Penyokong Setia

05 January 2011

budak bio ke akaun ?

asalammualaikum wbt :)


rajin betul si mek sha nih update blog hari-hari kan ? haha , jarang nih . yelah , selagi masalah pemilihan subjek tuh tak selesai , selagi tuh laa aku nak mengadu kat sini . dan tak lupa juga ribuan jutaan terima kasih kat sapa-sapa yang sudi baca aku merapu tuh eh ! ;) 


ayat mukadimah yeye bajet senang hati . tapi memang pun ! sebab semua ke-pening-an , ke-risau-an , ke-buntu-an dan segala ke-an lagi hampir selesai atau memang dah selesai pun tadi . pasal nak pilih jadah apa nak belajar tuh lah . macam gabra jugak bila ambil keputusan nak pilih benda tuh . 


mula-mula aku beria-ria nak ambil ICT . tapi lepas semalam cikgu kata bio drop sebagai subjek wajib , mulalah nak muntah hijau pening tak tahu nak yang mana . bukan kes rambang mata sebab nak semua , tapi buta mata sebab satu pun tak minat . so semalam lepas fikir sehabis mungkin , minta tolong Allah SWT bagi petunjuk apa semua , pilihlah Biology . 


tapi tak habis lagi cerita aku ! pagi tadi lepas borang dah hantar kat Azim si skandal apa semua , Sir Faris masuk dewan duk promote Prinsip Akaun lah pulek . -,- hadoi mak kau , lagilah makin nak semak otak aku . pendirian dah goyah tahap apa benda entah . Sir kata PA chances nak dapat A lagi tinggi lah , belajar pun tak saket otak banding ngan Bio lah . grrr , rasa macam nak sepak-sepak jer . 


habes bab Sir Faris , cikgu Aminah cikgu yang ajar Prinsip Akaun tuh sendiri datang . lagi kuat dia duk kempen ! aku , Adnin and semua-semua dah macam " betul ker weih aku nak jadi budak Bio nih ? " . macam haram jer kan . lepas cikgu Aminah keluar , Adnin dengan Atilia dah ambil balik borang dorang ngan Azim , tukar pulak nak ambil PA . aku dah o.o


tapi oke lagi masa tuh . sampai lah lepas cikgu Elfaliza dah kira berapa budak Bio , berapa budak RC  , berapa budak PA dan berapa budak ICT . tapi tiba-tiba cikgu cakap yang nak ambil Bio ramai sangat nih . fulled gilak-gilak ! hati aku macam bergerak 250km/s dah . kaunselor dah announced , SAPA VOLUNTEER NAK TUKAR DARI BIO KE APA-APA YANG LAIN ? aku pun macam ouh yes aku nak aku nak ! angkat tangan pergi depan jumpa cikgu cakap " saya nak tukar ke Prinsip Akaun ! " 
dan begitulah seterusnya kawan aku macam nak tak nak percaya aku dah jadi budak akaun sekarang . 


so dengan rasminya pada 5 Januari 2011 aku dah jadi pelajar Prinsip Akaun . sila ingat tarikh dengan jelas ! maka dengan itu , tamatlah cerita saya . sekian , terima kasih , arigato gozaimas ! :D


mek sha budak akaun :O


p/s : aku ambil akaun bukan sebab terpengaruh dengan cikgu atau kawan atau apa . aku cuba sedaya upaya dengar kata hati , dan nilah keputusannya . :) jadi konklusinya , lepas nih kalau nak buat apa-apa keputusan terutamanya yang membabitkan masa depan dan periuk nasi korang , fikir elok-elok and ikut kata hati . 




LIKE LAJU - LAJU :)

6 comments:

AD. said...

same goes to me.
i tak terpengaruh dengan kawan2.
ikut dgn kerelaan hati masing2.
dan yang terpenting :
saya tak terpengaruh dgn mcsha :D

Amal Azraai Azuha said...

cik scha kita dengan yakinnya berdiri di depan dewan tadi..!

suka tengok.

anyway, gud luck in account principale!

sang sepet said...

AD
yelah kan, kalau ikot kawan haram kita nak berjaya . kawan otak lain , kita otak lain . grr walaupun sebenanya dnin xnak pisah ngn mcsha. haha !

AMAL
haha , malu habes jadi orang prtma ubah fikiran . suka eh ? laen kalih boleh buat lgi , hehe.
thanks mal , doakan saya eyh . awk pun , good luck dengan bio tuh . ;)

n!da said...

dua2 xbest. hohhoho

sang sepet said...

hehe, yeke ? hmmm , akaun xstart belaja lagi nh.

awEEN said...

hehe..bace entry ni teringat zaman skolah 'akak'..time SPm amek bio. bile further studi turn off ke akaun...hahaha..lg lawak bile dapat 'kate2 rangsangn" oleh dak akaun SPM.mmg xleh blah...