Penyokong Setia

08 December 2010

azam yang suci

blogger lain sibuk duk kepoh pasal tahun baru azam baru semua-semua tuh kan.
gila tak jeles baca entry dorang?
aku pun semestinya nak jugak lah kan.
memang pen-jeles nombor satu aku nih kan?
semangat jeles tidak patut ada sama sekali dalam diri setiap blogger -.-"


sebelum nak masuk semua-semua tuh, 
nak playback azam-azam tahun 1431 Hijrah yang lepas.


nak dapat staraight A's PMR 2010.
bab nh tak tahu lagi akan tercapai atau tidak azam yang satu nh hah. tunggulah sampai 28 disember yang berbaki hanya beberapa hari lagi. tolong lah doa-doakan SHA dapat straight A's yer. mak aih, manusia-manusia yang lahir tahun satu sembilan sembilan lima mesti tengah dup dap dup dap sekarang nih. rasa macam nak rosakkan semua jam dalam dunia nih, kononnya kalau buat macam tuh masa boleh berhenti lah kan. &*%#@ kan?


ada lagi beberapa azam lain yang dah tak hengat. rasa ada sesetengah yang dah tertunai kot. haha, awal tahun dulu semangat konon buat azam baru bagai tapi dua tiga bulan lepas tuh semua terbang melayang tak tahu ke mana. macam tuh lah manusia kan, selalu sangat hangat-hangat najis ayam. nasib azam nak dapat A banyak-banyak dalam PMR tuh eden tak lupa.


jadi nak buat azam untuk tahun 1432 Hijrah nih pulak. harap dua tiga bulan lepas nih aku ingat lagi pasal azam-azam nih semua. 


NAK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
biasalah budak sekolah, benda nih mesti ada dalam list azam tahun baru tiap-tiap tahun. tapi buat tak? haha terpulang pada individu lah tuh kan. tapi rasa macam aku dah tak boleh pandang enteng benda-benda macam nih start tahun depan. yelah, tahun depan dah masuk Form 4. subjek semua tak familiar, dah lah kena jawab dalam bentuk subjektif semua. jadi selamat datang dalam hidup budak sepet kepada BIO, PHYSICS, CHEMISTRY, ADD MATHS dan mungkin juga subjek IT ! 


NAK JADI ANAK SOLEHAH
biasalah hidup sebagai seorang anak, yang nih wajib tiap tahun. rasa macam tahun 1431 Hijrah tuh hamgham jer perangai. stress lah konon nak exam apa semua, tanggungjawab sebagai seorang anak diabaikan dengan sewenang-wenangnya. banyak sangat khilaf dengan kedua mama abah, alhamdullilah masih diberi peluang untuk nak tebus semua.


NAK JADI PENGAWAS YANG MENGAWASI BUKAN DIAWASI
haha, azam yang nih lucu kot. bilamana semua kawan-kawan pengawas aku yang lain sibuk duk type surat letak jawatan, aku pulak sibuk simpan azam nak jadi pengawas berwibawa. kononnya lah tuh kan, tahun depan perangai sama jer jugak. insyaAllah dah tak. *bangga chegu Minoh ada pengawas macam aku ;))


NAK JADI KAWAN YANG SETIA
maksudnya sebelum nih aku bukan kawan yang baik, bukan kawan yang setia? memang, memang aku bukan kawan yang layak dipanggil "KAWAN SEJATI". aku pun manusia, bukan malaikat. kadang-kadang ada jugak terasa hati dengan perangai kawan-kawan aku, so mulalah nak buat dosa kering berbakul-bakul. yang tuh cerita tahun lepas, tutup buku lama bukak buku baru. 


NAK BUANG MULUT
hah, gila ke nak buang mulut? dah tuh nanti macam mana nak makan nak minum nak bercakap nak mengumpat nak mengata ? nak buang mulut maksud aku nak kurangkan bercakap tapi banyakkan berfikir. boleh kan macam tuh? yang tak kenal aku memang tak tahu berapa banyak mulut aku ada. sebab tuh nak buang biar tinggal satu sahaja. ;)




itu sahaja rasanya azam untuk tahun baru nih. kalau ada lagi pun biar aku dan Siti saja yang tahu. Siti? siapa Siti? ouh, itu nama diary aku. haha, bajet beli diary bagai tulisnya hagham. homework pun malas nak buat, nih ada hati nak menulis diary. dan mungkin tahun depan aktiviti membuang masa di depan laptop akan dikurangkan. 




notakaki : insyaAllah kalau dapat result baek punye, nak ke mrsm. berbulu telinga dengar abang aku yang sorang tuh paksa pergi sana. mama pun backup jer dia. nasib badan. kalau tak ada rezeki nak ke sana, akan stay smip jelah kot sampai habes Form 5. haha, skema gila ayat. 








tahniah buat skuad Malaysia yang mengbenamkan Laos 5-1 semalam. 
*rasa macam dah terjatuh chenta dengan abang sepet di atas :p


















LIKE LAJU - LAJU :)

2 comments:

adnin said...

"NAK JADI PENGAWAS YANG MENGAWASI BUKAN DIAWASI"

I ♥ this one :) pssst,ada spotcheck gtau sy naaa !

Sha said...

haha, nnti cheq habaq ;)