Penyokong Setia

15 March 2011

Pusing 360 darjah

Asalammualaikum wbt :)

Entry sebelum nih memang laa bajet jiwang karat sampai korang rasa " ek eleh minah nih , aku lempang jugak karang ! " . Jadi untuk itu , aku janji entry nih tak jiwang SANGAT . heeee :D


Kalau entry lepas tema dia macam perempuan frust nonggeng , entry kali nih lebih kepada luahan isi perut aku yang memang tak puas hati dengan perangai kawan aku sorang nih . haish , susah betul kalau kau ada masalah dengan kawan sendiri . Memang lah susah , memang lah rumit . Aku nak cakap macam mana tak tahu dengan minah sorang nih . 


Cerita dia macam nih . 


Aku budak kelas akaun tahun nih . Jadi , dalam kelas aku , memang bercampur - aduk pelajar - pelajarnya . Ada yang dari kelas pandai , ada yang dari kelas kurang siket . Kira tahun nih laa start aku nak kenal dunia . :D Ada laa seorang hamba Allah nih yang mana tahun lepas macam - macam cerita tak berapa nak sedap aku dengar pasal dia . 


Tup tup tahun nih , dah jadi kawan aku . Mungkin takdir Allah aku dengan dia tiba - tiba jadi kawan tahun nih kot . Mula - mula macam , " eh minah nih , oke jea . Tak sama pun dengan apa yang aku dengar tahun lepas . " . Tuh mula - mula lah kan . Bila dah agak lama duduk dalam satu kelas tuh , taring masing - masing dah mula laa haa nampak . 


Aku dengan dia kamcing dalam kelas jea kot . Sebab masa rehat apa semua , dia dengan geng dia , aku dengan geng lama aku . Makin lama makin pelik aku tengok perangai minah nih . Lepas tuh ada laa lagi sorang hamba Allah nih pergi cerita benda tak berapa nak sedap dengar pasal minah nih . 


Aku macam tak tahu nak percaya ke tak . Sebab hamba Allah yang cerita dekat aku pasal minah nih pun , aku bukan rapat sangat . Tak tahu isi perut dia macam mana . Jadi aku ambil keputusan nak dengar tapi tak percaya sangat . Betul lah tuh kan apa aku buat ? 


Hari ke hari , makin terserlah perangai buruk minah nih . Memang lidah bercabang , memang lah si talam dua tiga empat muka . Hai , aku nak tegur , karang kan ada yang sekat aku depan pagar sekolah . Tapi tuh takpe lagi , aku taknak gaduh dengan dia sebab aku tahu , bukan tahun nih jea aku nak duduk sekelas dengan dia . Tahun depan nak taknak aku kena duduk sekelas lagi dengan dia . 


Jadi , boleh tolong aku ? Tolong aku cari jalan yang paling tepat macam mana nak betulkan balik keadaan tapi dengan takde satu hati pun yang akan terluka . Ibaratnya , tarik rambut dalam tepung , tepung tak tumpah rambut tak putus . :)


Buntu laa mak haih buntu !


rindu kawan(s) aku yang nih <3


LIKE LAJU - LAJU :)

2 comments:

amalia izzati said...

erm, mcm tau je sape yg you maksudkan tuh sha? hihi.

Sha said...

haha , tweet tweet jom ! ;)