Penyokong Setia

31 October 2010

lata tembakah







sambil menunggu Kak Da bergayut dengan abang askar mana entah,
aku nak update blog kejap yer. :D


mata macam dah ada batu 10 tan berat gila minta nak landing ngam ngam atas tilam empuk, tapi semangat nak meng-up-date sangatlah tinggi setinggi gunung kinabalu. sangat mengarut ayat saya.


tak tahu dah kot nak bukak kdai kopi pasal apa hari nih, so nak terus masuk point.


pagi tadi sampailah ke petang kami kami lepak kat Lata Tembakah.






wel-comey guys!


jom survey suasana sekitar. chantek siot wa cakap lu.



lepas nih boleh datang rehat kat sini yer ;)


tadi aku kata aku pi lepak dengan kami kami kan? hah, nih nak introduce kami kami yang join sekaki dua dengan kami satu family. 




anak anak pungut angkat mama pun mengada aih nak ikot


lepas dah puas berendam bagai nak rak dalam air sampai biru kuku kuku, siap bershampoo bagai dalam air terjun tuh, aktiviti makan bermula sampai ada yang sendat perut tak boleh bergerak sebab musabab dah ter-overload muatan. 


gagah perkasa lah tuh? lepas makan terus sendat perut. mulut non-stop bercakap. atuk atuk (!)


selesai bab makan makan, minum minum, suka suka, gelak gelak, usik usik, kacau kacau, gaduh gaduh, feeling feeling, cintan cintun etc etc etc, boleh balik dah lah tuh kan. agak teringin sangat nak jadi penunggu Lata Tembakah tuh, boleh lah kot stay buat selama selamanya kat situ.


packing, balik jom!

barisan jejaka perasan se-Malaya


lepas dah selesai urusan dengan Lata Tembakah, ada lagi yang ajak gerak gi pantai. mak aih, memang tak puas main air la hangpa nih ! abah on jer, so destinasi seterusnya is Pantai Bukit Kluang, Jerteh.





tujuan utama ke pantai lebih kepada nak bergambar semata kot. bagai nak rak aku jadi photografer tak bertauliah hari nih.
gambar banyak gila lagi tapi malas kot nak tunggu, kalau nak tengok dalam FB yer kawans.




notakukukaki : ouh ya, tengok final Piala Malaysia tadi? rugi kalau tak tengok, sebab Kelate menei wei! separuh masa pertama aku tengok sekerat jer, taim nih Kelantan main sangat haprak. lepas separuh masa kedua Hai-O buat gol, terus terbeliak biji mata aku luas balik nak tengok bola. syukur menang juga 2-1 walaupun aku target Kelantan boleh tibai Nogori Sembilan 3-0 tadi. nasib menang, kalau tak sia sia jer penyokong Kelantan yang turun ke Bukit Jalil walaupun tengok depan tv lagi syiok. nak runtuh rumah dengar kami anak beranak duk menyorak, menyumpah memaki hamun tengok bola.











LIKE LAJU - LAJU :)

2 comments:

Unknown said...

ini tempat bercengkerama!

Sha said...

haha, yelah kot sebab tengok banyak couples kat sana kemaren.