Penyokong Setia

31 October 2010

lata tembakah







sambil menunggu Kak Da bergayut dengan abang askar mana entah,
aku nak update blog kejap yer. :D


mata macam dah ada batu 10 tan berat gila minta nak landing ngam ngam atas tilam empuk, tapi semangat nak meng-up-date sangatlah tinggi setinggi gunung kinabalu. sangat mengarut ayat saya.


tak tahu dah kot nak bukak kdai kopi pasal apa hari nih, so nak terus masuk point.


pagi tadi sampailah ke petang kami kami lepak kat Lata Tembakah.






wel-comey guys!


jom survey suasana sekitar. chantek siot wa cakap lu.



lepas nih boleh datang rehat kat sini yer ;)


tadi aku kata aku pi lepak dengan kami kami kan? hah, nih nak introduce kami kami yang join sekaki dua dengan kami satu family. 




anak anak pungut angkat mama pun mengada aih nak ikot


lepas dah puas berendam bagai nak rak dalam air sampai biru kuku kuku, siap bershampoo bagai dalam air terjun tuh, aktiviti makan bermula sampai ada yang sendat perut tak boleh bergerak sebab musabab dah ter-overload muatan. 


gagah perkasa lah tuh? lepas makan terus sendat perut. mulut non-stop bercakap. atuk atuk (!)


selesai bab makan makan, minum minum, suka suka, gelak gelak, usik usik, kacau kacau, gaduh gaduh, feeling feeling, cintan cintun etc etc etc, boleh balik dah lah tuh kan. agak teringin sangat nak jadi penunggu Lata Tembakah tuh, boleh lah kot stay buat selama selamanya kat situ.


packing, balik jom!

barisan jejaka perasan se-Malaya


lepas dah selesai urusan dengan Lata Tembakah, ada lagi yang ajak gerak gi pantai. mak aih, memang tak puas main air la hangpa nih ! abah on jer, so destinasi seterusnya is Pantai Bukit Kluang, Jerteh.





tujuan utama ke pantai lebih kepada nak bergambar semata kot. bagai nak rak aku jadi photografer tak bertauliah hari nih.
gambar banyak gila lagi tapi malas kot nak tunggu, kalau nak tengok dalam FB yer kawans.




notakukukaki : ouh ya, tengok final Piala Malaysia tadi? rugi kalau tak tengok, sebab Kelate menei wei! separuh masa pertama aku tengok sekerat jer, taim nih Kelantan main sangat haprak. lepas separuh masa kedua Hai-O buat gol, terus terbeliak biji mata aku luas balik nak tengok bola. syukur menang juga 2-1 walaupun aku target Kelantan boleh tibai Nogori Sembilan 3-0 tadi. nasib menang, kalau tak sia sia jer penyokong Kelantan yang turun ke Bukit Jalil walaupun tengok depan tv lagi syiok. nak runtuh rumah dengar kami anak beranak duk menyorak, menyumpah memaki hamun tengok bola.











LIKE LAJU - LAJU :)

30 October 2010

malang hari ni

tutup muka cepat, malu gila rasa nak post benda nih. 


*sepatutnya entry nih aku kena tekan butang publish dua hari yang lepas lagi, tapi disebabkan kesibukan aku haha tipu jer jadi lambat banyaklah aku post benda nih. nasib malam nih mata ada keupayaan nak celik lagi.


tadi sampai lewat gila ke jamuan akhir tahun tingkatan tiga, abah datang jemput lambat sangat. kesian sahabatku AMIN KAMARUDIN yang tiba tiba kena jadi mc untuk hari nih tanpa sebarang teks hanya untuk ganti tempat aku yang jadi orang last sampai dalam majlis tuh. malu okey =.="


dah taknak cerita dah kot pasal jamuan tuh, malu gila. untuk penutup cikgu kerah juga aku naik, cikgu cikgu lain dah tengok semacam jer. sabar jelah wei, huh (!)


lepas makan, snap sana sini segala, aktiviti merosakkan tapak wedges masing masing bermula. dah alang alang duduk tengah bandar tuh kan. berderat tak ingat dunia lah kita. dari satu kedai ke satu kedai. membelinya tak jugak. 


dari Juita Inn, menapak ke kawasan sekitar. banyak sangat kot benda yang budak budak nih nak beli, sampai hampir setiap kedai dekat Kota Bharu TER-paksa dan DI-paksa masuk. mulut masing masing tak payah tanyalah, bising memanjang duk merepek kata panaslah, letihlah, sakit kakilah, etc etc etc.


dah agak panas sangat cuaca kat luar, kami budak budak shop-a-holic ambil keputusan meronda atas Parkson pula. sejuk sikit kot naik atas tuh, haha sangap. dari tingkat bawah sampai tingkat atas jelajah. sebenarnya tak tahu pun nak cari apa naik atas tuh, saja jer nak kasi peluh kering dulu baru start round kedai luar balik.


dengan tidak sengajanya Thaqifah TER-serempak dengan kawan lamanya, Mejja. ouh Mejja, aku kenal dia. blogger jugak. nah amik link blog dia, pergi up-kan traffic blog dia. haha http://mejjaproduction.blogspot.com/


turun Parkson round kedai baju pulak. mak aih, budak budak nih tersangat hypershopping. ada ker perkataan tuh? haha. redah jer.


jalan sana jalan sini sampai lah kaki dah berdarah, okey bab nih aku tipu jer. last stop dekat kedai makan of course. tekak dah kering kontang minta siram dengan milo beng. :D


jadi konklusinya hari nih, habis lah juga beberapa keping not lima puluh hengget. pokai aku lepas nih. :'(


notakaki : atilia sahabatku, sabar yer. saya doakan awak cepat sihat. frust sikit awak tak boleh join lawatan tuh, tapi kesihatan awak lagi penting rite? duduk rumah jaga diri baik baik, ubat jangan lupa makan (!) nanti saya balik bawa ole ole. :D  *ayat mengalahkan nak tinggal wasiat berjuta juta kot.


mengalahkan esei aku punya cerita. jom layan benda bergambar pulak . 




rakus nak mampos Daten Adnin makan


bangga kot dapat snap dengan mak Daten sorang nih :p


Teacher Zohra is merepek about trip to UTARA :)


model murahan kedai kasut (.)


aisey, macam nih pun ada?

:-*

aku suka cahaya lampu tempat nih


kaintualamandi


macam dah malas gila nih nak nunggu berjam jam upload gambar. kalau teringin nak tengok lagi, sila ke account FB saya yer :)






LIKE LAJU - LAJU :)

27 October 2010

webcam dengan encik adnin :D





adnin, tak ter-captured patrick saya . 









LIKE LAJU - LAJU :)