Tajuk nak gah je kan ? Mengalahkan Menteri Belian dan Sukan punya ayat . Hari nih , aku dah hilangkan 100 kg lemak yang tengah berkumpul duk buat pesta dalam badan aku . Terima kasih wahai cikgu sebab dah PAKSA aku join aktiviti merentas desa nih . Punyalah pancit aku rasa , nasib tak pengsan tengah jalan . haha :p
Masa awal - awal pagi tuh , semangat berkobar - kobar gila nak lari mengalahkan peserta olimpik . Kononnya simpan hasrat nak menang . Tapi bila cikgu dah tiup wisel , hampeh sahaja . Berlari macam dah tak makan setahun . -.-
awal pagi .
Rupa - rupanya , bukan sekolah aku jea yang sahut kempen kurangkan kolesterol nih , SMK Zainab 2 pun join sekali . Memang majulah sukan untuk hidup lebih lama lah ! Semangat gila aku tengok budak zainab tuh lari . Aku dengan kawan aku rilex jer duk berlenggang - kangkung tepi jalan . Memang tak best laa merentas desa nih . Semput eden ! Memang lagi bagus aku joging kat TTA laa dari kena berlari macam pelarian macam nih .
Apa - apa pun , aku ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat . Tak rugi pun kita bersenam petang - petang hari . Tak matilah korang kalau peluh yang korang keluarkan tuh banyak sangat .
Sekian , terima kasih . :p
Dah laa , aku nak packing barang untuk camping esok . Sehubungan dengan itu , blog ini akan tidak diupdate selama beberapa hari . haha , bajet jer lebih . Hari Rabu baru aku balik camping . Selamat tinggal Dunia Blogging . T___T
picture of the day :)
No comments:
Post a Comment