Dah laa add math tak cukup masa , rasa nak sepak - sepak soalan tuh tapi tak boleh sebab takut kawan sebelah kata aku jiwa kacau pulak . Dan yea , sampai sekarang aku masih berdoa moga - moga aku LULUS kedua - dua subjek nih . -.- susah , aku bukan budak pandai ! 


Subjek lain macam physics , chemistry , sejarah oke jea . Soalan paras sederhana semua . Tapi akaun sangat bagus . Soalan senang , alhamdullilah aku boleh jawab . Harap A+ laa subjek nih . Ayat memang riak . Aku cakap jea weih , jangan korang kata aku perasan bagus pulak . :D 


Perkara yang paling aku suka masa exam adalah aktiviti copy paste jawapan orang sebelah . Tapi exam kali nih , Allah macam nak cegah aku buat kemungkaran yang sama dengan mentakdirkan aku duduk belakang sekali depan meja cikgu . Sangat tak boleh blah bukan , aku nak senyum dekat budak sebelah pun gabra takut cikgu kata aku meniru ! -.-


Exam dah habes , cuti pun dah start . Happy ending betul hidup aku ! haha , jadi pada para pelajar sekolah rendah dan menengah di luar sana , selamat bercuti ! 
Sila manfaatkan cuti anda dengan cara :-


- Online fb sampai terbakar pc@laptop kau
- Update belog hari - hari . Kalau boleh , sehari tuh lima entry kau post . 
- Lepak dengan kawan kau dekat mall sambil menghabiskan duit mak bapak kau
- Joging dekat taman sambil cuci mata tengok abang - abang macho 
- Sewa court badminton , lepas tuh ajak satu kelas kau join sekali . Best oke !


Sekian terima kasih , harap maklum ! :)








p/s : tak sabarnya aku nak buang masa cuti nih ! :) jom join aku ! 



LIKE LAJU - LAJU :)