Penyokong Setia

27 February 2011

satu orang ulat bulu

Asalammualaikum wbt :)




" ulat bulu dah naek daun ! "




Sangatlah tak boleh blah punya mamat . Oke damn , bukan aku nak mengaku diri aku nih jahat dengan mengambil tindakan memboikot budak baru kelas aku . Tapi kalau dah perangai tuh kurang memuaskan hati , tak boleh dibiarkan begitu sahaja bukan ? Tapi aku kena tegur dia dulu kot , lepas tuh kalau dia tak dengar baru boleh boikot - memboikot . Kan ?


Dia memang sangat ulat bulu ! Terlebih miang lebih kurang macam tuh laa . Kalau dia nih nak mengurat perempuan , dia hanya akan meng-ulat bulu-kan diri dia tuh dekat perempuan yang dia dah aim . Masalahnya sekarang nih , dia nih menggatal dengan semua perempuan dalam kelas aku ! Duh , habes budak perempuan kelas akaun kena gangguan mental dek kerana si mamat nih . Biarlah namanya dirahsiakan , tak baek buka aib orang mama cakap ! :D


Aku cerita dekat mama , mama boleh bantai marah aku pula . Dia cakap mungkin tuh salah satu cara mamat tuh nak bergaul dengan rakan - rakan baru . Kalau tuh laa cara dia bergaul , memang silap laa wei ! -.- Nak bergaul ke nama dia bila budak baru tuh pergi dekat tempat kau bajet macam dah kamcing gila bertahun - tahun , dengan senang lenangnya lepak dekat meja kau , gegar - gegar meja kau sampai kau tulis BIJAK dah jadi BODOH ? Macam tuh kea cara bergaul ? Confius aku confius ! 


Haa dah , lagi banyak aku tulis lagi banyak dosa aku dapat . Esok dah malas aku tengok muka si ulat bulu tuh . Homework Sejarah dengan Chemistry dari tadi lagi duk melambai minta disiapkan . Oke chou , Bye ! T__T




teruknya perasaan ketidakpuasan hati aku ! -.-




LIKE LAJU - LAJU :)

26 February 2011

Keluar peluh lagi

Asalammualaikum wbt :)


Sebelum aku start nak mencarut , meh cikidaut Belog Amal Azraai . Dia baru update tuh . Fresh dari KUPSIS . Macam mana laa keadaan kawan - kawan aku semua yang dah berhijrah ke MARA atau SBP tuh . Sumpah rindu nak mati kat korang - korang semua . Cepat balik semua ! :D


Okey dah . Hari nih aku dengan kawan - kawan sekelas pergi buat aktiviti keluar peluh dekat Dewan Badminton Tengku Anis . Kalau dah pergi dewan badminton tuh , faham - faham jelah kan nak main apa . Takkan kau nak ajak kawan kau main lumba lari berpagar pula kot dalam tuh ? Memang tak lah kan . haha


Aku yang memang sejak azali lagi dilahirkan tangan bangku tak pandai main badminton hanya duduk di bangku penonton melihat aksi mereka - mereka yang mengalahkan Lee Chong Wei duk pukul angin tak kena - kena shuttle cork tuh . haha , aku tipu ! :p Kawan - kawan aku memang terror badminton . Dah semua wakil sekolah badminton , aku wakil sekolah tukang boo jea . Memang tak boleh lawan laa kan . Tapi terima kasih laa kat Azim yang dah sudi ajar aku si tangan bangku nih sampai terror siket . Siket jea , dorang terror banyak ! -.-


Lepas dah gigih berusaha mengeluarkan peluh demi menyahut seruan kerajaan melahirkan rakyat sihat tubuh badan , kitaorang lepak rumah Asiha pula . Memang hari nih hari merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan sekelas laa . Jadi , aktiviti sedemikian rupa wajar dilakukan lagi dan lagi . Boring lepak rumah Asiha , semua gerak ke rumah aku pula . Oke masa nih malu gila . Aku kena buat air dan faham - faham sahajalah apa yang terjadi . Aku buat air tawar gila . Haish , maaf lelaki - lelaki di luar sana , kalau rasa nak kawen dengan aku , baik lupakan . Nanti mati kehausan korang semua . >.< hehe


Gambar yang hari nih takde laa . Semua macam berusaha sehabis baek nak menang sampai lupa buka kamera tayang muka . Oke dah , aku nak siapkan homework kimia pula . Susah betul kalau tinggal sekolah seminggu straight nih , rasa macam jammed otak aku tak boleh nak fikir . Chou korang ! :)







LIKE LAJU - LAJU :)

25 February 2011

Awak dan Awak

Asalammualaikum wbt :)


Saya gembira , saya senang tengok awak dan awak dah jadi ehem ehem sekarang . Memang ! Memang dulu saya ada jatuh hati dengan awak wahai lelaki . Tapi dulu ! Bila saya dapat tahu awak dan awak dah jadi ehem ehem , saya terus cuba nak lupa semua yang pernah saya rasa dulu . 


Okey , semua yang baca ayat aku mesti rasa macam " eleh minah nh , dalam blog boleh laa dia tulis bajet dia tuh baek sangat . Kat luar apa benda tak keluar , habes semua sumpah seranah ! " Terpulang lah tuh , nak kata apa sekalipun . Yang penting , memang tuh yang aku tengah buat sekarang . Cuba terima keadaan dengan sebesar - besar hati .


Saya nak awak dan awak tahu , saya takkan ganggu hubungan awak dan awak . Saya takkan terhegeh - hegeh dengan awak dan awak . Cuma saya nak sangat , awak dan awak nak kawan lagi dengan saya . Saya harap , kita masih kawan macam dulu walaupun awak lelaki , tahu yang saya pernah ada hati dengan awak . 


Kes ada hati ker , taruh perasaan ker , tuh semua cerita dulu . Lepas saya tahu awak dan awak dah jadi ehem ehem , saya tarik diri dengan rela hati . Bertepuk sebelah tangan takkan pernah berbunyi kan ? 


Lepas nih , kita masih kawan macam biasa . Anggap yang saya pernah ada hati dengan awak lelaki tak pernah jadi . Anggaplah macam awak tak pernah tahu . Jangan rosakkan hubungan kita sebagai kawan . Terima kasih awak dan awak ! :)








Saya tak pernah simpan dendam . 





LIKE LAJU - LAJU :)