Penyokong Setia

13 June 2011

Once upon a time

Asalammualaikum wbt (:


Hai ppl , amacam hari korang hari ni ? Hari ni merupakan hari yang kurang baik bagi aku sebab hari ni hari first sekolah selepas cuti dua minggu + satu hari di mana sebelum cuti aku ada exam pertengahan tahun . Tak faham maksud aku ? Maksudnya , hari nih dah dapat results exam atau keputusan peperiksaan dalam Bahasa Melayunya :D 


Dan yee , result aku jatuh merudum menyembah bumi kalau nak banding dengan yang awal tahun . Rasa macam dah nak berhenti sekolah duduk rumah tolong mak masak T___T *pemikiran sempit sesetengah rakyat negara kita 


Oke dah malas nak cerita pasal result . Nanti air mata aku keluar lagi :') Tadi masa BM cikgu tak masuk . Faham - faham jelah kan kalau dah cikgu tak masuk tuh kitaorang buat apa . Cuti lama sangat , betimbun cerita nak kongsi dengan kawan . haha XD Aku , Atilia dengan Fatiha sempat mengimbau kenangan lalu start dari kami form one . 




BACK TO 2008 ......


Berbekalkan result UPSR yang boleh tahan tuh , aku diterima masuk ke SMK Ismail Petra . Ingat nak masuk kelas aliran biasa , apa kau sekali kena letak dalam kelas Arab . Aku budak Arab dulu taww . hehe :P Orang lain masuk sekolah tuh ada teman budak satu sekolah rendah dia , aku sorang jea masa tuh . Punya laa main susah nak cari kawan baru . Errr -.-"


Tapi lepas tuh , aku kamcing dengan Raiha . Dia baik . Ramai tak percaya aku baru kenal dia , sebab kami nampak macam kamcing dah bertahun - tahun . Tapi sayang . Dia tak lama dalam sekolah tuh . Dia pindah sekolah dekat rumah dia , dia kata tak tahan duduk asrama . Oke aku sedih T__T Dah lah lepas Raiha pindah , habis semua kawan aku menyusul keluar pergi MRSM . Errr cuak aku nak cari kawan baru . 


Dalam kelas memang laa ramai budak perempuan tapi aku bukan satu kepala dengan dorang tuh . Yelaa , dorang dah cap aku nh GILA KUASA . errr apa daa budak nh . Sampai laa ada budak baru masuk . Nur Fatiha bt Mat Othman nama dia . Alhamdullilah , aku rapat dengan dia sampai hari nih . Dekat nak hujung tahun , dah start aku baik dengan Nur Atilia bt Md Sahibudin . (:


2009


Naik form two , kitaorang tubuh geng . HAHA , geng laa sangat tuh kan . Zaman budak baru nak start jadi remaja , macam nh laa . Bila ingat balik -.-" errr . We called it GDB . Oke , GDB stand for Geng Di Boikot . Kau tengok ? Nama geng pun dah err apatah lagi err errr errr betul lah kami nh dulu . Ada lima ahli semua nya . Aku , Fatiha , Atilia , Thaqifah and Asiha . 



hehe , ada lagi rupanya gambar nh :D Asiha tuh susah gila nak bergambar . Silap hari bulan dia suruh aku delete gambar nh nanti . Masa nh memang kamcing gila babas walaupun selalu gaduh tapi adatlah tuh kan . Lepas gaduh mesti makin rapat :')

2010

Masa nh , umur semua dah 15 . PMR punya year laa tuh . Tapi tahun nh , tinggal kami empat orang . Asiha macam dah tak rapat sangat sebab hujung tahun 2009 , ada benda jadi . Dan aku tak rasa nak tulis pasal benda sedih tuh . Jadi kami empat orang jelah ada dalam GDB . Masa tuh GDB tak terkubur kot , sebab empat nh dah taknak guna nama tuh . haha 



Result PMR keluar . Masing-masing boleh tahan lah . Atilia dengan Thaqifah dapat 8A's tapi aku dengan Fatiha 7A's jea . Tapi still Alhamdullilah kan (:

2011

Awal tahun semua pening fikir nak ambil aliran apa . Bio , Akaun , RC atau IT ? Mula - mula kami empat orang nak ambil benda sama , Bio . Tapi bila fikir-fikir balik , kebolehan kami tak sama so takkan nak ambil aliran sama ? Jadi keputusan terakhir , Thaqifah dengan Fatiha pilih Bio , aku dengan Atilia pilih Akaun . 

Fatiha dengan Thaqifah walaupun aliran sama tapi kelas lain-lain . Aku dengan Atilia maintain sekelas . hehe :D awal tahun still rapat . Tiap kali rehat mesti nak makan sekali , lepak masa balik pun sekali . Kira tak sekelas pun masih kamcing laa . 


time birthday Atilia (:

Tapi semua tuh masa dua tiga bulan pertama tahun nh jea . Lepas tuh , kitaorang dah tak rapat sangat . Terutama dengan Thaqifah . Aku rasa Thaqifah lain sekarang , dia dah tak macam kawan baik aku dulu . Errrr , apa mungkin dah hilang rasa BFF tuh dari dalam diri dia ? Aku tak tahu dan aku rasa aku taknak cuba ambil tahu . Aku takut kenyataan dia nanti makin memeritkan hati aku , Atilia , Fatiha T___T




Nurul Thaqifah Mohd Nooh , saya rindu awak yang dulu . Fatiha , Atilia pun rindu awak jugak . Bila awak yang dulu nak balik ? :'(


Oke laa , dah tak larat aku nak layan perasaan nh . Makin dikenang , makin sakit hati aku . Bye ppl 



If someone loves you , they won't judge you . They'll see that you're beautiful just the way you are (: 






LIKE LAJU - LAJU :)

12 June 2011

Cerita bola semalam

Asalammualaikum wbt (: 


Oke , macam tak tahu aku nak update pasal apa kan . Semestinya lah pasal bola semalam . haha . Teka aku sokong mana ? Kalau tengok dalam ic , memang aku warganegeri Terengganu . Tapi aku menetap dekat Kelantan sekarang nh . Kira aku boleh sokong dua - dua lah kan . haha , dasar lalang aku nh ! -.-"


Sebelum tuh , TAHNIAH LAH KEPADA TERENGGANU SEBAB DAH DAPAT JULANG PIALA SEMALAM (:


Oke , sebenarnya memang aku sokong Kelantan . Tapi lepas tengok DaudSu menjaring gol sendiri , aku terus rasa T___T tapi tak boleh lah nak salahkan DaudSu seratus peratus . Try korang yang duduk tempat dia semalam , macam - macam benda korang akan rasa . Berdebar , risau , takut , semua ada . Dia dah try sehabis baik yang dia boleh semalam . Chillax laa semua :D


Nih aku dengar siap ada page dalam FB kutuk DaudSu lagi . Oke malas nak link . Kalau rasa nak tahu sangat pergi cari sendiri . Dah lah tuh , kesian dia :) haha tetiba aku baik . Dalam twitter semalam lagi best . Kecoh penyokong Kelantan dengan Terengganu duk tunggu gol . 


Tapi aku sangat bersyukur sebab walaupun takde rezeki Kelantan nak menang semalam , cuti hari nih tak ditarik balik . heeee :D So aku masih lagi cuti hari nih . Dan sekarang aku tengah pulun siapkan homework addmath aku >.< 


Oke ppl , gtg . Toodless (: 






Don't stress over anything that you can't change. (;

LIKE LAJU - LAJU :)

08 June 2011

WORDLESS WEDNESDAY , haha (:

Asalammualaikum wbt :D


Sekarang nih jarang betul blog nh ada entry baru kan ? Dah tak bersemangat macam dulu dah nak update entry baru . Musim lack of idea sedang melanda . Eeee tak fahamlah aku -..- Ce korang belek template blog nh ,( tak payah belek pun takpe sebenarnya cukuplah setakat korang jeling sebelah mata ) memang menyakitkan mata betul . Kalau blog nh sejenis objek yang boleh dibakar , memang dah lama arwah laa . T__T


Oke dah , tak tahu kenapa tapi intro aku macam dalam mood sedih . HAHA . Hari nih hari rabu , ramai benoo blogger duk layan WORDLESS WEDNESDAY . Aku rasa macam nak tumpang sekaki jugak , tapi bila ingat balik dekat seminggu dah blog nih tak ter-update , terpaksa lah aku perah otak nak buat ayat . (:


Masih dalam mood cuti sekolah , hari nih seharian aku berjalan dengan kawan - kawan aku . Err , nih aktiviti LEPAK - ing yang paling lama pernah aku buat kot >.< aku tengah rajin nak ceghita aktiviti aku hari nih . :D


Start dari pukul 11 naik parkson tanpa ada tujuan yang nyata . Round tempat sama dua tiga kali , abang guard tuh dah jeling lain punya macam . Turun pegi isi perut dengan doublecheese burger product of mcd . Yang nh favourite aku sebab jeruk timun dia best . HAHA . Habis makan , dorang sibuk suruh aku drive pegi tesco sebab nak cari barang buat kek . Naik tesco lama gila . Letih aku . Rela solat Zuhur atas tuh sebab tak puas berjalan lagi . Jam dah 4 lebih , hati kata tak rela nak balik lagi . Lencong pulak pegi TTA . Gila babas dorang nih memang kalau dah berjalan macam tak ingat dunia semua . 


Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran :


kenapa tak semua kawan aku sporting ?


Ya , memang aku dengan ikhlasnya cakap tak semua kawan BAIK aku sporting . Susah betul kalau ajak keluar . Lagipun bukan selalu . Tiga bulan sekali pun jarang weih buat aktiviti nih . T__T Alasan sama dorang bagi setiap kali ajak keluar . Kang kalau tak ajak kata dah tak ingat kawan , kalau ajak pun memang sah sah korang taknak join . Tak ke menyakitkan hati tuh ? Sapa nak jawab ? Eeeeee


Dah lah , kang bertambah dosa aku duk marah marah orang memalam buta nh . Lain orang lain cara kan ? Chou . 









TEMAN SEJATI SENTIASA DI HATI (:





LIKE LAJU - LAJU :)

01 June 2011

Hi Cik JUNE !

Asalammualaikum wbt (:


Dah 1 June kan hari nih ? May aku untuk 2011 nih errr tak berapa nak best sebab bulan exam . Well , sape lah yang suka kalau exam kan ? XD 


Bulan June , cuti sekolah . Macam best laa sangat kan kalau cuti , biarpun cuti tuh sangat boring sebab takde benda nak buat . -..- oke dah merepek . 


Macam biasa laa kalau 1 haribulan setiap bulan , mesti nak buat azam kan :p biarpun sebenarnya setiap apa yang aku hajatkan tuh tak pernah nak dapat . Tengok macam bulan lepas , aku harap bulan May oke oke jea . Tapi bulan May sangat lah tak oke T__T Jadi untuk bulan June nih , aku harap :


- muka aku makin cantik
- aku makin tinggi
- gigi makin putih
- makin ramai fans 
- jadi budak paling famous dalam sekolah
- skandal ramai


haha gila babas kau berangan dan perasan tak habis . Takde nyea aku nak ngarap benda gituh . Nih yang betul :


- semua berjalan dengan lancar tak kira apa yang aku buat , dengan sape aku berurusan . (:


Tengok , pendek jea ayat aku . Orang kata kalau mengharap terlalu banyak , nanti tak dapat sakit hati dia tuh lain macam . So baik aku bagi harapan siket jea (;


Oke lah , aku nak packing barang . Esok nak gerak pergi Melaka . Kalau aku rajin , aku update lah dari sana . Kalau tak , senyap lagi lah makna nyea takde entry baru :P
Toddlesss !


Lots of love , 
Sha . 









JANGAN TERLALU MENGHARAP PADA YANG BELUM PASTI (;

LIKE LAJU - LAJU :)