Penyokong Setia

01 December 2010

SANTAU

tajuk yang agak serius bukan ?
memang serius.


sejak-sejak mama ada kedai nih, aku jadi macam terbiasa dengan hal-hal macam nih.
biasalah kan manusia, mana boleh tengok orang lain lebih dari dia. mesti tak puas hati.
apa salahnya bersaing secara sihat ?
nih tak, siap pergi jumpa TOK MOH bagai aih. buang duit jer.


rezeki setiap orang Allah dah tetapkan.
usaha jelah dengan jalan yang betul, bukan dengan cara nak charas periuk nasi orang lain.


nih cerita aku.
ada hamba Allah nih tak puas hati dengan bisnes mama abah aku, mungkin jeles kot.
dia tak suka tengok mama abah aku lagi senang dari dia.
mula-mula macam tak percaya jugak hamba Allah nih yang buat, sebab dia agak rapat dengan keluarga aku.
tapi manusia nih kan unpredictable, jadi tak mushalillah kot.


mungkin sebab masa tuh otak dia dah jammed terputus kabel mana-mana, dia amek keputusan untuk membomohkan kedai tuh.
yelah, dia hantar barang yang at last buat kedai aku seolah-olah tertutup.
faham tak maksud "seolah-olah tertutup" tuh?
macam nih, bila ada orang lalu depan kedai, dorang nampak kedai tuh tutup walhal open seperti biasanya.
banyak lagilah yang jadi tapi tak perlu mention kot.


ini yang dikatakan santau.
mungkin ada yang tak percaya benda-benda ghaib macam nih.
aku dulu pun agak kureng dengan benda-benda macam nih, tapi bila dah kena atas hidung sendiri, nak kata apa lagi kan?


santau memang wujud dalam masyarakat melayu sejak dari zaman datuk nenek moyang korang lagi.
adalah aku google siket-siket pasal benda nih. teringin nak share dengan semua kot.

santau nih terbahagi kepada dua jenis :


  • santau yang diperbuat daripada bahan-bahan tertentu secara hakiki. tapi santau jenis nih tidak melibatkan peranan syaitan atau jin, jadi ianya agak mudah dirawat.
  • santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan atau jin. dengan kata lain dipanggil santau angin. jadi ianya agak susah untuk dirawat sebab melibatkan syaitan dan jin. 

okey dah jelas pasal jenis-jenis santau nih?
santau nih boleh jugak ditujukan kepada individu. 
contohnya kalau ada mamat nih sangkut ngan sorang minah, sekali minah nih tolak cinta si mamat nih.
mamat nih jenis yang kaki bomoh gitu. terus dia santaukan minah nih kes dah parah frust nonggeng cinta ditolak.
lebih kurang macam tuh lah.


ada santau yang sampai bawa maut kepada mangsa.
mungkin sebab lambat dirawat takpun santau tuh power kot.
tapi kuasa Allah kuasa terhebat bukan?
ikhtiar selagi boleh, berserah padaNya. 


santau nih memang tak boleh rawat cara moden. 
jin-jin setan tuh kebal tak lut dengan mesin-mesin zaman sekarang tuh.


kalau-kalau korang ada tanda-tanda nih, bawak-bawaklah jumpa mana-mana ustaz yang arif dalam hal nih.


  • batuk yang berlarutan. ada yang kena batuk berdarah dan bernanah, dan keluar debu-debu halus seperti serbuk kaca
  • istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih
  • sakit tulang belakang terutamanya time maghrib dan malam jumaat. ada jugak yang makin menjadi sakit time nak masuk waktu solat jumaat
  • sakit dan sesak nafas time maghrib
  • lenguh di seluruh anggota badan
  • kuku jadi hitam dan nafas berbau busuk
  • mimpi terjatuh dari tempat tinggi
  • mimpi pasal barang-barang miang macam miang buluh atau ulat bulu
  • mimpi korang main dengan benda tajam macam pisau
  • mimpi pasal budak kecik contoh korang susukan budak tuh
  • mimpi binatang yang menakutkan macam ular
  • mimpi makan benda kotor contoh bangkai dan babi
  • mimpi pasal paderi kristian, sami buddha takpun mimpi korang pergi dekat tempat-tempat ibadat orang bukan Islam

ada yang macam kena tanda-tanda tuh?
mintak jauh lah semua.


tapi kalau korang pergi kedai yang macam hot spot pasal santau-santau nih, boleh buat benda nih.
nak cek kot-kot sihat walafiat ke tak makanan yang korag order dari benda-benda kotor macam santau nih.
takpun kalau korang pegi rumah sapa-sapa yang diragui keikhlasan hatinya, boleh try lah.


  • tengok dekat permukaan air tuh, ada tak bayang muka cute korang? kalau takde lansung muka korang takpun muka korang nampak pucat or kusam semacam, besar kemungkinan air tuh ada bisa santau.
  • angkat sikit gelas tuh, letak jari korang kat bawah. rasa suhu air tuh. air suam atau air panas yang ada bisa santau akan jadi sejuk kat permukaan bawah. 
  • kalau korang rasa suhu air tuh lain macam, letak balik gelas tuh. gesekkan rambut korang dengan jari telunjuk dan ibu jari. kalau korang tak dengar bunyi gesekan, baik korang angkat kaki blah terus tak payah tunggu. jangan jamah sikit pun air or makanan tuh!

antara kesan-kesan santau :


  • boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t
  • hilang daya ingatan
  • kulit merekah dan keluar air nanah
  • tabiat akan berubah contoh orang yang sebelum nih penyabar akan transform jadi panas baran
  • badan jadi bongkok side effect batuk berpanjangan
  • badan jadi licin sebab habes semua bulu gugur
  • kelopak mata jadi hitam or lebam sebab tidur selalu terganggu
  • boleh terjadinya kanser dan ketumbuhan
  • kalau orang yang kena tuh mengandung, boleh menyebabkan keguguran

macam tuh lebih kurang pasal santau nih.
lepas nih elaklah kalau boleh buat orang tersakit hari or terasa hati dengan kita.
mungkin benda tuh nampak kecik pada kita, tapi bagi orang tuh?
orang kalau dah saket hati macam-macam boleh jadi.
last-last kita jugak yang merana.


ada doa yang dapat menangkis santau nih.
amal baca doa nih tiga kali setiap kali lepas solat, sekali sebelum makan atau minum.









lepas nih berusahalah untuk mengelak dari terkena santau sebab santau nih boleh merosakkan sistem badan. walaupun kita terkena kejap jer, tapi kesan yang ditinggalkan tuh berpanjangan. 
walahualam. 

maklumat tambahan :
amal baca surah 3 kul hari-hari, untuk mengelakkan gangguan kejahatan manusia dan iblis. 
*thanks adnin :) 
LIKE LAJU - LAJU :)

2 comments:

adnin said...

harap2 awk bsabarlah ek dgn sgala dugaan ni.
oh,nota tambahan:
amalkan 3 kul dalam seharian hidup kita utk mngelakkan dpd gangguan kejahatan manusia dan iblis.

Sha said...

thanks ad for the support. :D
ouh xie xie utk mklumat tmbhan.