Penyokong Setia

15 September 2010

aku maluuu

pagi pagi buta tak reti reti nak tidur lagi macik nih? lantaklah kan, mata aku. :D
dah cerita, terus masuk point.


tadi dengan jayanya aku berjalan jalan di blog kawan kawan dan yeah aku terjumpa satu contest gempak gegak gempita punya! cun lah, kalau menang boleh topup duit shopping aku bulan nih. ;)




contest dari kakak suwit nama Kila dan nama contest dia AKU MALUUU dan kalau korang nak join takpun gatal tangan nak usha contest, klik nama kak Kila di atas yerp. :D nak join contest nih kena buat karangan cerita yang ada kena mengena dengan aku maluuu. pandai pandai lah tuh yerk. dan aku pertaruhkan dua cerita nih. :p


CERITA SATU


masa tuh umur aku lebih kurang lapan tahun kalau tak silap. macik kan dah tua, penyakit nyanyuk gatallah nak tumbuh atas badan! masa tuh aku baru pindah Sabah ikut abah posting sana. hari pertama aku dalam kelas, bajet bagus sangat larh tuh konon walaupun. masa pertama, Ustazah ape menda ntah nama dia, tak hengat dah eden. okey okey, cover cun sehabes baek wei! agak agak biar ustazah tuh berkenan terus ambik buat menantu orang gaji baru kat banglo 3 tingkat dia. kononnya bajet baik walaupun masa tuh tudung pun tak pakai gi sekolah. biasalah, budak budak. :D


ustazah nih memang nak menguji keimanan orang betullah. masuk masuk mak aii dah ada kerja. sabar sabar, kena buat muka bajet lagi nih! =.="  ouh bagus, latihan nih aku dah buat kat sekolah lama dulu. sebelum aku pindah Sabah, aku sekolah kat Port Dickson, Negeri Sembilan. fuhh lega, dalam jangka waktu sengkat tuh aku boleh siapkan kerja yang ustazah bagi.


bagus bagus, cerah harapan nak jadi menantu orang gaji ustazah tuh! sambil buat muka poyo bangun jalan mak aii mendabik dada hantar buku tulis kat ustazah. ustazah tuh perasan lah aku budak baru! bagus bagus, makin cerah harapan aku macam nih! ustazah bagi aku beribu ribu lima bintang sebab aku betul semua woo! @.@ kembang hidung aku. mula mula masuk jer dah dapat lima bintang, habislah bintang kat langit tuh pasni kalau ustazah bagi latihan hari hari. 


duduk atas kerusi meja belakang sekali. kesian aku, naya jer kena duk belakang. naseblah jadi budak baru. tengok kiri, kawan baru aku duk sibuk dengan latihan agama dia lagi. pusing kanan, musuh baru aku duk gabra tak boleh boleh lagi nak jawab soalan ustazah bagi tuh. sengallah budak budak sekolah nih, lembap siot buat kerja! dan dengan sengalnya aku main jongkang jongket sorang sorang atas kerusi tuh. 


kerusi yang elok elok empat kaki terus cacat kudung dua kaki dapat kat aku. syiok woo maen benda tuh! tenggelam aku dalam dunia sendiri. haha, dan tanpa disedari kerusi tuh tergelincir macam mana ntah dan gedebuk bunyi mengalahkan nangka busuk jatuh. bukan nangka busuk jatuh, aku yang busuk hati nih hah dah terlentang atas lantai kelas. habis satu kelas pandang belakang nak tengok apa kejadahnya yang jatuh. mak aii, budak baru jatuh woo. ya Allah, aku maluuu gila taim tuh! rasa macam nak bungkus beg terus pindah sekolah lama balek. :'(


CERITA DUA


dua tahun jadi pelajar Sabah, dah familiar dengan cikgu cikgu tambah tambah lagi dengan ustazah kesayangan aku tuh. maklaumlah, dia first cikgu tengok aku terlentang atas lantai kelas. sekarang umur dah 10 tahun. dah start gedik gedik nak masuk acara sana acara sini.


acara sukan tahunan dah start. cikgu dah kecoh cari atlet dalam rumah sukan masing masing. sapa yang suka main kejar kejar dalam kelas naseb koranglah kena paksa dek cikgi jadi atlet acara balapan. baik aku, tak susah nak penat lelah berlari lari macam orang sawan atas trek tuh. masuk perbarisan pun kira okey lah. wei, okey lah tuh! 


tapi kes naya jugak kalau jadi budak perbarisan nih. tak pasal pasal dapat berjemur di bawah terik mentari free free jerk, dengan bunga reben bagai cikgu belit atas badan nih hah. naseb taim tuh bodo kurang cerdik lagi. cikgu buat apa suruh apa pun ikut jer. tak membantah lansung! pelajar mithali lah katakan. mekap nih hah mengalahkan mak joyah mulut murai punya tebal. berat kelopak mata nak angkat eye shadow berkilo kilo cikgu sapu. 


taim duk rehat ramai ramai aku tetiba lak gatal rasa nak terkucil. okey, sasaran utama tandas! mana tandas nih? angkat tangan "cikgu saya nak pergi tandas". hah cikgu dah lepas, lari lari sepantas kilat cepat weii kang terburai dalam seluar bikin panas cerita jer. dah darjah empat pun kau kencing dalam seluar lagi, apa nak jadi! =.="


jumpa abang alif senior handsome pujaan ramai tiba tiba mak aih dia tegur aku lar! perasan sekejap. dah tak hengat dunia taim tuh, tak ingat lansung yang air dalam urinary bladder dah penuh nak melimpah nih. boleh buat muka bajet berenti kejap borak borak dengan abang senior hensem. tiba tiba baru teringat, "takpelah abang alif, nak g toilet jap!" sambil muka dah kemut kemut semacam tak tahan sangat!


toilet toilet! okey, ada toilet. cepat cari toilet bowl kosong takde orang. hah, legaa! :D keluar cepat cuci cuci tangan dekat singki cikgu dah tunggu atas padang. tengah tengah nikmat gonyoh tangan dekat sink sambil duk belek muka mengalahkan opera cina tiba tiba ada orang sebelah tegur.


"eyh, kenapa adek masuk sini?" dan dengan tanpa rasa bersalahnya aku jawab aku nak kencing. tiba tiba baru aku perasan eyh yang tegur aku tuh lelaki lah. lelaki okey bukan macik macik akak akak. naya aku! dengan muka tak tahu malu aku berlari keluar dari toilet tuh pergi padang balek. sampai sana aku duk senyum sorang sorang gelak sorang sorang. semua pelik tengok aku sebab takde sorang pun yang tahu betapa aku maluuu gila tadi. abang alif senior hensem punya pasallah nih! 


hah sekian sahajalah cerita aku untuk contest aku maluuu nih hah. harap harap adalah rezeki aku kan raya raya nih. okey kak Kila, sila nilai karangan budak sekolah saya yerk! :D untuk itu aku nak ajak kawan kawan aku sekali join contest nih. dan yeah kawanku, dialu alukan join contest nih.


cik atintin
amzar
cik lebah



LIKE LAJU - LAJU :)

No comments: