Penyokong Setia

01 January 2011

jom berkempen !





asalammualaikum kepada sekalian umat Islam dan selamat sejahtera kepada yang non-muslim ;)


tajuk entry nak gah jer, mengalahkan wakil rakyat yang sebelum mengundi tabur janji bergunung-ganang tapi lepas dah menang semua macam haram. oppsss salah topik ! tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. 


tadi aku ikut mama pegi Pantai Timur hypermarket sebab mama nak cari hanger. adik-beradik aku memang favourite dia makan hanger. tiap-tiap bulan beli tapi tak pernah nak cukup. gila ! -_- blablabla aku jumpa mamat jambu nak mampus. :pp


masa kat kaunter, sebelum sampai turn aku nak bayar aku dengar akak cashier tuh macam tengah bagi ceramah free pasal apa benda entah kat makcik depan aku tuh. macam kesian jugak lah tengok makcik tuh bajet muka kesian sebab tak faham kot akak cashier tuh merepek pebende. 


sampai turn aku nak bayar, macam pelik akak tuh tak bagi plastik. heran lah jugak, PT nih kehabesan stok plastik ke apa benda. logik aku nak bimbit semua barang tuh tanpa plastik ? terabur satu-satu jawabnya, nanti dah sampai kat kereta satu haram pun takde yang tinggal dalam tangan. lepas tuh akak tuh cakaplah pasal benda nih.



agaknya akak nih merepek benda yang sama dekat makcik tadi kan. kalau nak plastik jugak, kena bayar dua posen. mama bayar jelah sebab tak sanggup kot nak pegang semua tuh. haha. tapi aku rasa macam tak ngam jer harga plastik tuh dua posen. yelah, mesti semua orang mampu bayar dua posen tuh kan. apa kata kalau sapa nak plastik kena bayar dua ringgit ker, dua puluh hinggit ker, dua ratus ker berapa-berapa yang macam boleh buat orang ramai terfikir " ouh aku kena bawak beg sendiri nih nak isi barang kalau tak kena bayar harga plastik mahal nak mampos blablabla " . barulah kempen tuh berjaya ! akak tuh pun macam hmm tahulah aku -_-

kalau kat negeri luar tuh, contohnya Penang depa apply benda nih dua kali seminggu. Isnin dengan Rabu kalau tak silap lah. tapi depa memang tegas ! maksudnya, tiada kompromi lansung. kalau kau beli barang lepas tuh tak ingat nak bawak beg sendiri, nasib kau memang kena bimbit benda tuh semua ! nak plastik memang takde lah kan. masa tuh aku beli battery kamera atas Queensbay Mall Penang, nasib battery boleh campak dalam handbag jer. kalau aku beli beras ke sabun ke apa yang bersaiz XL, takke naya ?

tapi dekat sini dorang apply hari Sabtu jer rasa. jadi maknanya lepas nih kalau nak shopping hari Sabtu atas PT, kena fikir dua kali. bawak beg sendiri atau tak payah pergi lansung ! :D

apa punya cetek pemikiran aku kan, sepatutnya aku kena bagi sokongan padu sepenuhnya. barulah boleh selamatkan bumi ! kan kan kan ? jadi di sini saya dengan gigihnya menyeru anda di luar sana untuk turut sama menyokong usaha kerajaan untuk menyelamatkan bumi !







LIKE LAJU - LAJU :)

2 comments:

Anonymous said...

tp susa kn xde beg plastik. hehe
pasni kene beli beg kain yg besa2 tu. bole gune balik ^^

Sha said...

a'a, mmg ssah pastu rasa pelik kalau nak bawak beg sendiri time shopping. maybe tak biasa kot. hehe