Penyokong Setia

29 December 2010

perempuan sebelah rumah







asalammualaikum, holla ! ;)


sekolah dah nak bukak. maknanya ?
maknanya otak akan kembali beroperasi seperti sediakala, berputar ligat dan bergerak dengan penuh padunya. tapi dapatkah semua itu dilaksanakan sedangkan otak aku dah sepenuhnya berkarat sekarang ? 


cuba rewind balek apa yang dah aku buat sepanjang cuti sekolah atau lebih tepatnya selepas peperiksaan menengah rendah melabuhkan tirainya pada 11 Oktober 2010.


berjaga sampai pukul dua tiga pagi mengadap laptop layan youtube tengok korea online sampai tak engat dunia.


membazir eletrik rumah bukak tv layan NCIS CSI BONES CONAN dan sebagainya.


lepak kat kedai tengok manusia sekeliling buat kerja. yang penting aku tak tolong lansung !


ada banyak lagi benda nak senarai tapi aku tak rasa lansung macam nak list kat sini. nanti mesti korang boring nak baca benda takde faedah macam tuh kan. lagipun tak baek bukak aib sendiri. simpan sorang sudah ! :p


ouh yaa, bila cakap pasal cuti sekolah dah nak habes, tiba-tiba rasa macam tak boleh nak bayang keadaan Ahad depan. sekolah aku bukak Ahad lah sebab aku budak Kelate, bukan Kolumpo. mesti semua macam awkward gila entah apa-apa macam tuh kan. perlu ke rasa macam tuh ?


semua mesti nampak suci dengan baju putih tudung putih kasut putih baru. bau kedai pun ada lagi tak tanggal. yang pentingnya aneh bila tengok warga biru maksudnya para PENGAWAS terutamanya perempuan bertudung labuh tidak seperti kebiasaannya. biasalah, tiap kali awal tahun semua gabra nak pakai tudung labuh lah apa lah. bila dah nak habis sekolah semua hampeh jer. hangat-hangat najis itik betul ! tuh sekolah yang kononnya nak menandingi kelabuhan tudung budak sekolah agama. adakah aku akan disaman sebab tulis macam nih ? T___T


bercakap lagi pasal tahun depan, aku totally dalam dilema ! tak sanggup nak bayang betapa akan huru-haranya hidup aku tahun depan dengan subjek pure science yang boleh bikin otak aku gugur sekeping-sekeping. kena upah personal tutor ajar aku semua subjek mencabar keimanan nih . tak boleh nak main-main tak boleh nak berangan tangguh-tangguh buat homework . 


kononnya lah kan hari nih semangat gila tanam azam, esok lusa semua layu sebelum bercambah.


tajuk dengan isi entry memang takde kaitan lansung. malam nih bola kan ? skuad Malaysia terutama Abe Mi, buat sehabes baek ! bantai depa habes-habes ! redah jer laser ker ape ker peduli ape. :D 










notakaki : taste aku macam dah laen sikit sekarang. macam terjebak minat layan cerita-cerita investigation. kalau aku kata aku nak jadi pegawai forensik oke tak ? haha



*aku google gambar pegawai forensik tapi keluar yang nih






Al-Fatihah untuk arwah Aminul Rasyid. arwah sebaya aku. -_-





LIKE LAJU - LAJU :)

2 comments:

Amalia Izzati said...

u pkai tdung labuh ke next year? wewit. hehe.

Sha said...

not so labuh lah. agak2 lepas paras "labuh" tuh kot. haha :p