Penyokong Setia

30 April 2011

Membina masa depan

Asalammualaikum wbt (:


PKBS 2 dah nak start . Minggu depan jea lagi masa aku nak study , cover balek apa yang aku tak faham , revision semua subjek . Grrr , kalau result den jatuh mampus den kena sasah dek bapak den . XD Masalah nyea sekarang , minggu depan makcik nih hah ada kem pulek . Hei , cikgu pun time nak exam nih laa dia hantar aku pergi kem laa apa laa . SABO JELAAA ~


Oke dah merepek . Makin banyak kedut atas muka . HEHE . 


Aku nak cakap , yang aku dah rajin siket tadi . Siket jelaa . Aku study addmaths dengan kimia petang - petang buta tadi . Bagus kan aku ? Thanks sudi puji aku :pppp



Kononnya laa kan timbun buku atas meja , bergosip jea lebih sebenarnya XD Lepas urat otak aku dah serabut , bersimpul , tergulung jawab soalan MOL , aku dah tak tahan . Terus aku jahanamkan petang aku dengan hobi kesukaan aku . (;





gambar bawah nih paling tak boleh blah -..-


Nih laa hobi kesukaan aku . Aku pantang betul dengan kamera . hehe :D Tapi aku nak korang tahu , aku study petang tadi tak sia - sia sebab aku dah reti nak cari MOL macam mana (: 

Kalau rasa tak puas menatap muka cun comot aku , buka fb cepattt . HAHA *gila publisiti murahan sungguh aku nh -__________-

Jumaat cuti , Sabtu cuti , Ahad nih cuti lagi . Abah dengan mama sibuk manjang . Nak holidei pun tak nyempat dah . Aku jealous betul dengan Aunin Adfi nih hah . Tiap kali cuti berjalan . Heiii , buah tangan aku jangan lupaa weih ! 

Oke dah , aku nak tidoe dah nh . Kau tengok jam sekarang pukul berapa . 2.25 AM doh ! Betullah sekarang aku dah jadi #tahitwitter sama macam Amalia dengan Vinie . :ppp

Nite korang . Chou bedahh ! (:

notarahsia : nah ambek video belajar macam mana aku belit shawl aku petang tadi . LOOSE habes lah . :D 



LIKE LAJU - LAJU :)

25 April 2011

Orang main blog , kau nak jugak . Lepas tuh ...

Asalammualaikum wbt (:


Tengok tajuk entry , tergantung kan . Saja bikin suspen :D


Orang main blog , kau nak jugak . Lepas tuh mulalah nak tulis benda merapu meraban dalam blog . Aku takdelah cakap blog aku nih informative sangat , bagus sangat , best sangat . Memang jauh panggang dari api lee dengan semua benda tuh . 


Tapi sekurang - kurangnya , blogger nih jaga laa sikit sensitiviti orang sekeliling . Nak main hentam - hentam dalam blog , tak best lah tuh kan ? Blogger - blogger otai , blogger yang dah famous pun takde buat benda buruk macam nih . 




Ramai yang guna prinsip " blog aku , aku punya pasal lah nak tulis apapun " . Oke , memang lah blog tuh blog kau , ikut suka hati kau lah kan nak tulis apa pun . Tapi tak boleh nak main kutuk orang dari negeri tuh sesuka hati . Dah jadi isu sensitif tuh weih . 


Korang usha sendiri laa blog dia . Kalau tak silap aku , blog dia memang dah tutup kot . Tapi boleh tengok lagi lah entry tuh . 

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache%3AtxSSMKYSi9oJ%3Aakugedikz.blogspot.com%2F2011%2F03%2Fbenarkah-ank-mude-perempuan-klntn-xde.html+akugedikz.blogspot.com%2F2011%2F03%2Fbenar


BANYAK LAGI CARA NAK FOFULAR . TAK PERLULAH SEMUA NIH . (:

LIKE LAJU - LAJU :)

16 April 2011

Musim mengawan

Asalammualaikum wbt (:
Hei korang , miss me ? Auww auww , terharunyeeee :')


Oke dah , tak habis - habis nak menggedik -.-" Soba jolaaa yoe . 




Kau beri rasa yang berbeda , 
Tapi ku salah mengartikannya , 
Yang ku rasa CINTA 


Sesape yang suka stalk wall fb aku , aku tekankan di sini ya , yang suka STALK wall fb aku mesti perasan sejak dua menjak tiga menjak kebelakangan nih , status aku semua jiwang karat semacam . Hikhik :D Baik bahasa melayu kea omputih kea semua aku sapu . 

Jadi nak tahu apa maknanya kalau aku dah start update status leleh leleh nih ? Ahak ! Lu pikirlaa sendiri . 

Aku pernah leee dengar dulu , orang cakap bila masuk umur 16 tahun ataupun dah naek tingkatan empat , macam aku sekarang nih lee , mesti start nak menggatal ! -.-" Frasa menggatal di sini bukannya membawa maksud miang - miang keladi macam atuk nak try anak dara yang sama umur dengan cucu dia ! Sila faham betul - betul , kalau tak jadi ajaran sesat naya jea semua . 

Maksud menggatal di sini lebih kepada bila korang start nak usha mamat kelas sebelah , bila nampak mamat tuh lalu buat muka bajet kiut miut habes , suara dah kepit semacam , alahai gelinya ! -.-" Malam - malam duk layan lagu meleleh habis . Tapi tuh semua normal , so tak wajar aku mengata lebih - lebih yee anak - anak . Dengan perkataan yang lebih pendek , korang - korang yang berumur 16 tahun nih start nak JATUH CINTA . ;)

Aku dah nampak benda tuh sekarang . Bukan setakat aku sorang yang dah dijangkiti virus berbahaya nih , kawan - kawan seangkatan seperjuangan dah ramai yang kena . ( kau tengok aku buat kenyataan berani mati . aku gurau jea tuh , aku kan hati batu . tak maen feeling lebih - lebih nih :p )

Try buka wall fb budak perempuan umur 16 terutamanya , mesti status cintan cintun . Tak percaya ? Boleh sms bekas balak moyang aku , nanti dia bagi link fb manusia - manusia yang dilanda cinta . :D 

Hehe , sape makan oren dia terasa masamnya . Kalau rasa terkena atas batang hidung sendiri , jangan marah aku yea . :D Peace no war ! Aku suka betul musim mengawan nih , hari - hari aku boleh baca status BERJIWA . Dah , aku nak siapkan homework . Esok sekolah lagi -.-" 

Toodlesss !



 CINTA TAK KENAL USIA (:
 





p/s : Lagu nih faham betul jiwa aku sekarang . -..-




LIKE LAJU - LAJU :)

13 April 2011

entry orang sakit jiwa

Asalammualaikum wbt (:

Oke korang apa khabar , sihat ? Alhamdullilah aku sihat walafiat . haha , mengalahkan karangan bm ayat meksha . Dah dah , tak sabar nak masuk cerita nih . :D


Tadi sekolah aku ada buat satu majlis nih . MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR , SPM DAN STPM nama dia . Tak payah tanya , aku memang TAK terlibat dalam majlis nih . Orang yang dapat stretttt A's PMR last year boleh laa join . Aku ? Setakat 7A 1B jea kan , tak payah kau mengada meksha nak buat muka seposen nak naek pentas jugak . :p


Tapi tak dapat 8a's PMR tahun lepas pun takpe , aku masih bersyukur sekurang - kurangnya dapat 7 daripada takde lansung , kan ?  * tapi sesungguhnya amat jealous tengok BFF aku pakat naek pentas ambil hadiah , aku tengok jea kat bawah . 


Takdelah tak terlibat lansung dalam majlis tuh hari nih . Terlibat siket , tapi SIKET jea laa . hehe . Pagi buta lagi dah kena performed dalam dewan depan parents pelajar cemerlang nih . Kira agak berbaloi laa selama nih duk skipped kelas , skipped masa belajar semata - mata nak adakan latihan choral speaking bila parents cakap best . #riaknakmampos


Tadi aku cakap pelajar stretttt A's PMR jea kan yang join majlis tuh ? Nak tahu apa pelajar yang tak dapat stretttttt A's nih buat dalam kelas ? hehe :D




 aktiviti yang telah dilakukan dengan jayanya :


- ber-facebook-ing atas whiteboard dalam kelas
- melalak depan kelas sambil pegang penyapu 
- merosakkan lagu beramai - ramai *credit to meknaz dan alif alaudin sebab larat nak layan          kitaorang yang selalu request chord guitar aneh - aneh . Salute laa korang ! (:
- mengait buah PAUH berjemaah ( pauh merupakan sejenis buah yang dalam bahasa bakunya disebut MANGGa ) 
- maen kejar - kejar macam orang gila -.-"
- ambil gambar macam orang tak betul 
- record lagu yang kitaorang nyanyi dalam cara paling sumbang , tengok balek , gelak macam pontianak ! 




Walaupun kami semua sedih sebab tak dapat join majlis tuh , tapi kami dah berjaya hiburkan hati kami sendiri dengan cara yang tersendiri dan yang pentingnya budak - budak dalam dewan tuh memang tak dapat hiburan sebagus nih ! ;) *ayat orang jealous memang macam nih leeee 




Oke dah , sesungguhnya aku jealous betul dengan dorang . On fb semua kalut upload gambar kat sekolah masa anugerah tadi . Sakit hati pulak , okebai . 





LIKE LAJU - LAJU :)

11 April 2011

Kumbang tuh busuk laa !



Asalammualaikum wbt :)


Alhamdullilah , siap dah homework addmath aku . Gigih tuh terus online konon nak update blog . HEHE :D Sila ambil perhatian , kalau korang terjah blog aku tengok entry sama jeeee , korang jangan laa bantai cakap " eh minah nih , tak reti - reti nak update benda baru kea ? " . Aku sibuk betul nih ! -.-" Letihnya jadi pelajar tingkatan EMPAT nih . 


Oke dah , bukan aku nak gebang pasal kesibukan aku pun sebenarnya . Ada benda lagi lebih daripada tuh . 


Apa perasaan korang kalau tengok perempuan dengan perempuan gaduh sebab sorang laki ? Maen tarek - tarek rambut segala , masam - masam muka . Paling best , pergi buat ketupat dengan BFF masing - masing . Lepas dah frust nonggeng , pergi KBMALL nak bunuh diri . Setakat terjun dari tingkat dua jea pun . -.-"  


Please laaaaaaa , macam laa lelaki yang korang duk berebut bagai nak rak tuh betul - betul dah jodoh korang yang Allah SWT dah tetapkan . Tak semestinya lagi . KUMBANG BUKAN SEKUNTUM , BUNGA BUKAN SEEKOR ! So , tolong jangan bodohkan diri sendiri . Memalukan sungguh ! 




p/s : Aku tak suka gosip liar nih . HAHA , bajet kau kalah SHAHEIZY SAM . Kawan susah , couple lagi susah kot . -..- 


p/s/s : Gian nak keluar shopping lagi . MEKNIN jom keluar lagi nak ? :D




barisan wanita aneh . -..-


hehehe :S



CUBALAH UNTUK BERKONGSI CINTA DENGAN SEISI DUNIA ! <3

LIKE LAJU - LAJU :)

08 April 2011

masalah hidup

Asalammualaikum wbt :)


Huyoo , lama gila kot aku pergi . Sepi jea kan takde entry baru aku update . MAAF MAAF , lately aku sungguh amat busy gila . Kalau yang dah datang singgah , siap follow lagi blog nih , TERIMA KASIH THANK YOU XIE XIE SHUKRAN JAZILAN ARIGATO GOZAIMAS . Nanti insyaAllah aku pergi ziarah blog korang pula . Dua minggu aku tinggal benda alah nih , sekarang aku dah balek dengan banyak cerita yang panas . haha , bergosip jea keje macik nih kan XD


   * entah apa - apa , intro aku bajet punyalah macam kau tuh pemes sangat . buat malu jea ! -.-"




Oke dah . Dua minggu kebelakangan nih , banyak jea benda tak best jadi dekat aku . Orang sekeliling pun macam ramai yang terima nasib sama . Mula - mula Amir Azihan Arif anak cikgu Zawawi pindah sekolah tiba - tiba . Kecoh kejap pasal kau bro , tulah nak pergi pun tiba - tiba . Tak sempat aku nak tengok muka kau puas - puas . Hilang tempat aku meluah masalah , hilang juga kawan yang selalu cari aku masa ada masalah . 


Aku rindu kau . Harap kau okey dekat sana . Aku tahu masalah kau berat , tapi aku pun tahu kau cukup kuat nak berdepan dengan semua nih . Aku pernah rasa apa kau rasa , kalau aku boleh apatah lagi kau . :) 


Lepas tuh adalah dua orang budak nih kan , tiba - tiba dapat status single . :D Oke korang , aku taknak sebut nama korang , nanti famous tiba - tiba ! :pp 


Kesian sebenarnya dua orang kawan aku nih . Agak kurang cerdik perempuan yang tinggalkan dua kawan aku nih . Kau tahu , susah nak cari lelaki macam dua orang kawan aku nih . Rugi besar korang . 


Takpe lah weih , ramai lagi perempuan lain dekat luar tuh yang lagi baek dan lagi sesuai untuk korang . Bunga bukan sekuntum , kumbang pun bukan seekor ;) Tengok korang moody , aku lagi tambah parah . Susah kan hidup nih ? 


Tak cukup dengan semua benda tuh , datang lagi satu beban lain . Aku tak faham kenapa kau jadi macam tuh . Perlu ke kau jadi macam tuh ? Kalau kau bagi peluang untuk diri kau berubah , aku dengan kawan - kawan lain insyaAllah akan terima kau balik , akan tolong kau . Tapi kau tak pernah nak cuba ubah perangai kau , aku tengok kau makin teruk . Sampai bila kau nak jadi macam ni ? Berhentilah musnahkan masa depan kau sendiri . 


Dia makin hanyut dengan dunia dia sendiri . Cikgu pun tak boleh nak handle , macam mana lagi aku nak buat . Aku boleh doakan moga satu hari nanti , Allah akan buka pintu hati kau , kau akan sedar semua silap yang kau dah buat .


Taknak fikir , dia tuh kawan aku . Tapi tak tahulah aku pun nak buat apa dah . Parah dah . Doakan dia kembali ke pangkal jalan . Amin . 


Dah laa , otak aku dah sesak bila fikir pasal semua masalah nih . Tambah lagi letih dengan latihan choral speaking , kawad lagi , non-stop semua . Mati awal lah aku macam nih TT___TT Tidur lagi best kot . haha , chou korang . 




mek sha yang gedik XD


to Amier Aizat :
B , get well soon . Sudah - sudah lah tuh online fb . take care of your HEAD . Lepas nih dah naek motor , tak kiralah motosikal kea , motobot kea , moto sekolah  kea apa kea . :p Ramai kawan - kawan B risau pasal B accident kemaren . Naseb siket jea tuh . Hish ,  betul lah budak nih suka buat orang risau ! Cepat - cepat sihat B :)

HARGAI SETIAP ORANG YANG HADIR DALAM HIDUP KITA WALAUPUN KEHADIRANNYA SECARA TIBA - TIBA ;)

LIKE LAJU - LAJU :)