Penyokong Setia

11 November 2010

apa itu poyo ?







salam korang.


POYO gila kot kalau tengok pak ustaz couple slash cintan cintun nih. bukan tak boleh pak ustaz aka tok lebai dan apa apa jelah yang seangkatan dengannya layan hal hal jiwang jiwang karat nih, tapi biarlah dengan cara yang lebih Islamic. 


mustahillah kan pak ustaz tak boleh nak layan benda benda nih semua, mereka mereka nih pun manusia sama macam kita. ada hati perasaan ada nafsu juga. tapi biarlah berpada. tak gitu?


nih aku tengok lagaknya dah dua kali lima dengan mat mat motor yang selalu lepak tepi airport tengah tengah malam tuh. sangat tak menunjukkan lansung yang anda tuh orang alim. dulu selalu sangat bagi ceramah dekat aku panjang berjela, bila masuk hal sendiri, apa jadi?


agaknya lah kan, kalau masuk hal hati memang semua manusia jadi sama ker?


bukan niat nak menghina golongan nih, kang kata aku jahil pula. tak terniat lansung. cuma nak menyuarakan ketidakpuasan hati pada orang sekeliling. 


mahu taknya, naik berbulu mata aku tengok aksi loving loving touching touching pak ustaz nih sorang. mula mula dok ingat aku sorang jer yang perasan, rupanya orang sekitar dah mula tumpng sekaki. haih, nak tegur takut aku yang kena sound balik. tapi aku tetap rasa aku di pihak yang betul. aceh (!)


yang tuh hal si teruna. tak masuk bab si dara manis nih lagi. memng sesuai dua dua nih jadian, dua dua hampeh dua dua pun   POYO.


sapa taknak kan balak alim ? tapi dah dapat yang ustaz POYO tuh, janganlah dengan kau pun tumpang memPOYOkan diri. tahulah nak tunjuk perfect kononnya depan balak kau, tapi janganlah sampai semua orang naik menyampah tengok kau. agak agak lah kalau nak cover ayu pun. 


entahlah dunia, memang macam nih lah kot. harap jelah wei dua dua sang pencinta yang terlebih POYO nih ingat diri. best ker jadi POYO? 




contoh cinta islamic kot





minggu nih dah empat hari tak ke sekolah. hari ahad tuh pun nasib ada pesko, kalau tak hagham nak pergi lansung minggu nih. melampau betul paras kemalasan aku kan?







wajah 1Malaysia







LIKE LAJU - LAJU :)

No comments: