Penyokong Setia

13 June 2011

Once upon a time

Asalammualaikum wbt (:


Hai ppl , amacam hari korang hari ni ? Hari ni merupakan hari yang kurang baik bagi aku sebab hari ni hari first sekolah selepas cuti dua minggu + satu hari di mana sebelum cuti aku ada exam pertengahan tahun . Tak faham maksud aku ? Maksudnya , hari nih dah dapat results exam atau keputusan peperiksaan dalam Bahasa Melayunya :D 


Dan yee , result aku jatuh merudum menyembah bumi kalau nak banding dengan yang awal tahun . Rasa macam dah nak berhenti sekolah duduk rumah tolong mak masak T___T *pemikiran sempit sesetengah rakyat negara kita 


Oke dah malas nak cerita pasal result . Nanti air mata aku keluar lagi :') Tadi masa BM cikgu tak masuk . Faham - faham jelah kan kalau dah cikgu tak masuk tuh kitaorang buat apa . Cuti lama sangat , betimbun cerita nak kongsi dengan kawan . haha XD Aku , Atilia dengan Fatiha sempat mengimbau kenangan lalu start dari kami form one . 




BACK TO 2008 ......


Berbekalkan result UPSR yang boleh tahan tuh , aku diterima masuk ke SMK Ismail Petra . Ingat nak masuk kelas aliran biasa , apa kau sekali kena letak dalam kelas Arab . Aku budak Arab dulu taww . hehe :P Orang lain masuk sekolah tuh ada teman budak satu sekolah rendah dia , aku sorang jea masa tuh . Punya laa main susah nak cari kawan baru . Errr -.-"


Tapi lepas tuh , aku kamcing dengan Raiha . Dia baik . Ramai tak percaya aku baru kenal dia , sebab kami nampak macam kamcing dah bertahun - tahun . Tapi sayang . Dia tak lama dalam sekolah tuh . Dia pindah sekolah dekat rumah dia , dia kata tak tahan duduk asrama . Oke aku sedih T__T Dah lah lepas Raiha pindah , habis semua kawan aku menyusul keluar pergi MRSM . Errr cuak aku nak cari kawan baru . 


Dalam kelas memang laa ramai budak perempuan tapi aku bukan satu kepala dengan dorang tuh . Yelaa , dorang dah cap aku nh GILA KUASA . errr apa daa budak nh . Sampai laa ada budak baru masuk . Nur Fatiha bt Mat Othman nama dia . Alhamdullilah , aku rapat dengan dia sampai hari nih . Dekat nak hujung tahun , dah start aku baik dengan Nur Atilia bt Md Sahibudin . (:


2009


Naik form two , kitaorang tubuh geng . HAHA , geng laa sangat tuh kan . Zaman budak baru nak start jadi remaja , macam nh laa . Bila ingat balik -.-" errr . We called it GDB . Oke , GDB stand for Geng Di Boikot . Kau tengok ? Nama geng pun dah err apatah lagi err errr errr betul lah kami nh dulu . Ada lima ahli semua nya . Aku , Fatiha , Atilia , Thaqifah and Asiha . 



hehe , ada lagi rupanya gambar nh :D Asiha tuh susah gila nak bergambar . Silap hari bulan dia suruh aku delete gambar nh nanti . Masa nh memang kamcing gila babas walaupun selalu gaduh tapi adatlah tuh kan . Lepas gaduh mesti makin rapat :')

2010

Masa nh , umur semua dah 15 . PMR punya year laa tuh . Tapi tahun nh , tinggal kami empat orang . Asiha macam dah tak rapat sangat sebab hujung tahun 2009 , ada benda jadi . Dan aku tak rasa nak tulis pasal benda sedih tuh . Jadi kami empat orang jelah ada dalam GDB . Masa tuh GDB tak terkubur kot , sebab empat nh dah taknak guna nama tuh . haha 



Result PMR keluar . Masing-masing boleh tahan lah . Atilia dengan Thaqifah dapat 8A's tapi aku dengan Fatiha 7A's jea . Tapi still Alhamdullilah kan (:

2011

Awal tahun semua pening fikir nak ambil aliran apa . Bio , Akaun , RC atau IT ? Mula - mula kami empat orang nak ambil benda sama , Bio . Tapi bila fikir-fikir balik , kebolehan kami tak sama so takkan nak ambil aliran sama ? Jadi keputusan terakhir , Thaqifah dengan Fatiha pilih Bio , aku dengan Atilia pilih Akaun . 

Fatiha dengan Thaqifah walaupun aliran sama tapi kelas lain-lain . Aku dengan Atilia maintain sekelas . hehe :D awal tahun still rapat . Tiap kali rehat mesti nak makan sekali , lepak masa balik pun sekali . Kira tak sekelas pun masih kamcing laa . 


time birthday Atilia (:

Tapi semua tuh masa dua tiga bulan pertama tahun nh jea . Lepas tuh , kitaorang dah tak rapat sangat . Terutama dengan Thaqifah . Aku rasa Thaqifah lain sekarang , dia dah tak macam kawan baik aku dulu . Errrr , apa mungkin dah hilang rasa BFF tuh dari dalam diri dia ? Aku tak tahu dan aku rasa aku taknak cuba ambil tahu . Aku takut kenyataan dia nanti makin memeritkan hati aku , Atilia , Fatiha T___T




Nurul Thaqifah Mohd Nooh , saya rindu awak yang dulu . Fatiha , Atilia pun rindu awak jugak . Bila awak yang dulu nak balik ? :'(


Oke laa , dah tak larat aku nak layan perasaan nh . Makin dikenang , makin sakit hati aku . Bye ppl 



If someone loves you , they won't judge you . They'll see that you're beautiful just the way you are (: 






LIKE LAJU - LAJU :)

2 comments:

say to easy=) said...

nak tau kwn yg sebetul2nye ambik brt pasal kite,igt nie 'kwn yg susah n senang sentiasa bersama' :)
oh ye nape nama group adik mcm GBS daaa..hehe

Sha said...

insyaAllah prinsip tuh akan sentiasa dipegang (:
hehe , zaman budak2 kak , sbb tuh nama group pun dah macam GBS :D